Sabtu, 12 September 2015

Selepas Switzerland Dan Singapura..Kini Giliran Hong Kong Siasat 1MDB..!


Barangkali kalau ada anugerah syarikat fofular mesti 1MDB tersenarai untuk dicalonkan..!

Penyiasat Hong Kong turut membuka siasatan terhadap siri deposit yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Siasatan terbaru itu dimulakan di tengah-tengah pendedahan bahawa RM2.6 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib yang mencetuskan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Financial Times, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Ini, katanya, adalah berkaitan dengan deposit bank lebih daripada AS$250 juta yang didakwa dibuat di sebuah cawangan Credit Suisse di sana.
Siasatan bermula selepas bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan (gambar) membuat laporan polis di Hong Kong pada 30 Ogos.
Dalam laporan polis, Khairuddin telah menamakan empat syarikat yang didakwanya dimiliki oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan keluarganya.
Dalam laporan polis it
u, Khairuddin turut meminta polis Hong Kong menyiasat kemungkinan transaksi antara 1MDB dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low (foto).
Tidak jelas sama ada dana yang didakwa itu ada kaitan dengan RM2.6 bilion deposit dalam akaun bank peribadi Najib.
SPRM berkata wang itu tiada kaitan dengan 1MDB tetapi berkata ia merancang untuk memanggil Najib bagi menjelaskan tentang deposit tersebut.
Najib telah menafikan mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi manakala penyokongnya mendakwa wang itu adalah sumbangan politik.
Switzerland dan Singapura juga menjalankan siasatan terhadap 1MDB yang kini bergelut untuk membayar balik hutang AS$11 bilion. Mkini English
Tapi popular kerana apa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Mana mau lari Najib,bau busuk satu dunia dah tahu.Cuma UMNO totok saja dok cuci punggung kami.Kami rakyat yg berakal x mahu kamu lagi....zeck G View

    BalasPadam
  2. Makin meghoyan lar pencarut pencarut TDM..

    BalasPadam
  3. Baca msia chronicles. Najib tiada d msia masa puak baju merah berkumpul d lowyat dan petaling street..

    BalasPadam
  4. Baca msia chronicles. Najib tiada d msia masa puak baju merah berkumpul d lowyat dan petaling street..

    BalasPadam
  5. Orang kampung,lu komen lari tajuk le.lu mabuk ketum atau terlebih jilat punggung najib. ZGV

    BalasPadam