Takkan nak tolong jadi salah..! tolong menolong sampai dilelong???
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak pernah "membeli" ketua bahagian atau perwakilan parti itu untuk mendapatkan sokongan mereka.
Sebaliknya kata beliau apa yang dilakukan cuma membantu parti berkenaan melalui ketua bahagian dengan mengadakan program tertentu untuk rakyat.
"Sesetengah ketua bahagian cuma bekas penolong pegawai daerah. Berapa sangat harta yang mereka ada. Jika nak buat program sebegini tentu membebankan.
"Jadi bantuan itu yang saya tawarkan adalah untuk parti, bukannya membeli ketua-ketua bahagian," katanya di mesyuarat tahunan Umno Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan hari ini.
kih...kih...kih...!
Kenapa tak salur melalui akaun bank UMNO bahagian?
Tu yang tetiba dapat ilham nak kuatkuasa undang undang dana politik yer..!
kih..kih..kih..!
Kenapa tak salur melalui akaun bank UMNO bahagian?
Tu yang tetiba dapat ilham nak kuatkuasa undang undang dana politik yer..!
kih..kih..kih..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Najib oh najib
BalasPadamIsu 1MDB Rafizi/Pua punya angkara,
Najib perlekeh itulah kerja pembangkang
Bila Mahathir/SR ungkit isu yang sama,
Najib terkedu, goyah dan naik berang
Strategi najib nafi dan "silence is golden",
ingat isu hilang sendiri dengan masa
Namun setelah SR/WSJ londeh bukti berdokumen,
Najib ngelabah cepat salahgunakuasa
Timbul pula isu RM2.6 billion,
masuk ke dalam akaun persendirian najib
Rasuah dinafikan "derma" dicanangkan,
ahli Umno dan rakyat langsung tak "believe"
Rakyat didongengkan dah keluar saman,
rupanya surat untuk cari maklumat
Tak berani saman kerana takut rahsia dibocorkan,
melayu bukan bodoh, mahupun bangsa bangsat
Hantu altantuya datang kembali,
penuh dengan fakta dan bukti
Kononnya lagi fitnah dan konspirasi,
silap langkah penjara/taligantung menanti
Turunlah najib dari takhta yang panas
agar rakyat teruskan kehidupan
Doa kami semua anda masih waras,
demi anak cucu generasi masa depan
Saya tolong mereka untuk tolong saya!
PadamI see nothing, I hear nothing I say nothing and then I received everything!
PadamHere comes another line of excuse,
BalasPadamSaya tak beli tapi hanya bantu???
But the persistent question is,
Duit mak-bapak-atuk-nenek-moyang kau ke kamu tabur macam beri ayam makan???
Nafi,
kemudian kata fitnah,
kemudian tak songlap,
kemudian untuk UMNO-Party,
kemudian DERMA PERIBADI (Azalina kata),
kemudian untuk lawan DAP-JEWS,
kemudian lawan ISIS,
kemudian kata Ahli Sunnah Wal Jamaah,
kemudian dari Al-Waleed,
tapi sebelum kantoi apasal tak ada semua alasan nih ekkk?
tak ada penyata dari account UMNO,
yang ada PERSONAL ACCOUNT NAJIB dibuka, terima DUIT, AGIH SIKIT, TUTUP, PINDAH DUIT!!!!
Itu yang NYATA diatas, masih belum selesai walau apa pun SPRM pulak yang cuba nak cover biar sebelum nih kata nak cari sampai lubang cacing??? PM pun akan kami panggil! Atau SPRM sendiri sudah menggigil???
Kalau nak kata ini FITNAH, saya timba dari maklumat yang cukup mudah nak dapat sekarang, kalau salah apasal tak disaman sampai sekarang???
Kita lihat sedikit amaran di Mekah, ada kah kita sanggup menghadapi lebih besar dan buruk bencana di Tanah Melayu dari bencana sebelum ini???
Sedar lah ahli UMNO, Allah memberi peluang untuk memperbetulkan keadaan di Tanah Melayu di tangan kamu atau kamu sanggup menerima sumpah yang mungkin lebih buruk dari anak-cucu masa hadapan???
RM 2.63 bilion ini duit derma untuk siapa sebenarnya ni? Derma kepada UMNO seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan ke atau derma kepada kerajaan sebagaimana yang dikatakan oleh Wan Adnan Wan Mamat Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Zahid Hamidi TPM baharu, Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan? Mana satu yang betul?
BalasPadamSetiausaha Agung UMNO Tengku Adnan kata RM 2.63 bilion itu adalah derma kepada UMNO, dia siap kata lagi bahawa dia dan Bendahari UMNO Ahmad Husni tahu pasal hal ini. Tetapi apa yang menjadi persoalan adalah jika dah tahu mengapa tidak dicatatkan ke dalam Penyata Kewangan UMNO bagi tahun 2013 yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan? Apakah Tengku Adnan dan Ahmad Husni mahu bersubahat dengan Najib untuk menipu Pendaftar Pertubuhan ke?
