Layan...
TUN DR. M. DI BERSIH 4
BERSIH 4 MEMINJAM TEMANYA DARI TUN DR. MAHATHIR.
Ramai yang bertanya kenapa Tun Dr. Mahathir melibatkan diri dalam
BERSIH 4. Seterusnya beliau tidak hadir dalam majlis perayaan
Hari Kemerdekaan pada tahun ini kerana negara di ambang
penjajahan baru lantaran bebanan hutang dan riba yang semakin bertimbun.
Saya berada bersama Tun Dr. Mahathir di waktu beliau menyampaikan ucapan
dalam satu perjumpaan ramai di Dewan Pasir Gudang, Johor mulai pukul
2.00 petang Sabtu 29hb Ogos, 2015.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/08/bicara-negarawan-tun-mahathir
http://dinturtle.blogspot.com/2015/08/bicara-negarawan-tun-mahathir
Setelah beliau berucap ada seorang yang hadir bertanyakan pendapat
beliau mengenai Bersih 4. Beliau menjawab, walaupun beliau tidak
setuju dengan Bersih 1, 2 dan 3 tetapi ada perbezaan pokok antara
ketiga-tiga bersih yang lalu dengan Bersih 4 yang menyebabkan ianya
patut disokong.
Matlamat utama Bersih 4 ialah untuk menuntut supaya Dato' Seri Najib
Tun Abdul Razak meletak jawatan. Tun Dr. Mahathir bersetuju dengan
matlamat ini.
Malahan orang yang pertama meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan
ialah Tun Dr. Mahathir. Sebelum Tun Dr. Mahathir meminta Dato' Seri
Najib meletak jawatan, ATAU merobah dasar dan caranya, tidak ada
seorang pun yang berani berbuat demikian.
Boleh dikatakan, dengan menuntut Dato' Seri Najib meletakkan jawatan,
Bersih 4 ini telah MEMINJAM temanya dari Tun Dr. Mahathir. Tetapi,
TANPA KARENAH yang diciptakan oleh Dato' Seri Najib dengan
mewujudkan 1MDB, dan skandal mengenainya , diikuti dengan
pendedahan 'derma' RM2.6 billion, yang di luar kawalan, BERSIH 4
tidak mungkin diadakan. Oleh itu Dato' Seri Najib bertanggungjawab
atas wujudnya program BERSIH 4 yang temanya dipinjam dari Tun Dr. Mahathir.
Sejak Tun Dr. Mahathir meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan isu skandal
1MDB sudah menjadi lebih tersebar dan bersemarak ke seluruh dunia.
Tersebarnya kisah skandal 1MDB ini bermula apabila Menteri Luar Negeri
menulis surat bantahan kepada New York Times atas berita mengenai 1MDB,
sedangkan siaran akhbar luar negara sebelumnya, mengenai Malaysia sebagai
sebuah negara yang amalan rasuahnya terhebat di dunia, tidak dipandang
berat oleh Menteri Luar Negeri. Inilah yang memberi gambaran skandal
1MDB lebih serius dari masalah RASUAHyang melanda negara.
Berikutan dengan itu Malaysia juga menjadi bertambah terkenal di seluruh
dunia apabila kita meminta INTERPOL untuk menangkap Clare Brown
sebagai editor Sarawak Report, sebuah penerbitan yang beribu pejabat di
United Kingdom. Dosa Clare Brown ialah kerana membuat laporan
mengenai penyelewengan dalam 1MDB. Permintaan kerajaan Malaysia
telah ditolak oleh INTERPOL dan telah dihebahkan kepada 190 Negara anggota.
Apa yang patut dilakukan ialah menyaman Clare Brown atas penulisannya yang
Apa yang patut dilakukan ialah menyaman Clare Brown atas penulisannya yang
dikatakan tidak betul dan mencemar nama negara. Kenapakah kita tidak
berani membawa Clare Brown ke Mahkamah?
Sekaligus dengan itu Timbalan Presiden UMNO, yang dipilih secara demokratik
di dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipecat dari jawatannya
sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana BERTANYA mengenai 1MDB
di dalam satu majlis UMNO Bahagian Cheras.
Walaupun Timbalan Presiden UMNO yang dipilih secara demokratik telah
dipecat dari jawatannya rakyat Malaysia pula tidak dibenarkan mengkritik,
dengan niat menjatuhkan Perdana Menteri atas sebab beliau dipilih dengan
cara demokratik. Berertilah tafsiran demokrasi itu bergantung kepada
nafsu pentafsir.
