Ahad, 13 September 2015

PANAS ~ Najib Bakal Terima Derma Lagi..?


Sebenarnya ianya berita baik..!

Dilaporkan...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mengambil tindakan mempertingkatkan keselamatan di semua tempat yang berkepentingan kepada negara.
Ia susulan seruan kumpulan militan Islamic State (IS) agar pengikutnya melakukan serangan ke atas beberapa negara termasuk Malaysia di dalam majalah Dabiq yang disebarkan di media dalam talian.
Penolong Pengarah (E8) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis sedia maklum mengenai seruan itu.
“Kita tingkatkan tahap keselamatan termasuk di kedutaan-kedutaan asing dan juga tempat-tempat yang menjadi kunjungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Pada Jumaat, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dilaporkan mengarahkan kedutaan negaranya memperketat kawalan keselamatan selepas militan IS dilaporkan mengarah pengikutnya untuk menyerang warga Jepun yang berada di Malaysia, Indonesia dan Bosnia-Herzegovina.
Sementara itu, jurucakap Kedutaan Jepun di Malaysia berkata Tokyo telah mengarahkan organisasi Jepun di seberang laut, termasuk dalam tiga negara itu untuk meningkat lagi tahap keselamatan.
“Dalam mengambil langkah sesuai untuk keadaan luar jangka, Kedutaan Jepun di Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia selain daripada meningkatkan usaha mengumpul maklumat berkaitan.
Kedutaan Jepun sedang mengambil langkah keselamatan untuk memastikan keselamatan warga Jepun di Malaysia, dengan memberikan maklumat berkaitan menerusi kemudahan dan organisasi berkaitan Jepun, ” kata jurucakap itu semasa dihubungi pada Jumaat tetapi enggan dikenali. 
Bernama yang membuat tinjuan di Kedutaan Jepun yang terletak di Persiaran Stonor dekat sini, Jumaat diberitahu oleh salah seorang pegawai keselamatan bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Kita telah ambil langkah berjaga-jaga dan setakat ini tiada apa-apa berlaku,” katanya kepada Bernama pada Jumaat. 
– Bernama
Daripada senyap sunyi, diakui oleh SPRM, duit untuk parti bagi menghadapi pilihanraya dan yang terakhir dikatakan oleh penjilat sebagai duit menentang Yahudi dan DAPig..! 
Rakyat juga tidak pernah lupa bahawa ada satu lagi cabang jawapan daripada siapa, kepada siapa dan kerana apa duit derma 2.6 bilion itu masuk ke akaun Najib..
KUANTAN - "Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini."

Itu didedahkan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat  berikutan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu di mana wang tersebut adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

“Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Serentak

Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuantan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian, Datuk Zaiton Mat, Ketua Pemuda Umno bahagian, Nara@Nikman Nordin dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Roslina Ibrahim yang turut disertai kira-kira 600 ahli dalam majlis tersebut.

Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.


Jika menurut kata kata semangat Ketua Bahagian ni, Maka sewajarnya Najib mengambil peluang untuk menuntut lebih banyak lagi derma bagi mengatasi ancaman IS..!

Kita berdoa agar pak arab tersebut akan menderma kerana menyokong usaha murni tersebut..! Rakyat tentu bangga dengan hubungan akrab Najib dan pak arab mulia tersebut..! Rakyat dan negara mahukan keselamatan terjaga dan terbela..!

Cuma negara jangan mengharapkan yang pak arab mulia tu akan menderma ke akaun kerajaan..! Pak arab ni nampaknya biasa menderma ke akaun peribadi..! Malah kalau ikut kenyataan Ketua Bahagian tu bukan najib sorang jer malah ramai dan banyak lagi negara yang pak arab mulia tu tolong..!

Jadi, kalau masuk ke akaun peribadi Najib jangan la pulak jeles..! jangan pulak meraung kerana perbendaharaan negara gagal dan tidak boleh memilikinya..! Itukan hak Najib..! 

Najib pun dah cakap...dia tak beli undi dan tak beli perwakilan..! jauh sekali beli Ketua Bahagian..! Najib cuma tolong jer..! Jadi, apa salahnya jika Najib dapat sekali lagi tolong rakyat dan negara dengan derma terbaru tu nanti..!

Tak gitu???

Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Saya bukan Ah Long tapi mau tolong.

    BalasPadam
  2. Kerana pulut santan binasa,kerana mulut negara binasa.Kenapa libatkan ISIS pula,bodoh org umno sendiri keluar kenyataan yg bahayakan negara . Zgv

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...aku pun bimbang..kalau is dah bom... kita sendri susah...najib tak susah sbb dia dok dalam istana...banyak pengawal..yg banyak mati nanti polis dan askar terdiri dari org melayu...bahaya betullah permainan najib dan penjilatnya.

