Sabtu, 12 September 2015

HOT ~ Akhirnya PM & Anggota Kabinet Meletak Jawatan..!


Berani kerana benar..! mengaku apabila salah..! Itu prinsip orang bermaruah..!

KAHERAH - MESIR . Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb dan barisan Kabinetnya meletakan jawatan beberapa hari selepas penangkapan Menteri Pertanian atas tuduhan rasuah. 

Pejabat Presiden Abdel- Fattah el - Sisi pada Sabtu berkata, beliau telah menerima peletakan jawatan itu tetapi menteri-menteri tersebut akan terus berkhidmat sehingga badan baru dilantik. 

"Menteri Petroleum Sherif Ismail ditugaskan untuk membentuk Kabinet baru dalam masa seminggu," dua pegawai dari pejabat presiden berkata. 

Memetik laporan AP, sebelum menyerahkan surat perletakan jawatan, Ibrahim memberikan laporan terperinci berkaitan prestasi kerajaan.  

Menteri Pertanian, Saleh el_din ditahan pada Isnin selepas meletakkan jawatan ketika sisatan dakwaan menteri itu bersama individu lain menerima rasuah lebih AS$1 juta. 

Sebelum ini, Ibrahim meninggalkan sidang media di Tunusia awal minggu lalu selepas ditanya mengenai dakwaan rasuah.

Ada berani???

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Tu kat mesir bro... kat malaysia yg kaki samun akan dijulang.. Tak percaya tanyalah KJ..

    BalasPadam
  2. Siapa yang nak letak jawatan President/Pm. Nak letak jawatan ahli biasa pun tak sanggup. Mari ramai ahli um no letak jawatan. Lepas najib undur mohon balik macam Tun Mahathir buat. Kalau talk sanggup jangan bising² tunggu pru14 melayu jadi ban**at. Ada berani ada maruah ada egg!

    BalasPadam
    Balasan
    1. madey masa orang mintak letak jawatan.....dia letak jawatan tak. banyak cantikkkk.....ketam ngajar anak jalan lurus.....podabhh...cittttt....

      Padam
    2. Apo la nak jadi kau, Tun M dah lama letak jawatan.
      Yg takut sgt org tua ni bersuara kenapa?
      Mungkin ko ni bekas anak2 ikan Anwar, tak pun masa dulu tak dapat tender
      .....atau mmg dah takdir Allah hitamkan hati kau

      Padam