Kemudian Wan Adnan Wan Mamat Ketua UMNO Bahagian Kuantan pula kata wang derma RM 2.63 bilion itu adalah derma untuk kerajaan, dia kata Najib beritahu kepadanya dan 145 ketua bahagian UMNO yang lain dalam suatu perjumpaan pada hari rabu lebih kurang sebulan yang lalu.
Lepas tu Zahid Hamidi TPM baharu pula kata dia dah jumpa dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi yang kononnya beri derma itu, dia siap kata dah lihat segala dokumen derma itu, dan dah mendapat penerangan yang jelas mengenai derma itu bahawa derma itu adalah untuk kerajaan Malaysia kerana Malaysia mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan untuk melawan IS.
Tak berapa lama lepas itu, Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan pula kata wang RM 2.63 bilion derma dari Arab Saudi itu adalah untuk digunakan bagi melawan Yahudi dan DAP pula.
Mana satu yang betul ni? Derma kepada kerajaan ke derma kepada UMNO? Malahan kalau derma kepada kerajaan, apakah kerana amalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk menentang IS atau untuk melawan Yahudi dan DAP? Mana satu yang betul ni, berbeli-belit?
Malahan kalau derma kepada kerajaan, sila jelaskan apakah peraturan kewangan yang digunakan oleh Najib untuk menyimpan wang itu dalam akaun peribadinya sekiranya wang itu didermakan untuk negara? Kerana kalau derma untuk negara, maka jadi wang milik negaralah, malahan dalam Perlembagaan Malaysia, dalam Arahan Perbendaharaan yang menjadi panduan utama pengurusan kewangan negara, serta pekeliling perbendaharaan dan surat pekeliling perbendaharaan yang menjadi bahan rujukan menjalankan tugasan kewangan negara, tak ada satu pun peruntukkan yang membenarkan wang milik negara disimpan dalam akaun peribadi mana-mana individu, semua perlu disimpan dalam akaun negara di mana setiap kementerian, setiap jabatan kerajaan, setiap kerajaan negeri di dalam Persekutuan Malaysia mempunyai akaun masing-masing dan segala kewangan yang milik kerajaan yang diperuntukkan kepada kementerian, jabatan, kerajaan negeri perlu disimpan dalam akaun kementerian, jabatan dan kerajaan negeri yang terlibat, tak boleh disimpan dalam akaun peribadi menteri, tak boleh disimpan dalam akaun peribadi ketua jabatan, tak boleh disimpan dalam akaun peribadi menteri besar sekali pun.
Maka tindakan Najib ni dah melanggar undang-undang iaitu pecah amanah, mengapakah pihak berkuasa tak ambil tindakan? Rakyat makin hari makin melaut dengan perkara ini. Ada sesuatu yang disembunyikan, malahan pihak berkuasa pun satu hal, rakyat dah melihat pihak berkuasa sekarang ini adalah seperti barua belaan Najib yang melindungi segala kesalahan Najib.
Jika ini berterusan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan terhakis, akhinya kerajaan jadi mangsa disebabkan perlakuan salah yang disorokkan oleh agensi penguatkuasaan sendiri.
Sedarlah semua.
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Rakyat mahukan jawapan, bukannya penafian kosong yang entah apa-apa.
BalasPadamNajib perlu jelaskan kepada rakyat mengenai isu pelaburan 1MDB melibatkan RM 15.4 bilion yang dikatakan dilabur di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, kita mahu tahulah apakah bidang pelaburannya, di manakah pelaburannya, Najib yang luluskan pelaburan itu kerana dia adalah bos besar 1MDB, takkan Najib tak tahu jawab apa yang dia dah buat?
Kemudian kita juga mahu penjelasan dari Najib mengenai isu pembelian stesen janakuasa elektrik yang hampir luput tarikh lesen operasi yang mana stesen janakuasa elektrik itu dibeli dengan harga yang begitu mahal, RM 18 bilion termasuk RM 6 bilion hutang warisan, apa kejadahnya semua ini? Apakah justifikasinya? Mengapakah tidak boleh tunggu lagi dua atau tiga tahun hingga lesen operasi tamat dan 1MDB boleh beli dengan harga yang lebih rendah yang dianggarkan dalam beberapa ratus juta ringgit sahaja.
Malahan pembelian Genting Sanyen yang harga pasarannya RM 400 juta, malahan pada tarikh pembelian itu dibuat oleh 1MDB, lesen operasi Genting Sanyen akan tamat juga lebih kurang dalam dua hingga tiga tahun sahaja. Mengapakah Najib meluluskan pembelian Genting Sanyen yang dah nak tamat lesen operasinya itu dengan harga 5 kali ganda lebih mahal iaitu dengan harga RM 2.3 bilion, RM 1.9 bilion melebihi harga pasaran, apakah justifikasinya?