Di satu pihak yang dipilih secara demokratik oleh UMNO
boleh dipecat tetapi yang dipilih dalam pilihanraya, walaupun dengan
undi popular yang minority tidak boleh dikritik langsung. Siapakah yang akan
akur kepada pandangan sedemikian?
Setakat yang kita tahu kegawatan 1MDB di peringkat ini melibatkan hanya
Setakat yang kita tahu kegawatan 1MDB di peringkat ini melibatkan hanya
Dato' Seri Najib, Jho Low, Arul Kanda, Deepak dan dua orang Arab
sahabat karib Jho Low.
Dunia mengetahui mengenai kewujudan PASUKAN PETUGAS KHAS
untuk mengkaji kedudukan 1MDB sebenarnya. Antara anggota pasukan
petugas ini ialah Peguam Negara sebagai Pengerusi, Ketua Pengarah SPRM
(Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia), Gabenor Bank Negara dan
Ketua Polis Negara.
Harapan rakyat Malaysia yang menunggu, dengan sabar dan gelisah, terhadap
hasil penyiasatan pasukan petugas ini begitu besar dan rakyat tidak sabar
untuk menunggu hasil penyiasatan yang memakan masa begitu lama.
Jangka waktu penyiasatan dijalankan sudah tentu selama masa yang
Jangka waktu penyiasatan dijalankan sudah tentu selama masa yang
diperlukan untuk pihak pengurusan 1MDB dengan gopoh gapah mencari cara
untuk menimbus segala bangkai yang hendak ditanam, menutup segala
lobang yang luas yang telah tergali, akibat penyelewengan yang telah berlaku.
Di kalangan ahli politik pula mereka menaruh harapan besar kepada
Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) yang terdiri dari wakil parti kerajaan
dan pihak pembangkang dari berbilang parti, membuat penyelidikan
yang diharapkan.
Setelah beberapa waktu pihak Bank Negara telah mengeluarkan
perintah untuk menangkap dua orang untuk membantu penyelidikan
sementara pihak SPRM pula telah mengeluarkan waran tangkap untuk
dua eksekutif kanan yang terlibat dalam kes 1MDB.
Malangnya waran tangkap itu keluar setelah keempat orang tersangka itu
telah terlebih dahulu selamat berangkat ke destinasi yang tidak diketahui
di luar negara. Timbul tanda-tanya bagaimanakah mereka mengetahui
terlebih dahulu bahawa mereka akan ditangkap sehingga mereka sempat
keluar negara sebelum waran tangkap dikeluarkan.
Pihak PAC pula telah meminta supaya Jho Low dan Arul Kanda untuk
tampil ke hadapan untuk disoal-siasat mengenai 1MDB.
Jho Low dan Arul Kanda enggan hadir pada tarikh yang ditetapkan
sedangkan panggilan PAC sebagai sebuah jawatankuasa terpenting dalam
Parlimen tidak pernah dipandang ringan oleh pihak kerajaan.
Dalam suasana tegang beginilah tindakan berikut berlaku:
1. Pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dari
jawatan Timbalan Perdana Menteri.
2. Pemecatan Naib Presiden UMNO Dato' Shafie Afdal, yang berasal
dari Sabah, dari jawatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
3. Pemecatan (dinamakan pemberhentian kerana kesihatan)
Peguam Negara Tan Sri Abd. Ghani Patail dari jawatannya merangkap
pengerusi PASUKAN PETUGA KHAS.
4. Ketua SB Dato' Seri Akil Bulat telah dipercepatkan persaraannya.
5. Timbalan Ketua SB Datuk Abdul Hamid Bador telah ditukar ke Jabatan
Perdana Menteri.
(SB ialah Special Branch = Unit Khas yang menjalankan penyelidikan ke atas
yang dicurigai bersalah)
6. Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tan Sri Abu Kassim bin Mohamad) telah diarah
untuk bercuti.
7. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM (Datuk Bahari Mohammad Zin)
telah dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes beliau
dipindah balik ke SPRM.
8. Pengarah Stratejik Komunikasi SPRM (Datuk Rohaizad Yaakob) telah
8. Pengarah Stratejik Komunikasi SPRM (Datuk Rohaizad Yaakob) telah
dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes dipindah
balik ke SPRM.
9. Pengerusi dan 3 ahli jawatankuasa PAC (Nur Jazlan Mohamed
(Timbalan Menteri), Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri),
Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri) dan
Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri) telah dinaikkan pangkat menjadi
Timbalan Menteri dan Menteri dan dengan itu terhentilah penyelidikan
sehingga beberapa bulan lagi untuk melantik ahli baru sebagai
pengganti anggota PAC yang telah dinaikkan pangkat.
