Isnin, 21 September 2015

Beza Parlimen Australia Dengan Malaysia..!


Menarik untuk dibahaskan...
Layan...

Pecat perdana menteri: Mengapa Australia boleh, Malaysia tidak?

Oleh Wong Chin Huat 

Sudah tiba masanya kita pertimbangkan pengenalan “parti/kaukus Parlimen” ke dalam sistem politik kita.Isnin lalu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dikalahkan Menteri Komunikasi Malcom Turnbull dalam pilihan pemimpin parti Liberal, parti utama dalam Pemerintah Gabungan (Coalition Government).

Abbot mendapat 44 undi manakala Turnbull mendapat 54 undi daripada badan pemilih iaitu “balai parti” (party room).Pada tengahari Selasa, Abbott meletak jawatan dan sejam kemudian, Turnbull mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di depan Gabenor-Jeneral Peter Cosgrove. 

Perbandingan Australia dengan Malaysia

Mengapa Australia boleh memecat perdana menteri dengan begitu mudah tetapi Malaysia tidak?

Beberapa perkara dalam episod ini yang wajarmendapat perhatian kita.
Pertama, penukaran perdana menteri dilakukan dalam masa kurang daripada 24 jam dan secara terbuka (sungguhpun dengan undi sulit).

Kedua, penukaran ini mengambil mekanisma yang sah di segiundang-undang dan persepsia wam (legal and legitimate).

Tiada sesiapa yang dituduh dan diugut tindakan polis kerana “menjejaskan demokrasi”. Juga tiada perhimpunan raksasa dilakukan untuk menuntut pengunduran perdana menteri atau untuk membela beliau dan membela maruah orang putih atau orang Kristian.

Ketiga, Abbot dicabar dan ditolak kerana Parti Liberal takut pengundi akan menolak partinya, sama seperti alasan yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menuntut Datuk Seri Najib Razak mengundur.

Dan kejatuhan Abbott yang semakin tidak popular sememangnya menaikkan sokongan orang ramai kepada Parti Liberal malah dikatakan salah satu sebab Parti Liberal berjaya dalam pilihan raya kecil di Australia Barat semalam (Sabtu).

Berbeza dengan perdana menteri Malaysia, perdana menteri Australia ini cuma tidak popular dan tiada sebarang skandal kewangan atau pembunuhan.

Sememangnya, perdana menteri dalam demokrasi berparlimen itu boleh dipecat sekalipun tiada salah dalam undang-undang.

Keempat, Parti Liberal sendiri yang tentukan pemimpin baharu dan perdana menteri baharunya.

Rakan-rakang gabungannya – Parti Nasional, Parti Liberal Tanahair (CLP) dan Parti Nasional Liberal (NLP) – tidak ada hak untuk campur tangan, usah disebut kuasa veto.

Juga tiada peluang untuk ketua negara iaitu gabenor-jeneral untuk mengarahkan kehadiran semua ahli Parlimen di istana beliau untuk dikaji selidik pemimpin mana yang boleh mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.

Jika perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia, maka ini adalah implikasinya:

1. Najib akan dicabar dan dikalahkan dalam “balai parti” Umno.

2. Najib akan menyampaikan peletakan jawatannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Pencabar Najib yang berjaya mengalahkannya itu akan muncul sebagai pemimpin Umno dan perdana menteri Malaysia yang baharu.

4. Parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PBB tidak akan ditanya pandangan mereka, usah lagi diberi kuasa veto, tentang pengganti Najib.

5. Agong tidak perlu membuat kaji selidik mulut atau mengutip “akuan berkanun” (statutory declaration) ahli Parlimen tentang pengganti Najib.

Dalam kata lain, Umno tetap kekal berkuasa, sekalipun jika Najib dipaksa mengundurkan diri.

Ini akan melegakan kekhuatiran sebahagian orang Melayu yang tidak berani menolak pemimpin yang korup kerana takutkan kejatuhan rejim Umno.

Kelebihan kausus parti

Di Malaysia, “pemecatan” perdana menteri selalu dibincangkan seolah-olah hanya boleh dijalankan dengan 2 kaedah saja:

(a) undi tidak percaya (termasuk bentuk alternatifnya kekalahan dalam undi percaya dan penolakan belanjawan).

(b) akuan berkanun (selepas keputusan Mahkamah Rayuan tentang rampasan kuasa di Perak pada 2009).
Kedua-dua cara ini pada teorinya melibatkan semua ahli Parlimen.

Kalau sesebuah pemerintah itu pada asalnya mendapat sokongan majoriti, maka untuk sebuah usul tidak percaya itu diluluskan, “pemberontakan bangku belakang” (backbench revolt) - mestilahberlaku.

