Rabu, 9 September 2015

UMNO Johor Tolak Himpunan Baju Merah..!


Syabas UMNO Johor..! Berjaya membuktikan bahawa politik matang dan tidak anti akal masih sihat dan subur oleh ahli UMNO Johor..! Bukti bahawa akal dan hati budi ahli UMNO Johor tidak mudah disogok dan perbudakkan..!

UMNO untuk semua bangsa Melayu bukan kepunyaan seseorang..!

UMNO Johor Tolak ‘Himpunan Baju Merah’ – Jais Sarday

JOHOR BAHRU, 8 Sep – Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor hari ini menyokong penuh tindakan pihak polis tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu (Himpunan Baju Merah) diadakan di kawasan Bukit Bintang dan di Jalan Petaling yang dijadualkan pada 16 September ini.
Setiausahanya, Md Jais Sarday berkata, sebagai masyarakat yang bertamadun, kita mengecam dan tidak bersetuju apapun bentuk perhimpuna jalanan kerana sekiranya tidak dapat dikawal, ia akan menjadi tempat untuk menjetir-jerit stsu menunjukkan aksi-aksi tertentu.
“Apa guna perhimpunan untuk menunjukkan kekuatan dan perpaduan orang Melayu selepas BERSIH 4.0 yang disertai majoritinya oleh orang Cina.
Perhimpunan ini tidak akan melahirkan apa-apa resolusi yang konprehensif untuk menyatu-padukan orang melayu apatah lagi memajukan bangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, semangat yang kuat tanpa hala tuju mungkin akan menyebabkan keadaan yang tidak menentu, merosakkan harta awam, kekotoran sampah sarap dan menyusahkan orang lain khususnya para peniaga.
“Apatah lagi, jika himpunan jalanan ini hendak melibatkan UMNO. Ingatlah, sejarah perjuangan bangsa melayu sehingga tertubuhnya UMNO dan kita Merdeka, perjuangan kita bukanlah berasaskan himpunan jalanan,” tambahnya.
UMNO sendiri lahir dalam keadaan yang mulia di istana, selaras dengan semangat perjuangan bangsa.
“Sekiranya kita benar-benar cintakan perpaduan bangsa, saya mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan dengan cara yang lebih beradab dan bermaruah.
Adakanlah himpunan Melayu yang lebih tertib di setiap negeri sepertimana Himpunan Melayu Johor satu ketika dulu. Lontarkanlah pandangan dan pendapat yang bernas, apakah langkah-langkah untuk kita memperkukuhkan perpaduan Melayu.
Saya yakin, semua orang Melayu mempunyai semangat yang sama dan ingin menyuarakan isi hati mereka,” tambahnya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Johor.
Jangan dihina parti keramat UMNO dengan membudayakan politik murahan  pembangkang..! Jangan membangsatkan parti..! 
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Perhimpunan pertahankan najib/rosmah /jho low.....orang melayu jangan jadi bangang dapat sanggup bermatian kerana 30 ringgit sedangkan najib ada 2.6 billion....lu orang pergi lu melayu paling bangsat!!!

    BalasPadam
  2. macamana melayu nak kuat..pemimpinnya kaki songlap...kenapa baru sekarang nak berhmpun ...agama di hinapun tiada pemimpin yg bangun sampai org campak kepala babi dalam masjid pun pemimpin masih tidur..Buatlah sesuatu supaya org melayu nampak pemimpin tanah melayu ni tegas rupanya. Patutnya penghina islam sudah lama ke penjara tapi mereka bebas sampai hari ini..Aku tetap sokong UMNO Johor..kalau nak bertumpah darah pun boleh tapi mesti ada panduan dari ulamak..bukan parti politik yg nak tumbang tapi guna muslihat utk terus memerintah.
    Jika ada fatwa bertempur insyallah kami turun demi agama,bangsa dan tanah air...mcm kiai salleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semakin hari saya bertambah yakin dgn UMNO Johor pimpinan YAB khaled Nordin. Syabas & terus berjuang di bumi kelahiran UMNO

      Padam
  3. Tabek, tahniah dan terima kasih. Seperti tuduhan pembangkang, menteri-menteri kita berfikiran cetek. Zaid hamidi tu sebagau orang no 2 malaysia halalkan pula ahli hadir. Bersih 4 dia kata haram. Jangan jatuhkan naruah kita, memanglah duit byk boleh dpt, tapi jangan gadaikan maruah melayu kerana duit. Dalam hal ini kita patut hormat pendirian bersih kerana guna duit sendiri untuk hadir dan beli baju. Hidup umno johor yang berfikiran matang dan tak terikut dengan budaya yes man.

    BalasPadam
  4. Yezzzz......hidup Johor. Bangga aku jadi anak Johor. Perhimpunan yg tiada matlamat...membazir masa dan duit.

    Turunlah najib....sebab ko sorang semua ni berlaku. Selfish pm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM stands for Prime Minister. How on earth as PM, Najib is selling fish (selfish). Maybe he's becoming moron due to the spell of the Grand Lustful Lady, Rosmelda Rakus.

      Padam
  5. ngok ngek ngok ngek......ada tulur ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muthek yeelek - takdak tulur (sekali bunyi Tamil data..).

      Padam
  6. js...lu punya tulur kasi rubus kasi anjing dapigs makan......

    BalasPadam
  7. Kah kah kah...
    Nek kebayan tempoyak dah lari menyorok...

    BalasPadam
  8. JS. UMNO pun bukan hak pemimpin Johore sahaja. Memanglah ia lahir di Istana namun yang berjuang jiwa dan raga adalah rakyat marhean pesawah di Kedah, nelayan di pantai timur, penoreh getah, peladang, petani lah yang tulus berjuang.

    Kamu jangan sesekali bangga dengan kenyataan seolah-olah UMNO tiada maruah. Di mana salahnya jika orang Melayu yang mendokong UMNO ingin berhimpun untuk kesekian kalinya membangkitkan semangat Melayu yang semakin hari semakin layu.

    Jang kerana kerana mantan TPM rakyat Johore kamu pula yang menjadi penghasut disebalik putar belit kenyataan yang jelas perasaan kenegerian.

    Ini bukan kerana TPM itu orang Johore atau PM itu orang Pahang. Ini soal orang Melayu.

    Apa kena mengena kami orang Kedah dalam hal ini. Walaupun 2 Mantan PM dari negeri ini. Pentingnya adalah Melayu.

    BalasPadam