Rabu, 2 September 2015

Najib Tak Datang & SPRM Sedia Berdepan..!


Najib dilaporkan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan tidak akan terlibat secara langsung dengan Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang akan bermula esok hingga Jumaat.
 
Mengesahkan perkara tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, Najib tidak akan hadir ke persidangan yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
"Beliau (Najib) tidak akan hadir sebagai panel dan tidak akan beri ucapan pada persidangan esok," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

SPRM dalam mengesahkan perkara tersebut juga dilaporkan berkata...

Negara mungkin akan berdepan dengan persepsi berkaitan skandal badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang akan bermula esok. 
 
Tidak menolak kemungkinan persoalan tersebut akan dibangkitkan dalam persidangan IACC, pengerusi persidangan, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya sudah bersedia untuk berdepan dengan isu tersebut jika ia dibangkitkan.
 
“Persepsi akan ada namun langkah-langkah pencegahan berkesan yang dilakukan oleh badan SPRM akan mampu mengetengahkan fakta dan kejayaan SPRM di dalam persidangan itu nanti.
 
“Kita mengetengahkan usaha-usaha dan langkah strategi yang dilakukan oleh SPRM dan kerajaan. Apa yang kita ingin tekankan dalam persidangan nanti adalah jalan penyelesaian dan kaedah yang kita ambil dalam mendepani isu rasuah dalam negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media berkaitan Persidangan IACC di sini, hari ini.
 
Persidangan IACC merupakan persidangan peringkat antarabangsa yang digariskan khusus untuk menentang dan memerangi rasuah di setiap negara yang terlibat.
 
Lebih 130 negara menghantar wakil masing-masing untuk berkongsi ilmu dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam membasmi gejala rasuah di negara yang terlibat.
 
Antara negara yang turut terlibat dalam persidangan ini termasuk, Kenya, Filipina, Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, dan Tanzania.


Pelik juga Najib tak nak datang..! Selalunya majlis yang berstatus antarabangsa ni tak payah jemput pun Najib macam berlari lari..! Macam main golf masa banjir tu..! kan keutamaan tu..!

Najib dah tak ambil kira KPI ke? tak risau rating dunia ke? bukan kah ini la masanya Najib memberitahu dunia bahawa Malaysia terutama dirinya bersih dan suci murni daripada rasuah..! 

Ini la peluang besar bagi Najib memperincikan kepada dunia kenapa dan mengapa tindakan yang diambil keatas bekas TPM dan Menteri,  bekas AG, bekas anggota PAC, Bank Negara, SPRM dan SB yang sudah disalah anggap dan di salahertikan oleh masyarakat dunia...!

Berani kerana benar ATAU..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Ah Jib Kangkong ada perkara yang lebih penting dari pergi ke IACC saperti mengubah undang2 untuk tangkap sesiapa yang memijak gambar muka dia dan larang kemasukan dan penjualan belon2 yang berwarna kuning!!!!

    alfie

    BalasPadam
  2. Bila suruh berdepan dengan kebenaran Najib akan hilang, saperti dia sembunyi ketika #Nothing2Hide.

    Penganjur pun sudah mohon maaf pada Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
  3. Dia tunggu kalau2 ada Persidangan DONATION SEDUNIA barula la dia pegi dgn isterinya utk lancarkan dan bagi speech berdegau2. Takat rasuah2 ni apa barang. Kalau dulu org panggil Tun Mahazalim dia pulak boleh panggil Mahadonation
    Kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ' MAHA DONATION' ...... 'MAHA DERMA'.

      Padam
  4. Korang fikir2lah sendiri!!!

    BalasPadam
  5. ..makin meracau racau la nek tempoyak KEPARAT dan pentaksub pentaksub lanun kalo baca artikel ni..

    BalasPadam
  6. soalan yang akan ditanya semasa persidangan, dah panggil pm untuk beri keterangan? sprm jawab akan panggil tapi kena sedia ditukarkan. anak nak tinggal kat kl, tapi kalu kena tukar, jauh dari kl pulak. so, kita akan panggil bila masa yang sesuai. kita lihat bila pm lapang untuk datang ke sprm. kena ambil nombor temujanji. orang lain no hal untuk panggil, tapi pm sprm ada hal untuk panggil sampai sekarang tak terpanggil.

    BalasPadam
  7. Ahaiii
    Tambah satu lagi rekod dunia utk Najib.
    Tak pernah dibuat pemimpin negara lain.
    International Confr. tu...

    Orang datang bertandang ke rumah. Tuan rumah lari lintang pukang.
    Hadui, apalah malang Malaysia ni.

    BalasPadam