Kemudian isu USD 700 juta pelaburan 1MDB di dalam syarikat joint venture dengan Petrosaudi di mana syarikat joint venture itu dibatalkan selepas 6 bulan menandatangani projek syarikat itu, mengapakah USD 700 juta pelaburan oleh 1MDB itu tak dipulangkan semula dan dijadikan sebagai pinjaman murabahah kepada Petrosaudi? Apakah 1MDB ini sebuah bank komersil? Apakah dalam senarai perniagaan 1MDB ini mempunyai perniagaan bank? Apakah 1MDB boleh memberikan pinjaman kepada Petrosaudi secara murabahah itu? Malahan lepas itu 1MDB beri lagi hutang USD 500 juta, kemudian beri lagi hutang USD 350 juta kepada Petrosaudi, apakah justifikasinya 1MDB beri hutang sebanyak USD 1.55 bilion (USD 700 juta + USD 500 juta + USD 350 juta) kepada Petrosaudi?
Kemudian 1MDB kata wang USD 1.55 bilion yang dihutang oleh Petrosaudi itu dah dipulangkan bersama-sama USD 488 juta keuntungan, persoalannya di manakah wang itu sekarang ini? Ini kerana sebelum ini 1MDB nak bayar faedah bank berjumlah RM 2 bilion, 1MDB terpaksa berhutang dengan Ananda Krishnan sebanyak RM 2 bilion, mengapakah tidak digunakan wang hutang yang dah dibayar oleh Petrosaudi berserta keuntungannya yang jika ditukarkan kepada nilai ringgit pada masa itu berjumlah lebih kurang RM 6 bilion? Najib perlu jelaskan perkara ini.
bersambung..........................
Sambungan..........................
PadamKemudian, pada bulan Mac 2015, Najib dalam satu jawapan bertulis kepada sidang Dewan Rakyat telah memberikan kenyataan bahawa sebahagian dari pelaburan 1MDB di Cayman Island dah ditebus, dan sejumlah USD 1.103 bilion tunai telah disimpan di BSI Singapore Limited kerana Najib kata payah simpan di Malaysia kerana Bank Negara Malaysia banyak sangat cengkadaknya kerana perlu ishtiharkan urusan pindahan wang melebihi RM 50 juta.
Walaupun begitu, ramai pihak sangsi dengan kenyataan bertulis Najib itu, malahan terdapat bukti bahawa bukannya USD 1.103 bilon tunai yang disimpan di BSI Singapore Limited itu, tetapi yang disimpan di bank itu oleh 1MDB adalah 'paper asset' kelas tiga yang jumlah sangat rendah.
Najib menuduh pendedahan itu adalah konspirasi untuk memburukkkannya. Tetapi pada bulan Mei 2015 dalam jawapan bertulis oleh Najib kepada sidang parlimen, Najib menyatakan bahawa USD 1.103 itu bukan tunai yang disimpan di BSI Singapore Limited itu, sedangkan sebelum ini Najib kata tunai. Jawapan bertulis ini kononnya adalah 'pembetulan' sedangkan sudah lebih sebulan perkara ini berlaku. Malahan 'pembetulan' ini dibuat hanya selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura membuat laporan mengenai USD 1.103 bilion itu bukan tunai kepada Bank Negara Malaysia. Mengapakah boleh terjadi sebegini? Malahan selang beberapa hari kemudian, suatu 'pembetulan' lagi dibuat bahawa bukan aset, tetapi 'unit' pula. Apa ini semua, sekejap tunai, sekejap aset, sekejap unit, mana satu yang betul? Malahan jumlah dan nilai aset atau unit itu pun tak didedahkan, apakah bernilai USD 1.103 bilion atau lebih tinggi dari itu, atau sangat rendah dari itu? Malahan apakah jenis aset itu? Emas, perak, berlian? Malahan kalau unit, apakah unit itu, unit saham, unit warant, bon? Tidak dijawab hinga sekarang. Najib perlu jelaskan perkara ini.
Mengapakah pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap perkara ini? Mengapakah tiada siasatan oleh pihak polis mengenai isu ini? Mengapakah pasukan siasatan dari SPRM, BNM, serta jabatan peguam negara ditangkap, diheret ke pejabat polis untuk 'diambil keterangan' pada jam 1 pagi?
Ini semua perlu penjelasan, kalau buat diam begitu sahaja, macam mana nak ada jawapannya? Jika jawapannya tak ada, macam mana nak tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah? Maka kecelaruan ini berterusan, imej negara menjadi buruk, imej kerajaan menjadi buruk, imej parti menjadi buruk, hanya disebabkan seoarang individu yang mendiamkan diri di atas segala persoalan yang perlu dijawab olehnya.
Sedarlah semua.
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Saya memberikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk 'copy paste' komen saya ini untuk disebarkan ke blog, facebook, atau di buat bahan cetakan untuk disebarkan kepada umum.
BalasPadamSekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Bakarabu perasan pandai....buabg karan je melayan...
BalasPadamKomen abu bakar jauh lebih baik dr segi adab dan bahasa berbanding komen komen penjilat penjilat najib seperti nek tempoyak dan macai PENYAPU!!..
PadamTanpa Nama13 September 2015 2:14 PTG, sila jawab soalan saya jika kamu pandai.
PadamApa yang saya tulis tu berdasarkan kenyataan oleh Najib dan kuncu-kuncunya, bukannya suka-suka hati tulis.
Selamat menjawab.