Selasa, 15 September 2015

BN Tak Setuju..!


Nampaknya sesama komponen di dalam Barisan Nasional pun tak setuju..!

Parti komponen Barisan Nasional (BN) membuat keputusan bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai himpunan baju merah kontroversi pada 16 September ini selepas rakan komponen Umno meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap rancangan tersebut.
MCA dan MIC menyatakan bantahan mereka terhadap himpunan yang dilihat berunsur perkauman dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Putra World Trade Centre hari ini, di samping pada masa sama Umno memilih untuk tidak menyokong himpunan itu tetapi tidak melarang ahlinya daripada turut serta dalam himpunan tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata parti komponen BN "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam pendirian mereka dalam himpunan baju merah tersebut atau dikenali "Himpunan Kebangkitan Maruah Melayu".
"Parti komponen BN sudah beri banyak pendapat dan kita bersetuju untuk 'agree to disagree' atas pendirian yang dibentangkan.
"Sebagai pengerusi BN saya menghormatilah pandangan yang sudah pun disampaikan rakan-rakan dalam BN," kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat BN malam ini.
Najib bagaimanapun menegaskan himpunan tersebut perlu diadakan mengikut lunas undang-undang dan tiada poster berbaur hasutan dibenarkan dibawa semasa himpunan itu.
"Mereka mesti patuh kepada polis," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata majoriti di kalangan parti komponen BN tidak bersetuju dengan himpunan itu.
"Kami mengulangi pendirian kami bahawa masa himpunan tersebut diadakan adalah tidak sesuai dan mempunyai unsur perkauman," kata Liow.
"Ia boleh merosakkan hubungan antara kaum dan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi akibat tekanan tersebut," tambahnya.
Liow juga menegaskan bahawa penting supaya penganjur dan peserta himpunan itu mematuhi undang-undang tetapi tidak bermakna mereka menyokongnya.
Dalam pada itu, Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam mengulangi pendirian mengatakan partinya sudah menyatakan pendirian tegas menentang himpunan tersebut. 
Giler betul la..! Macam mana pulak boleh majoriti tak setuju..! Mesti penjilat@pengampu terutama Jamal Ikan Bakar akan mengamuk..! Tak takut ke nanti Jamal bahlol bawak pasukan merah pergi pijak, ludah dan naik motor reramai keliling rumah dia orang..!
Ada seorang Ketua Bahagian memberitahu seorang sahabat agar memberitahu orang penting di ibu pejabat UMNO untuk membayar dulu duit dan bukannya ambil semasa di KL..! 'modal takde ni'...katanya.
Yang dibawah kata duit tak turun..! Yang diatas pulak kata kalau duit turun orang takkan turun..! Masing masing macam tak percaya..!
Takut masing masing makan sesama sendiri..! Almaklum...duit beb..!
Seperkara lagi...sekali imbas dilihat Najib begitu terbuka untuk menerima segala pandangan..! dibaca sekali lagi...Najib tidak mampu menyatukan 'pendapat' komponen dalam sesuatu isu..!
Lebih lagi isu diatas tu..!
Apa maknanya?
Lu Fikir la Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Klu mcm tu jgn bgi permit habis certe bukan susah sangat

    BalasPadam
  2. cer periksa dalam kerandut tu....masih ada tak telur tu lagi. kalau dah hilang baik dok diam diam. termasuklah gorBLOGer ini.

    BalasPadam
  3. Cibai betul mamat ni..penyagak, pembodek dan sewaktu dgnya..hanya yg bangang saja percaya mamat ni..entah berapa RM yg keluar..takpe najibkan kaya..setakat , 2,3 juta tkde hal..?

    BalasPadam
  4. masalahnya,

    tak ada keikhlasan dikalangan pemimpin, penganjur malah yang ingin hadir pada perhimpunan ni.

    perhimpunan yang semata mata nak beri sokongan kepada kerajaan NAJIB?

    nak bersubahat, bersekongkol dengan pemimpin yang salahgunakuasa dan
    menyeleweng?

    nak beri sokongan kepada pemimpin yang tidak bersih, tidak cekap tidak amanah?

    nak beri sokongan kepada pemimpin yang menindas dan menzalimi rakyat?

    lu pikir lar sendiri!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong 200%, mmg dari awal dah nampak penganjur nak buat propaganda murahan julang/bodek Najib.
      Tajuk himpunan mula2 himpunan maruah melayu, tukar jadi melayu bersatu, last2 jadi rakyat bersatu.

      Tukar2 point mcm cerita duit derma la jugak.
      Aku amat yakin ada udang sebalik batu ttg rally ni.
      Moga Allah turunkan pengajaran kpd mereka yg berhati songsang melalui rally ni.