      Padam
  3. OK Najib, sila buka akaun di AmBank lagi, buka dua akaun untuk terima 'derma' yang akan diberikan oleh Arab Saudi untuk melawan IS seperti yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi TPM baharu sebelum ini.

    Lepas ni bolehlah Zahid dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi dan Najib serta Yang Amat Terhormat Menteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bergambar dengan riang menunjukkan dokumen 'derma' supaya tak jadi isu lagi lepas ni. Bawa sekali Mustafar Ali Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM supaya membuktikan itu adalah 'derma' bukannya rasuah.

    Selamat mengutip 'derma' wahai Najib.

    Sedarlah semua.

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Lepas ni mungkin pihak Jepun juga akan beri 'derma' kepada Malaysia tapi kena masuk dalam akaun Najib untuk menentang IS.

    Lepas ni Najib bolehlah buka akaun lagi, nak buka di bank mana ni Najib, di CIMB susah sikit, takut kantoi, buka di AmBank lagilah, buka lagi 10 akaun peribadi, lepas tu tak payah beri wang 'derma' itu kepada perbendaharaan Malaysia, Najib belanjalah sepuas hatinya dengan alasan untuk menentang IS kononnya.

    Sedarlah semua.

    BalasPadam
  5. Kalo da begitu .. elok aje lah Baitulmal masukkan nama najib sebagai pemohon..

    BalasPadam
  6. apasal ada orang minta duit derma tu. kbu kuantan kata duit derma tu untuk ahjibgor kerana menghargai malaysia yang akan perangi is yang akan muncul (derma 2013, is tahun 2014) . bukan untuk kerajaan, bukan untuk umno, bukan untuk bn, bukan untuk sesiapa pun, tapi untuk ahjibgor sahaja. kenapa ada yang minta masuk dalam akaun umno. kenapa tak faham? macam mana boleh jadi pemimpin ni.

    BalasPadam
  7. Teman amat amat berharap agar YAB PERDANA MENTERI DATO SRI NAJIB B TUN ABDUL RAZAK TABAH MENGHADAPI SERANGAN DEMI SERANGAN BAIK DALAM DAN LUAR NEGARA SAMADA DARI ORANG UMNO PEMBANGKANG SERTA MELAYU DAN CINA..TERUSKAN ..TERUSKAN JADI PM YG HEBAT DAN TERUS LAH MEMIMPIN NEGARA INI KE LEMBAH KEBINASAAN..BIAR LAH MELAYU BANGSAT MEREMPAT DAN HILANG KUASA..MENGEMIS DI TANAH AUR SENDIRU..TERUS KAN LAH MEMERINTAH..JIKA ITU KEHENDAK KAK MAH..SELAMAT MEMIMPIN...KERANA YG PASTI PENGUASA YANG ZALIM TEMPATNYA BUKAN DI SYURGA...MALAS DAH NAK AMBIL TAHU...LABTAK KOME LAH...LA NI KITA BERDOA DAN SOLAT HAJAT...MOHON ALLAH BERU PETUNJUK..DARI DOK KUTUK DOK MAKI..TK GUNA..LA NI AMVIL WUDHU BUAT DOLAT HAHAT DAN BERDOA..ITU SENJATA ORG MUKMIN..TERUSKAN NAJIB..U ADA KTU BHGN..ADA 3Juta ahli umno blkg u..u ada AG..U ADA PDRM U ADA SB U ADA MUSTAFA ALI SPRM..U ADA SEGALA DI HUJUNG JARI...KAMI RAKYAT TAK SEHEBAT U..TP KAMI ADA HATI UNTUK BERDOA KPD,ALLAH SWT....