Dalam kata lain, sesetengah wakil rakyat parti pemerintah mesti berpaling tadah dan bekerjasama dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri daripada parti sendiri.

Ini boleh menjadi halangan dalam budaya politik yang amat menekankan kesetiaan kepada parti dan takutkan perpecahan parti.

Sebagai contoh, kerana “pemberontakan bangku belakang” tidak pernah berlaku di Malaysia, ramai rasa was-was malah menolak ideanya ini sama sekali.

Hakikatnya, pemecatan perdana menteri tidak perlu menjadi urusan seluruh dewan Parlimen. Sebaliknya ia boleh berlaku sebagai urusan parti pemerintah sahaja.

Jika perdana menteri dijatuhkan dengan undi tidak percaya, parti pemerintah sebenarnya dirugikan dalam 2 aspek.

Pertama, parti pemerintah berpecah dan dijatuhkan secara rasminya.

Kedua, jika perdana menteri yang dijatuhkan memohon restu ketua negara untuk membubarkan Parlimen, ketua negara mempunyai kuasa budi bicara secara mutlak.

Selagi para ahli Parlimen daripada parti pemerintah tetap bersatu, mereka seharusnya diberi kuasa untuk membuang undi untuk menentukan pemimpin mereka yang seterusnya menjadi perdana menteri.

Ini adalah konsep “kaukus Parlimen” (parliamentary caucus) yang sebenarnya memperkasakan institusi parti.

[Kaukus di sini adalah kumpulan ahli Parlimen daripada parti yang sama, berlainan dengan kaukus berasaskan isu tertentu yang mengandungi ahli Parlimen daripada pelbagai parti]

Bagaimana “kaukus Parlimen” mengundi itu adalah urusan parti dan oleh itu kita biasanya tidak membaca tentang “kaukus Parlimen” dalam Perlembagaan negara.

Akan tetapi, demokrasi berparlimen ala Westminster seharusnya menerima keputusan “kaukus Parlimen” sebagai sebahagian daripada “kelaziman Perlembagaan” (constitutional convention).

“Balai parti” Liberal itu sememangnya adalah bentuk “kaukus parti” yang diubahsuaikan. Ia merangkumi kedua-dua ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan negeri. Maka, selain 58 orang ahli Parlimen di “Dewan Rakyat”, terdapat juga lebih kurang 42 “Adun”.

(“Dewan Rakyat” Parlimen Australia mempunyai 150 kerusi, dan parti-parti sepakat Liberal mempunyai 32 orang ahli Parlimen untuk membentuk majoriti 90 orang).

Yang pentingnya, keputusan 100 orang wakil rakyat ini akan diterima oleh 58 orang ahli “Dewan Rakyat”.

Mereka tidak ada alasan untuk bekerjasama dengan parti lawan untuk menjatuhkan perdana menteri sendiri.

Sebenarnya, Abbott sudahpun dicabar pada Februari dan beliau berjaya mengekalkan kuasanya dengan 61 kepada 39 undi. Beliau berjanji akan mengubah polisinya untuk meningkatkan populariti Parti Liberal.

Kekalahan beliau kali ini adalah kerana kegagalannya menepati janjiperubahannya.

Jika Umno ada “kaukus Parlimen”, maka 88 ahli Parlimen akan berkuasa menentukan siapa perdana menteri.

Sama ada Najib dikekalkan atau dipecat, Umno tidak perlu risau kejatuhan kuasa pemerintahannya. Umno juga tidak perlu risau “raja” menjadi “penabal raja” (kingmaker).

Dengan logik yang sama, jika Pakatan Rakyat mempunyai “kaukus dewan perundangan” di Selangor, dalam krisis menteri besar tahun lepas, maka 44 orang Adun daripada PKR, PAS dan DAP boleh menentukan siapa ketua pakatan dan menteri besar, sama ada kekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tukar kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Umno dan Istana Selangor tidak ada peluag untuk campur tangan.

Malaysia meniru sistem Westminster tetapi institusi “kaukus Parlimen” ini ditinggalkan, mungkin kerana perdana menteri tidak ingin kuasanya ditentukan oleh ahli-ahli Parlimen separtinya.

Malangnya, daripada Khalid tahun lepas sampai Najib tahun ini, ketidakstabilan tidak dapat dielakkan atau diselesaikan tanpa institusi ini.

Tiba masanya kita pertimbangkan sama ada untuk tambah semula apa yang tertinggal selama ini.


Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Kepada saya, mereka di Australia boleh lakukannya kerana ahli atau AJK partinya bukannya macam ahli dan Ketua Bahagian UMNO.
    Selain itu, Tony Abbott tak dapat derma sebanyak USD700 juta dari Pak Arab atau dari mana-mana agensi.