Sedang suhu politik di dalam Negara menjadi bertambah panas,
beban GST dideritai rakyat, nilai ringgit terus menurun, bursa saham
juga menjunam turun nilai sahamnya, pelabur asing berangkat pergi,
rakyat yang kaya memindahkan wang mereka ke mata wang asing,
pekerja banyak dihentikan, beliawan dan beliawanis sukar mendapat
kerja, tiba-tiba berita RM2.6 bilion telah dimasukkan dalam akaun
peribadi Dato' Seri Najib.
Kononnya wang ini untuk UMNO menghadapi PRU ke 13 yang didermakan
oleh kerabat di raja Arab Saudi dan orang kaya di sana. Berita sumbangan
ini dibocorkan oleh seorang Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam banyak
perjumpaan tertutup. Katanya 'derma' ini ialah kerana amalan Islam yang
baik di Malaysia dan kejayaan Malaysia menentang gerakan IS.
Perlu diketahui bahawa Pengerusi Aabar Investment, Khadem al Qubaisi
Perlu diketahui bahawa Pengerusi Aabar Investment, Khadem al Qubaisi
telah ditamatkan khidmatnya pada bulan April, 2015 oleh pemegang saham
kerana terlibat dalam skandal 1MDB. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Aaabar Investment Mohamed Badawi al Husseiny juga telah ditamatkan
khidmatnya pada 24 Ogos, 2015.
Dari lapuran akhbar the Gulf Times di Timur Tengah, saya difahamkan adanya
Dari lapuran akhbar the Gulf Times di Timur Tengah, saya difahamkan adanya
tajuk tajuk berita 'The Saudis Are Not Amused With their involvement with 1MDB.'
Dalam PERJUMPAAN TERTUTUP begini jugalah diberitahu bahawa 'derma' dari
Dalam PERJUMPAAN TERTUTUP begini jugalah diberitahu bahawa 'derma' dari
Arab ini ialah untuk membantu UMNO melawan DAP yang didukung oleh
pihak Yahudi.
Adalah jelas bahawa dalam siri PERJUMPAAN TERTUTUP beginilah segala
Adalah jelas bahawa dalam siri PERJUMPAAN TERTUTUP beginilah segala
pembohongan dapat disampaikan dengan penuh keghairahan.
Adakah mungkin Yahudi menyokong DAP untuk menjatuhkan UMNO
sedangkan pemimpin UMNO sekarang adalah sahabat baik Yahudi sehingga
mendapat kesempatan bank milik Yahudi Goldman Sachs dapat komisyen
10% atau RM4.2 ribu juta atau billion, kerana menguruskan pinjaman
RM42 ribu juta dengan faedah 6.6%. Jika pinjaman begini diuruskan oleh B
ank Negara Malaysia maka tidak perlulah bayar kepada rakan Yahudi begitu
banyak wang dan jika pinjaman biasa dengan jaminan kerajaan faedah
yang pernah dikenakan ialah serendah di bawah 1%.
Dari dokumen yang diketahui wang yang dikatakan 'derma' dari Arab sejumlah
RM2.6 bilion ini berpunca dari 1MDB. Derma sebanyak itu susah untuk
dipercayai kecuali oleh mereka yang taksub dan telah banyak terhutang budi.
Derma Arab kepada Palestin, yang sebangsa dan seugama dengan mereka
tidak sebesar itu. Indonesia, Mesir dan Pakistan mempunyai lebih ramai umat
Islam, malahan berlipat kali ganda, dari penduduk Islam di Malaysia.
Ekonomi Malaysia juga tidak memerlukan 'derma' begitu banyak dari
pihak mana jua. Apakah habuan yang diperolehi oleh yang menderma?
Dermakah namanya jika dapat habuan sebelum memberi derma?
Undang-undang Negara kita juga tidak membolehkan 'derma' atau apa
Undang-undang Negara kita juga tidak membolehkan 'derma' atau apa
jua sumbangan dari luar negara yang ingin mempengaruhi politik kita.
Kita telah membuat peratuan ini supaya parti pembangkang di Malaysia
Kita telah membuat peratuan ini supaya parti pembangkang di Malaysia
tidak dibiayai oleh negara luar seperti pihak-pihak dari Singapura, Taiwan dan
China atau Negara mana juga. Inikan pula kita yang menerima 'derma?'
Adanya pengakuan Menteri dan juga Ketua Bahagian atas penerimaan
peruntukan yang tertinggi dalam PRU ke 13 ialah RM2 juta ringgit.
