Sabtu, 12 September 2015

Hantu Altantuya Muncul Kembali..!


Bukan main angin lagi Khalid IGP apabila isu ini timbul semalam..!

Polis akan menyiasat wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley berhubung laporan yang dibuatnya mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dibuat ke atas wartawan berpangkalan di Australia itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat mahu menyebabkan ketakutan kepada orang awam.
Khalid juga menafikan dakwaan terkandung dalam program mingguan Al Jazeera101 East yang berjudul Murder in Malaysia.
Antara lain laporan itu mendakwa Sirul Azhar - yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya - cuba memeras ugut Datuk Seri Najib Razak.
Dakwaan itu dibuat berdasarkan sari pati diperoleh daripada telefon genggam bekas komando polis berkenaan.
"Siasatan polis tidak pernah menunjukkan ada cubaan memeras ugut perdana menteri atau seumpamanya," kata Khalid kepada Malaysiakini.
Tak boleh cakap
Khalid juga berang dengan laporan itu yang memetik sumber keluarga Sirul Azhar yang dirahsiakan.
Melalui invididu itu penonton 101 East diberitahu kononnya Abdul Razak Baginda yang menarik pemicu bagi membunuh wanita Mongolia terbabit.
"Ini semua mengarut. Ia adalah dakwaan tidak berasas untuk mengelirukan orang ramai.
"Siasatan rapi polis tidak menemui apa-apa bukti menunjukkan Abdul Razak ada di tempat kejadian," katanya.
Mengenai tiada sebarang motifdibuktikan di sebalik pembunuhan Altantuya, Khalid berkata isu berkenaan sudah dijelaskannya beberapa kali sebelum ini.
"Mahkamah mendapati tiada motif dapat dibuktikan. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mahkamah.
"Tetapi ada kes tertentu, motif tidak diperlukan bagi membolehkan seseorang tertuduh disabitkan kesalahan atas sesuatu jenayah," katanya.
Berlepas ke Australia
Ditanya mengapa Mary Ann diusir ketika dia masih menyiapkan laporannya, Khalid berkata soalan itu perlu diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.
"Saya cuma mahu menjelaskan dakwaan dibuat dalam laporan itu tidak betul dan tidak selaras dengan siasatan dibuat polis.
"Tambahan pula kes ini ditangani di peringkat Mahkamah Persekutuan. Mengapa isu ini dibangkitkan sekarang? Adakah ini satu lagi plot terhadap perdana menteri?" katanya.
Abdul Razak - yang menjadi orang kepercayaan Najib - didakwa atas kematian Altantuya itu namun hakim kemudian mendapati mereka tidak bersalah.
Bagaimanapun pada Januari lalu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Sirul Azhar dan Azilah Hadri bersalah atas kematian Altantuya pada 2006 dan dihukum mati.
Sirul Azhar 'terselamat' kerana berlepas ke Australia sebelum penghakiman dibuat dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen negara berkenaan.
Usaha kerajaan mengekstradisi Sirul Azhar gagal kerana dasar Australia yang tidak akan menghantar pulang mana-mana pesalah yang berdepan hukuman mati di negara mereka.
Perdana menteri pula sentiasa menafikan terbabit dalam kes berkenaan atau pernah bertemu Altantuya.
Jinak jinak..!
Cepat betul Khalid rumuskan bahawa isu ini merupakan plot terancang keatas Najib..! Takkan Khalid baru bangun tidur..! isu ini telah lama bergemerlapan diseluruh dunia sejak Alyantuya mati dibunuh pada 2006 lagi..! 
PMO seperti biasa telah bingkas menafikan...
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak kenal, tidak pernah berjumpa, tidak sekali pun pernah berhubung dan tiada sebarang kaitan walau apa pun dengan mendiang.”
Begitu reaksi daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung laporan sensasi Al Jazeera berkaitan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang disiarkan hari ini.
“Dua individu yang disabitkan bersalah bukan pengawal peribadi perdana menteri. Dakwaan ini tidak benar dan digunakan untuk mendukung teori konspirasi yang tidak berasas.
“Mereka anggota sebuah unit Polis Diraja Malaysia yang memastikan keselamatan secara bergilir-gilir kepada pegawai kerajaan dan orang kenamaan yang datang melawat.
“Perdana menteri tidak tahu berhubung tindakan individu itu sehinggalah mereka ditangkap,” menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman web Al Jazeera.
Bagus la...sekurang kurang nafi macam mana biasa tu..! 
Cuma apa yang kita tak berapa faham kenapa pihak berkuasa boleh halau si wartawan tu blah..! kenapa tak tangkap dan siasat masa tu..!
Kalau wartawan si Jolley tu boleh dihalau bermakna pihak berkuasa sudah menghidu dan mempunyai bukti akan tindakan dan perilaku beliau..soalnya kenapa tak tahan dan terus soal siasat? Kenapa tetiba Khalid baru bernafsu nak siasat? 