    BalasPadam
  8. Teman amat amat berharap agar YAB PERDANA MENTERI DATO SRI NAJIB B TUN ABDUL RAZAK TABAH MENGHADAPI SERANGAN DEMI SERANGAN BAIK DALAM DAN LUAR NEGARA SAMADA DARI ORANG UMNO PEMBANGKANG SERTA MELAYU DAN CINA..TERUSKAN ..TERUSKAN JADI PM YG HEBAT DAN TERUS LAH MEMIMPIN NEGARA INI KE LEMBAH KEBINASAAN..BIAR LAH MELAYU BANGSAT MEREMPAT DAN HILANG KUASA..MENGEMIS DI TANAH AUR SENDIRU..TERUS KAN LAH MEMERINTAH..JIKA ITU KEHENDAK KAK MAH..SELAMAT MEMIMPIN...KERANA YG PASTI PENGUASA YANG ZALIM TEMPATNYA BUKAN DI SYURGA...MALAS DAH NAK AMBIL TAHU...LABTAK KOME LAH...LA NI KITA BERDOA DAN SOLAT HAJAT...MOHON ALLAH BERU PETUNJUK..DARI DOK KUTUK DOK MAKI..TK GUNA..LA NI AMVIL WUDHU BUAT DOLAT HAHAT DAN BERDOA..ITU SENJATA ORG MUKMIN..TERUSKAN NAJIB..U ADA KTU BHGN..ADA 3Juta ahli umno blkg u..u ada AG..U ADA PDRM U ADA SB U ADA MUSTAFA ALI SPRM..U ADA SEGALA DI HUJUNG JARI...KAMI RAKYAT TAK SEHEBAT U..TP KAMI ADA HATI UNTUK BERDOA KPD,ALLAH SWT....

    BalasPadam
  9. OOooo...thailand pon terima...
    kebetulan justo pon ade di sana & kena dakwa.
    errr.....thailand pon terima melalui akaun peribadi ke??
    PM thailand mgkn sudah jelaskan kpd rakyat thai?
    sudah tentu thailand tiada apa2 kaitan antara derma dgn justo kan?

    BalasPadam
  10. Rata2 rakyat merasa gembira setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan terus memimpin negara selagi mendapat sokongan parti dan rakyat.

    Pada masa fitnah, hasutan dan pembohongan menjadi alat untuk menghasut rakyat membenci Najib, serta pengakuan Tan Sri Muhyidin dlm menyuarat MT baru2 ini bahawa beliau sebenarnya tahu ada komplot terancang untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan kepimpinan Najib, kini rata2 rakyat semakin bersemangat menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib dan mengharapkan beliau terus berjuang habis-habisan demi Agama, Bangsa dan Negara.

    Majoriti rakyat percaya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan kecewakan ahli Umno dan rakyat Malaysia. 

    Hidup Najib ! Hidup Umno ! Hidup Melayu !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pesanan Presiden Umno, kalau Umno dijatuhkan, maka bangsa melayu akan jadi bangsat ditanah air sendiri.
      Mahathir sikit pun tak terasa, sebab Mahathir bukan asal keturunan bangsa melayu.
      Mahathir asal keturunan bangsa India Kerala.

      Padam
    2. 8.59 chai, lu buat karangan dan 9.33 lu juga yang balas balik....kah kah kah kah...lu ada sakit mental kronik yang teruk ni....

      Kah kah kah kah...

      Padam
  11. Isu 1MDB Rafizi/Pua punya angkara, Najib perlekeh itulah kerja pembangkang
    Bila Mahathir/SR ungkit isu yang sama,
    Najib terkedu, goyah dan naik berang

    Strategi najib nafi dan "silence is golden",
    ingat isu hilang sendiri dengan masa
    Namun setelah SR/WSJ londeh bukti berdokumen,Najib ngelabah cepat salahgunakuasa

    Timbul pula isu RM2.6 billion, masuk ke dalam akaun persendirian najib
    Rasuah dinafikan "derma" dicanangkan, ahli
    Umno dan rakyat langsung tak "believe"

    Rakyat didongengkan konon dah keluar saman, rupanya surat untuk cari maklumat
    Tak berani saman kerana dah kantoi, melayu bukan bangsa bangsat

    Hantu altantuya datang kembali, penuh dengan fakta dan bukti
    Kononnya lagi fitnah dan konspirasi, silap langkah penjara dan taligantung menanti

    Turunlah najib dari takhta, agar rakyat teruskan kehidupan
    Doa kami semua anda masih waras, demi anak cucu generasi masa depan

    BalasPadam
  12. Derma untuk umno masuk dalam akaun peribadi najib...rosmah pun boleh tengok.....

    Umno takda akaun ka sampai perlu masuk akaun peribadi? Mana logiknya?

    Kenapa perlu masuk akaun peribadi jika derma ni untuk umno?

    Kalau camtu ahli umno, pegawai kerajaan boleh malah yang bekerja di sektor swasta pun boleh lakukan perkara yang sama...masuk kan dalam akaun peribadi masing2 pastu cakap eerma peribadi.

    Hoi!!! kawan2 semua!!! pasni kalau ada orang beri duit cakap ni duit derma!!!

    Kemudian bagitau pihak berkuasa, najib boleh buat, kenapa kami tak boleh???

    BalasPadam
  13. Hidup melayu hidup najib.. cina dap penyamar kat sini pergi mam

    BalasPadam