Jika semua 180 UMNO Bahagian menerima RM2 juta bagi setiap bahagian
maka jumlah wang yang telah diberi ialah lebih kurang RM360 juta.
Kemana perginya sisa RM2.240 bilion lagi. Katanya dipindahkan ke akaun
peribadi Dato' Seri Najib di Singapura. Kenapa begitu? Kenapa wang untuk
UMNO diperlakukan demikian. Bagaimana dengan IS yang telah kita kalahkan
pada tahun 2013, waktu Dato' Seri Najib menerima 'derma' sedangkan pada
waktu itu IS BELUM WUJUD untuk kita perangi?
Tiba-tiba terdengar Ce' Anina Saaduddin, seorang pemimpin Wanita UMNO
dari Langkawi telah menggunakan bahasa yang dikatakan 'kasar' oleh pihak
atasan. Anina bangga dengan bahasanya kerana dengan cara itu beliau
nampak ada perhatian.
Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sopan bahasanya
boleh dipecat apa perlunya Anina bersopan jika suaranya tidak mungkin
dipedulikan. Begitu penjelasan Anina. Yang jelas ialah Pemimpin Utama
UMNO sudah terhakis rasa hormat rakyat terhadapnya.
Lojikkah undang-undang yang menghukum seseorang ahli yang memperjuangkan
Lojikkah undang-undang yang menghukum seseorang ahli yang memperjuangkan
hak UMNO?
Dalam keadaan sekarang adalah mustahil 3 juta ahli UMNO menyokong
Dalam keadaan sekarang adalah mustahil 3 juta ahli UMNO menyokong
pemimpin UMNO.
Dengan penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam BERSIH 4 Menteri Pertahanan
Dengan penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam BERSIH 4 Menteri Pertahanan
merasakan 'Tun M has crossed the line' dan peluang untuk mereka
popular dengan menghentam Tun M akan membara semula. Harapan ini adalah
palsu belaka kerana ramai pemimpin UMNO sudah 'cross the line' begitu
lama dengan mengenepikan undang-undang, tata-cara dan adat memerintah
negara dengan adil dan saksama. Tun Mahathir mengambil tindakan yang
'unconventional' untuk membetulkan sikap pemimpin negara.
Kini Anina sudah bergerak setapak lagi dengan mengambil dayausaha
untuk mendapatkan kembali, melalui mahkamah, baki wang yang dikatakan
derma untuk UMNO itu dikembalikan kepada UMNO dan tidak disimpan di
Singapura dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib. Anina berbuat demikian
kerana tokoh UMNO, yang segak dan tampan, tidak berani walaupun untuk
bertanya kerana telah melihat apa yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sudah tentu Anina akan dipecat kerana ada peruntukan di dalam perlembagaan
UMNO di mana keahlian gugur jika seseorang ahli membawa UMNO ke
pengadilan. Tetapi apa pilihan Anina jika yang diadu mengambil wang UMNO
itu dikatakan pemimpin UMNO sendiri. Sudah tentu undang-undang UMNO
tidak bertujuan untuk melindungi mereka yang merampas hak UMNO.
Setelah itu kita dengar pula Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan melaporkan
kepada pihak polis di London, Paris, Bern, Singapura dan Hong Kong mengenai
kes 1MDB. Apakah salah Dato' Paduka berbuat demikian jika hanya untuk
menyelamatkan wang pinjaman 1MDB yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan
Persekutuan yang didukung oleh cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia,
seperti cukai GST.
Dato' Paduka Khairuddin telah diselidik dan dihukum apabila beliau membuat
lapuran mengenai 1MDB di dalam negara. Tidak salahlah jika beliau mencari
jalan lain di luar negara kerana dosa 'money laundering' adalah lebih besar dan
jelas di dunia antarabangsa. Dengan membuat laporan di luar negara
terselamatlah pegawai polis tempatan dari dipaksa bercuti, ditukar tempat
kerja ataupun dihentikan kerana membuat penyelidikan.
Kerana kasihan kepada pegawai polis tempatan maka Dato' Khairudin mencari
jalan lain di luar negara. Usaha Datuk Paduka Khairuddin menunjukkan bahawa
beliau tidak percaya lagi kepada institusi tempatan, yang pernah dihormati dunia
di satu masa dulu.
Agak mudah bagi manusia berakal di luar negara untuk membezakan
Agak mudah bagi manusia berakal di luar negara untuk membezakan
antara 'derma' dan 'rasuah' jika ianya dibuat secara sulit, melibatkan
wang begitu banyak.