Seorang wartawan Al-Jazeera yang menerbitkan dokumentari penyiasatan mengenai pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu telah dihantar pulang oleh pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun lalu.
Dalam program 101 East terbitan Al-Jazeera, wartawan kelahiran Australia, Mary Ann Jolley dilihat berjalan diiringi oleh pegawai-pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Saya diiringi oleh lima orang pegawai Kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera untuk menaiki penerbangan saya ke Sydney,” kata Jolley dalam program tersebut ketika berjalan menaiki penerbangannya ke Sydney.
Satu kenyataan oleh Al-Jazeera berkata, Kementerian Dalam Negeri menyifatkan tindakan Mary Ann akan memberi kesan negatif kepada imej Malaysia.
Program yang disiarkan di Al-Jazeera pagi ini, menyiasat mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dan mempersoalkan sama ada kedua-dua lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh adalah sebagai mangsa untuk orang lain.
Bagaimanapun, kerajaan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya sebarang hubungan antara wanita Mongolia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan menolak dakwaan rasuah serta sogokan sekitar pembunuhan itu, kerana percubaan untuk memburuk-burukkan Najib sahaja.
Pengusiran Jolley ke negara asalnya bagaimanapun, membenarkan beliau untuk mengesan Sirul, salah seorang pembunuh yang disabitkan dalam kes ini yang kini ditahan oleh pihak imigresen Australia di Sydney.
sumber
Itu sebab banyak persoalan yang dinafi sekadar menafi namun tidak meyakinkan rakyat..! Kita berharap pembunuh sebenar ALtantuya ini ditangkap..! Kita tak mahu imej negara terus tercemar..! Kita tak mahu dipandang sinis dan diperlekeh oleh masyarakat dunia..!
Cuba jawab dan balas hujah video ni..
Selagi tidak dibuktikan motif pembunuhan maka selagi itulah pandangan serong akan terus berkeliaran..!

Takkan pihak kerajaan tidak mahu membersihkan segala macam tuduhan yang dilemparkan..! Takkan Najib tak mahu menyucikan namanya yang telah sedia dikotorkan..!
Kita berpeluang dan berkesempatan sebenarnya..! Bicarakan semula Razak Baginda..! Tahan dan adakan siasatan semula..! 

Kalau Sirul betul tentu dia berani balik dan dibicarkan semula..! Kalau Sirul takut dan terus bersembunyi maka jelas lah beliau membuat fitnah..!

Kemudian kita tengok Razak Baginda benar benar hero ke atau sekadar satu lagi ZERO..!
Hantu..! sampai kiamat baru mati..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Hakim yang memutuskan kes pembunuhan Altantuya ini adalah bodo piang, gila babi, bangang, apa kejadahnya pembunuhan yang tiada motif? Apakah Sirul dan Azilah itu ada penyakit gila atau tidak siuman? Kalau gila dan tidak siuman, mengapakah mereka dihukum mati pula? Hanya orang gila atau tidak siuman sahaja yang membuat sesuatu tanpa motif, malahan orang orang bodo piang, bangang, gila babi sahajalah yang akan menjatuhkan hukum terhadap suatu perbuatan yang dituduh tetapi orang yang dituduh itu tak ada motif pun nak buat sesuatu itu pun.

    Macam mana rakyat nak yakin dengan kemampuan pihak berkuasa untuk melindungi rakyat jika perkara sebegini pun boleh dikelentong begitu sahaja?

    Di Malaysia sekarang ini sudah berlaku krisis di mana rakyat sudah tidak mempercayai kerajaan, tidak mempercayai pihak berkuasa kerana kerajaan dan pihak berkuasa dilihat melindungi perbuatan jenayah pihak yang mempunyai kuasa dan kedudukan.

    Sedarlah semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian ada yang bodoh macam kau.

      Padam
    2. Tanpa Nama12 September 2015 10:42 PG, kalau kau pandai, apa kejadahnya Sirul dan Azilah nak bunuh Altantuya? Apa motifnya? Itu pun kalau kau pandailah, kalau tak reti jawab, elok pergi duduk di kandang lembu sahajalah, jadi lepas tu cucuk hidung masuk tali di hidung kemudian telefon Najib suruh heret tali tu. Itu yang sesuai untuk kau.

      Padam
  2. Macai Najib boleh menipu diri sendiri dengan menghentam dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya, teruskan menipu diri anda sendiri dan nilailah maruah anda itu.

    Sedarlah semua.