    Pihak berkuasa polis mereka juga tidak masuk campur urusan pemilihan parti. Jauh sekali untuk menahan sesiapa saja yg menentang PMnya.
    Wallahhu'alam.

    BalasPadam
  2. Antara sebab sebab, ada puaka.

    BalasPadam
  3. Najib dah rasuah sorang2 nak buat mcm mana...CASH IS KING beb...

    BalasPadam
  4. lDisana tak sama disini.Disana mereka berpolitik kerana nak berkhidmat kepada negara dan rakyat .Sedang kan kita di Malaysia sebahgian besar berpolitik untuk jadi kaya dan songlap projek dan songlap duit.Tu pasal kan main pertahan posisi masing masing hingga ada yg sanggup mati nak pertahan jawatan.Sini punya politician banyak yg haprak tak kira dipihak BN atau PR dua kali lima saja

    BalasPadam
  5. Wak Seman Kadok (Othaman Ahmad) udah makiin tak tentu arah
    Dengan tetiba jerr kat blog Dinturtle sama Kejora dia mahu marah
    Si tua ganyut nii jadi risau bila masa depan DS Najib makin cerah
    Lebih-lebih lagi bila dilihat ratusan ribu penyokong berbaju merah

    BalasPadam
  6. Dulunya Wak Seman ni aktif dekat blogspot si Parpukari
    Kerja copy & paste bawak benda sama ke sana ke mari
    Bukannya nak mengaji asyik mengutuk jer tak sadar diri
    Kena lanyak dengan Kejora terus si tua ni melarikan diri

    BalasPadam
  7. Wak Seman Kadok nii kemain sembang lebat cekap bermain sandiwara
    Orang tua ni pendatang dari Singapre yang berjaya dapat warganegara
    Kerja dia copy & paste benda karut marut sengaja mau cetus huru-hara
    Dekat blog si Parpu teruk si tua ganyut ni dilanyak dengan geng Kejora

    BalasPadam
  8. pm najib "kebal" hasil usaha mamak kutty masa dia pres umno dulu.. hehe mamak kutty buat2 lupa

    BalasPadam
  9. What the stupid old Seman intends to say we can already foresee
    At the Parpus blog the Kejoras wallop & whack him without mercy
    He's also being attacked by our country's students in the oversea
    And now... this bloody old culprit had ran away as you all can see

    BalasPadam
  10. Kekuatan geng Kejora penyokong PM Wak Seman dah boleh ukur
    Dekat blog si Parpu dua tiga tahu dia kena gasak balon tersungkur
    Dengar je nama Kejora si tua kutuk ni fobea terus tidur berdengkur
    Boleh jadii kini dia sedang jumpa bapak Bastian buat nombor ekor

    BalasPadam
  11. Wak Seman Kadok pencacaii tun mamak pedukang
    Dah nampak cenderung menyokong pembangkang
    Dengan UMNO mereka ni mau tikam dari belakang
    Kena balun dengan Kejora udah lari lintang pukang

    BalasPadam
  12. Wak Seman Kadok tak padan tua mulut kemain celupar
    Hal remeh temeh sengaja diperbesar mau bikin gempar
    Dapat kat aku tau le si tua ni rasa aku punya penampar
    Dekat muka dia aku nak kasi cop dengan tapak selipar

    BalasPadam
  13. Wak Seman Kadok kerja copy paste je mau jual minyak
    Namun Geng Kejora tidak kasii ruang terus dia dilanyak
    Sehari dua ni pasti mengigau si tua ni tidur tak nyenyak
    Nampak udah diam sepi tidak berani lagi cakap banyak

    BalasPadam
  14. itu sebab kita kena ikut macam negara brunai. jangan sewenang2nya bagi kerakyatan pada pendatang. nanti dia gigit balik. tenguk perangai mak lampir. sebagai contoh. yang bermata sepet lagi teruk. diberi betis nak peha. dinegara brunai aman tanpa spicies2 ini. baru diorang tau sape tuan tanah.

    BalasPadam
  15. Blogger n melayu dlm ni bebal. Xsedar agenda cina.. dah kuasai ekonomi tamak nk kuasa politik.. Kalau dpt Kuasa politk masa tu jgn harap melayu dpt bangkit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah jib gor jugak yg bagi muka pada cina...bila da jadi macam ni nak salah melayu pasal tak sokong isu 2.6bil...puii...proot..creett....

      Padam
  16. .. ader pulak macai bongok najib bapok main pantun kat sini...alahaiiii.. takder sape yg kesahhh!!..

    BalasPadam