Kita juga terkesan dengan tindakan kakitangan SPRM yang mengerjakan
solat hajat untuk mendo'akan bagi pegawai mereka yang dianggap telah
teraniaya dalam menjalankan tugas yang dianggap oleh mereka sebagai ibadat
atau 'jihad'. Berertilah mereka sudah menaruh harapan hanya kepada
Allah swt. apabila kepercayaan kepada pemimpin untuk melakukan keadilan
sudah terhakis.
Baru-baru ini Tuanku Sultan Johor pula telah menitahkan supaya solat hajat
dilakukan di seluruh negeri Johor pada setiap minggu. Mudah-mudahan
solat hajat ini akan dikerjakan di seluruh negara supaya pemimpin kita pulih
dari rasa takut dan hasutan iblis dan syaitan, menyandarkan keyakinan kepada
janji bomoh, dukun, kiai dan sami, dalam mengendalikan urusan negara.
Kini Tun Dr. Mahathir sendiri sudah turun padang dengan menyeru kepada
ribuan penyokong parti pembangkang supaya menyokong Barisan Nasional
untuk terus memerintah apabila Dato' Seri Najib sudah diamankan,
yang menyalahgunakan wang 1MDB mengembalikan wang kepada yang berhak
dan segala kecurangan yang telah berlaku diadili dengan seadil-adilnya.
Tidak mungkin ada peluang lain kepada Tun Dr. Mahathir untuk meminta
penyokong pembangkang untuk turut menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Dengan berhentinya Dato' Seri Najib, sebagai punca segala masalah
ekonomi negara maka UMNO dan Barisan Nasional dapat terus
memerintah dan menyiapkan diri untuk berdepan dan memenangi PRU ke 14.
Tun Dr. Mahathir tidak menyokong PRU ke 13 diisytiharkan haram kerana
ada penggunakan wang 'derma' yang tidak keruan dan bertentangan dengan
undang-undang.
Tun Dr. Mahathir menyertai BERSIH 4 kerana mereka MEMINJAM TEMA yang
beliau perkenalkan, supaya 'NAJIB SEGERA DITURUNKAN'.
SEBAGAI SEORANG DOKTOR PERUBATAN TUN DR. MAHATHIR INGIN
SEBAGAI SEORANG DOKTOR PERUBATAN TUN DR. MAHATHIR INGIN
MENGELUARKAN TUMOR UNTUK MENYELAMATKAN INSAN.
Macai mana mau percaya..ini semua fitnah katanya..nek tempoyak?
BalasPadamMana prOOT kau jilake????
PadamSekali kau komen xde prOOT aku tepok mulut kau...
Admin ni dah macam Bloger pembangkang, kuat memfitnah, ada bukti kah Admin bersama Tun M, tunjukkan gambar lah baru orang boleh percaya, ini cakap memanjang tapi bukti tiada, fitnah aja memanjang sampai ke mati nanti
BalasPadam3.50, Kah kah kah kah kalau tak da idea nak komen , jgn la gatal nak menulis....nak tunjuk chai buat kerja ke?
Padam350..ko ni bodoh la patut la jadi pencacai mamat layar dikembang sauh dilabuhh...
BalasPadamArtikel ni petikan dari TS Sanusi..
Macai bangang dan bapok bagai irama dan lagu..ahaks
@4:15 - kepala hotak dia letak tang lutut. aku tak pikir pun dia baca artikel ini. dia diarahkan untuk berikan komen kepada semua blog yang mengkritik najib bukanya arahkan dia baca.
PadamBlogger Banggang Haramjaddah macai Mamakkutty pukimak..Berblogging lagi..spin spin spin..
BalasPadamWoi Mamakkuty Balik Kerala lah???????
Ini pasti Ah Jib Gor beri DERMA untuk maki hamun.
PadamI salute u Ah Jib Gor
Tingkah & kebiadapan Anon 7:02 saya yakin hasil dari kegopohan & kegelojohan kepala bapa dia meredah masuk ke dalam rahim ibunya tanpa hemah bacaan doa & salam terlebih dahulu. Dasar Melayu Baru Liberal Sesat anutan Najis Nazak & Anwar Gay. Tak ada adab langsung terhadap orang tua. Bahasa macam haramjadah lahir take cukup bulan.
PadamNek tempoyak mamphos tak akan baca punya...dia akan terkam terus dengan bahan copy paste jilake dia tu...tunggu tengok je...
BalasPadamnek...cucu tolong creeeetttt muka dia.....
Padam