    BalasPadam
  3. Pihak mahkamah, malahan hakim sendiri tidak dapat menjelaskan apakah motif Sirul dan Azilah untukmembunuh Altantuya di atas kapasiti peribadi mereka. Ini kerana Altantuya itu bukannya awek Sirul, bukannya makwe Azilah, malahan Sirul dah berkeluarga, Azilah pula dah bertunang nak kahwin, apa kejadahnya mereka nak jadi pak we atau awek kepada Altantuya itu.

    Kalau Altantuya itu bukannya awek atau mak we kepada Sirul atau Azilah, maka faktor cemburu sudah tidak ada.

    Kemudiannya, apakah Sirul dan Azilah pernah meminjamkan wang atau apa-apa barang kepada Altantuya? Sirul dan Azilah sendiri tak pernah berurusan dengan Altantuya pun sebelum pembunuhan itu berlaku, tak pernah mereka pinjamkan wang atau beri pinjam apa-apa kepada Altantuya pun, maka tak ada sebab untuk mereka buat sesuatu kepada Altantuya itu.

    Jadi motif balas dendam pun tak ada untuk Sirul dan Azilah untuk bunuh Altantuya.

    Jadi mengapakah hakim dan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan Azilah sedangkan mereka sendiri pun tak ada motif untuk bunuh Altantuya?

    Hakim yang menjatuhkan hukum tu guna akal fikiran dan kepala otak ke atau guna nafsu serakah dan kepala butoh atau kepala lutut semasa membuat keputusan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka berdua itu?

    Ini kerana mahkamah sendiri tak tahu motif pembunuhan itu, malahan Sirul dan Azilah pula tidak ada penyakit mental, hanya orang sakit mental sahaja yang akan bunuh orang atau buat sesuatu tanpa motif, tapi Sirul dan Azilah tak sakit mental pun, mengapakah mereka ini dijadikan mangsa?

    Malahan Razak Baginda yang lebih banyak berurusan dengan Altantyua sebelum ini, dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah tanpa dipanggil membela diri dan lepas Razak Baginda ni lari berambus ke luar negara tak berani balik ke Malaysia, apa justifikasi pihak mahkamah buat keputusan begini? Hakim yang beri keputusan ini baru lepas lepas gian syabu dan baru lepas minum air ketum ke?

    Saya percaya lepas ni akan ada juak-juak Najib yang akan hentam dan tuduh saya itu dan ini, lantak merekalah, kalau mereka nak hentam saya, hentamlah, tapi sila jawap isu yang saya tanya, jangan hanya tau hentam tapi tak ada hujah untuk jawab perosalan saya itu.

    Selamat menjawab.


    BalasPadam
    Balasan
    1. So Abu Bakar, pembunuhan Altantuya sebenarnya berkait dengan Razak Baginda la kan.

      Kenapa pulak, Rosmah dan Najib di kait , di libat dgn pembunuhan Altantuya ?

      Adakah kerana Razak Baginda itu adalah "think tanker" dan kenalan baik Rosmah dan Najib, maka itu fitnah dbuat sewenang-wenang nya untuk mengaitkan mereka ?

      SIla jelas kan apa kena mengena pembunuhan Altantuya dengan Najib dan Rosmah?

      Pasal kapal selam Scorpene lagi ke ?

      Padam
    2. Sebab yang dituduh membunuh itu adalah bekas pengawal keselamatan rasmi Najib.

      Siapakah lagi yang boleh arahkan mereka untuk buat sesuatu tugasan?

      Lagi satu, Polis UTK ni lebih kurang macam komando jugalah, bertindak atas arahan oleh orang yang boleh beri arahan kepada mereka, dan pasa masa itu Najib yang jadi orang yang boleh beri arahan kepada mereka.

      Ini bukan pasal fitnah, tapi pasal nyawa tiga orang yang mana seorang dah mati, dua orang lain menunggu dihukum mati. Siapa yang beri arahan, jangan jadi pengecutlah, kalau pahlawan bagai, sila bertindak sebagai pahlawanlah. Saya tak merujuk kepada sesiapa, tapi siapa yang makan cili, dia akan terasalah pedasnya itu.

      Padam
    3. Bro Abu Bakar, aku sokong ko.
      Sirul yg dah lari ke Austrlia tak mungkin balik ke Malaysia.
      Cuma, betul ke dia lari atau disuruh berhijrah ke sana dgn ditanggung semuanya.
      Dulu aku goyang jugak, bila org kaitkn Najib dgn kes ni. Tapi bila timbul isu 2.6b ,sekarang aku dah 70/30 percaya la pulak.
      Begitu jugak cerita2 cincin Rosmah, perkahwinan anak, cerita2 shoping, semua ni dah jadi masuk akal.
      Tambah2 lagi, Najib masih langsung tak menjawab secara jujur,wang besar ini.
      Jadi jangan salahkan rakyat jika rakyat bangkit bersuara.
      Jangan asyik menidakkan dan kata ini semua fitnah sedangkan tuan punya badan langsung tak menghiraukn permintaan rakyat.