      Padam
  5. apabila bersih 4.0 buat demo....kenapa depa x halang pun.....malah ramai turut serta.....mana adilnya....kita kena sokong merah....

    BalasPadam
  6. Umno kaya, tak perlu persetujuan yang lain. Sebenarnya ramai orang umno pun tak setuju. Ketua punya keputusan, semua kena ikut. Money is king. Ini bukan perhimpunan maruah melayu, tetapi maruah najib. Tapi marauahnya pun.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde paksaan untuk berhimpun. Siapa sukarela nak pergi, boleh. Tapi perangai melayu, minit terakhir baru kalut nak cari kereta dan nak tumpang pergi KL. Perangai melayu memang camtu. Bajet asal 4 orang sebiji kereta,, saat akhir jadi 5 org, naik kemutu punggong org seat belakang. Jauh bang KL tuu.

      Padam
  7. lebih baik sokong Jibby letal jawatan lagi baik..elok2 public holiday musim jerebu, baik dok kat rumah...jangan suka tiru puak pembangkang buat, kita pun nak buat..kalau ye pun semangat Melayu, awatlah buat cuti umum...kat Thailand depa berhimpun berminggu2..tu baru semangat...kat malaysia ni kebanyakkan semangat berkobar2 yg bermusim...buat demo depan pejabat Jibby lagi bagus..thanks

    BalasPadam
  8. Tema baju merah pun orang dah tahu penyokong siapa. Motif untuk adakan perhimpunan jika merujuk dari kata semangat Datuk Jamal MD Yunos adalah berbau perkauman. Sementara dana perbelanjaan siapa yang tanggung..... itu kena tanya penganjur. Apa pun yang sebetulnya selepas ini orang melayu seharusnya tidak lupa mengundi pemimpin melayu UMNO tapi bukan Ahjib.

    BalasPadam
  9. Najib kata UMNO tak terlibat dengan himpunan Baju Merah ni, tapi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka dah keluarkan surat menggunakan kepala surat UMNO yang mengarahkan setiap bahagian UMNO di Melaka menghantar sekurang-kurangnya 1,000 orang ke perhimpunan Baju Merah itu.

    Mana satu yang betul ni? Banyak sangat bercanggah isu RM 2.63 bilion pun bercanggah, sekejap derma untuk parti, sekejap derma untuk kerajaan, sekejap kerana melawan IS dan kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah, sekejap kerana untuk melawan Yahudi, mana satu pun tak tahulah.

    Sekarang pasal isu perhimpunan Baju Merah pula, sekejap kata UMNO tak terlibat, lepas tu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka pula keluarkan surat kerah sampai 1000 ahli setiap bahagian untuk dihantar ke perhimpunan itu, mana satu yang betul ini?

    Inilah TRANSFORMASI, asyik bertukar sahajalah.

    Sedarlah semua.

    Salam ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  10. Jamal Sekinchan adalah dalang utama perhimpunan ini, lepas tu letak beban kepada PESAKA kononnya sebagai penganjur.

    Macam isu RM 2.63 bilion jugalah, wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, digunakan oleh Najib sesuka hatinya, lepas dah terbongkar dikatakan pula wang itu derma untuk UMNO, tapi wang itu tak diserahkan kepada UMNO pun, kemudian kata wang itu derma dari Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia, tapi tak diberikan pun kepada kerajaan, malahan siap bawa lari wang itu dan disimpan di Singapura pula.

    Inilah zaman TRANSFORMASI, semuanya tukar, sendiri buat tuduh pihak lain pula.

    Kepada macai Najib, korang nak sentap, korang punya pasal, ini adalah hakikatnya.

    Sedarlah semua.

    Salam ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dijangka esok akan berlaku ribut petir di KL.
      Tgklah kut2 ada yg rentung.

      Padam
  11. apa? bn dah tiru pas. bersetuju untuk tidak bersetuju. umno dah jadi pas? dah jadi macam pas? bersetuju untuk tidak bersetuju. wowwww ayat pas dan dap tu.

    BalasPadam
  12. Lain2 kita tak nak tau, yang pasti perhimpunan merah untuk mengajar puak bersih
    jgn kurang ajar dgn orang melayu. Jangan menghina nabi Muhammad SAW dan agama islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar kita ikut islam, jangan bohong, mana ada bersih hina islam dan nabi kita, budak bodoh hingus pijak gambar adalah. Untuk nak jaga ketua seorang ,libatkan agama dan merendahkan semua umat islam adalah bodoh. Malah bukan islam bantu orang islam menunaikan solat dalam perhimpunan bersih. Lihatlah pada kenyataan nyata, jangan jadi buta hati.

      Padam
  13. citer banyak tak guna....nyorok dalam kain bini le.......

    BalasPadam