      Padam
    4. Hebat Razak Baginda nih,

      kes cinta dia yg tak menjadi, dia boleh gunakan khidmat pegawai UTK untuk tolong dia selesaikan masalah.

      dah la tu, boleh lepas tanpa dipanggil membela diri langsung (walaupun dia mengaku memberitahu Azilah supaya "jangan apa-apakan Altantuya" ). Bukan ke, pengakuan tu menunjukkan yg dia yg serahkan Altantuya ke tangan Azilah?

      Clean hand ke?

      Dan si wartawan tu kena deport (atas alasan siasatan tersebut boleh membawa kesan negative kepada Malaysia) kerana cuba siasat kes cinta Razak Baginda.

      Wow.... hebat betul Mr Baginda ni kan?

      Kisah cinta dia boleh bawa kesan negative kepada negara? Wow...!



      p/s: Saya tertarik dengan satu scene dalam video tu, ditunjukkan dokumen hasil siasatan pihak Perancis dalam hal pembelian Scorpene. Jelas tercatat, Madamme Altantuya sebagai penterjemah. Najib pula yg sign dokumen MOU pembelian tu sebagai Menteri Pertahanan at that time.

      Padam
  4. Salam semua.

    Apakah najib termakan sumpah yang pernah neliau buat sebelum ini? Persoalan ini selalu bermain di kepala saya.

    1. Apabila najib dikaitkan dengan kes pembunuhan altantuya, beliau telah membuat sumpah yang beliau tidak mengenalinya....ramai terus berkata najib betul.....nah

    2. Akan tetapi, timbul isu 1MDB, beliau cuba berdolak dalih sehingga sanggup berbohong dalam parlimen......TANDA ADA IMPAK ATAU KESAN SUMPAH DIBUAT?

    3. Apabila isu RM2.6 bil timbul, pada mulanya tak mengaku tapi akhirnya mengaku juga tapi tak pernah gunanya untuk tujuan peribadi....kes terus dibongkar sehingga siasatan dibuat di switzerland, uk, singapore and now hongkong......EXTENDED IMPACT OF SUMPAH DIBUAT DAN LEBIH MEMALUKAN?

    4. Sacking of gani, transfer of macc officers, arrests of task force personnels, transfer of ex sb no.2 etc showing his fear of tembelang dah pecah.....TANDA NAJIB DALAM KEADAAN PANIC DAN KETAKUTAN?

    5. Alhamdulillah, timbul exposure by Al Jazeera dan journalist dihalau.....APAKAH SUMPAH DIBUAT SEDANG MEMAKAN DIRI SENDIRI?

    6. Banyak lagi big and small signs.....

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  5. Mamphos meroyan le nek kebayan tempoyak nak jawab...hih hii hii...

    BalasPadam
  6. Terlampau banyak coverup dlm kes ini. Mereka yg berkepentingan dlm kes ini terlepas tetapi orang yg tidak mengenali simati dan yg cuma menerima "arahan" disabitkan. Pencarian bukti keakar umbi dinafikan. Kebenaran n keadilan tidak tertegak. Pelaku dihukum yg mengarah terlepas.

    BalasPadam
  7. Menyebabkan ketakutan orang ramai? IGP mau tanya lu sapa yg takut...orang ramai hanya minta doa tunjukkan kebenaran.Takkan kau x tau kot atau buat2 x tau.Rosak 1Malaysia ... Zeck GV

    BalasPadam
  8. ...akibat bermain sumpah didalam masjid....

    BalasPadam
  9. Najib pernah berbicara apa itu seorang munafik:

    1. Bila bercakap, cakap bohong
    2. Bila berjanji, mungkir janji
    3. Bila diberi amanah, mengkhianati amanah

    Kita renung dengan teliti tanpa prasangka dan prejudis;

    1. Bercakap pasal duit dipindah dari cayman island ke akaun di singapura, najib BERCAKAP BERBOHONG DALAM PARLIMEN........No?

    2. Berjanji menubuh Task Force/PAC menyiasat 1MDB, najib MUNKIR JANJI DENGAN MEMBUBAR KEDUA2 BADAN TERSEBUT........No?

    3. Diberi amanah dalam syarikat 1MDB, najib MENGKHIANATINYA DENGAN MENERIMA RM2.6 BIL WANG RASUAH DALAM AKAUN PERIBADI........No?

    Persoalannya siapakah sebenarnya MUNAFIK?

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  10. Kalau Najib berani cantas orang2 yang berkempentingan dalam penyiasatan IMDB dan RM2.6 billion.....dia dah beri gambaran tidak baik tentang dirinya. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua...

    BalasPadam