Rabu, 16 September 2015

MP BN Nak Tiru MP Australia?


Demi kebenaran...ada berani?

PM Australia Tony Abbott Hadapi Usul Undi Tak Percaya Dari Parti Sendiri


PM Australia, Tony Abbott.
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott kini berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan dari jawatannya menerusi undi tidak percaya yang akan dibawa ke parlimen oleh ahli-ahli parlimen dari partinya sendiri.
Akhbar The Guardian melaporkan, anggota-anggota kelab penyokong kerajaan dari Parti Liberal pimpinan Abbott sendiri akan membawa usul tersebut.
Langkah tersebut diambil setelah mereka tidak setuju dengan keputusan Abbott untuk menganugerahkan pingat kepada Putera Philip pada Hari Kebangsaan Australia baru-baru ini.
Putera Philip adalah suami kepada Ratu Elizabeth II dari England.
Majoriti rakyat Australia kini tidak mahu lagi dikaitkan dengan England atau keluarga diraja British walaupun Ratu masih lagi berfungsi sebagai ketua negara dan penaung kepada kerajaan persekutuan.
Luke Simpkins, ahli parlimen Parti Liberal dari wilayah Australia Barat, mengumumkan bahawa beliau sendiri akan mengemukakan usul undi tidak percaya itu sekaligus mengesyorkan kepimpinan baru dilantik mengantikan Abbott.
Usul tersebut khabarnya akan disokong oleh seorang lagi ahli parlimen dari Australia Barat iaitu Don Randall.
Ahli-ahli parlimen parti itu akan bertemu di Canberra awal minggu depan untuk berbincang berhubung perkara ini.
Menurut Simpkins, anugerah negara yang diberikan kepada Putera Philip adalah “bukti terakhir" yang menunjukkan Abbott tidak memahami aspirasi semasa rakyat Australia.
“Saya berpendapat, isu ini perlu dibawa dan dibincangkan oleh pucuk pimpinan parti bagi menentukan apakah kerajaan Australia memerlukan perdana menteri baru,” ujarnya dalam e-mel kepada semua ahli parlimen Parti Liberal pada Jumaat.
Dua jam selepas e-mel itu dikirimkan, Abbott memanggil satu sidang akhbar dan memaklumkan yang dia sendiri akan menentang usul berkenaan.
“Kita bukannya Parti Buruh...,” kata Abbott merujuk kepada insiden yang serupa yang berlaku ke atas perdana menteri terdahulu pimpinan Kevin Rudd hasil usul yang dibawa oleh Julia Gillard yang kemudiannya menjadi perdana menteri dan selepas itu disingkirkan sebagai ketua Parti Buruh sekaligus kedudukannya sebagai perdana menteri oleh Rudd pula melalui proses yang sama.
Usul yang akan dibawa minggu depan itu mestilah menerima sokongan majoriti oleh ahli-ahli parlimen dari Parti Liberal sebelum satu usul baru untuk melantik perdana menteri dibuat.
Menteri Komunikasi, Malcolm Turnbull iaitu bekas pemimpin Parti Liberal disebut-sebut sebagai calon yang akan diketengahkan bersama-sama Menteri Luar, Julie Bishop.
Julie kini adalah timbalan ketua Parti Liberal.
Abbott mengambil alih pucuk pimpinan parti itu dari tangan Turnbull pada tahun 2009.
Tetapi Abbott ketika bercakap dalam sidang akhbarnya itu menegaskan yang dia mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bahagi daripada Julie Bishop.
“Ya, mereka (anggota-anggota parlimen Parti Liberal) mempunyai hak untuk mengemukakan usul tersebut tetapi mereka lupa yang orang yang mereka cuba singkirkan ialah orang yang dipilih oleh para pengundi pada pilihan raya umum September 2013,” tegas Abbott.
Abbott turut menyatakan yang Parti Liberal tidak akan membenarkan insiden kacau bilau yang melanda Parti Buruh berulang kepada mereka.
Pada masa yang sama Turnbull, enggan menyatakan pendiriannya tetapi menegaskan yang Abbott menerima sokongan padu daripada anggota-anggota kabinet dalam kerajaan untuk meneruskan tugas sebagai perdana menteri.
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Meroyan lagi sekor Haramjaddah pukimak Blogger Banggang

    BalasPadam
    Balasan
    1. 216 ..Pengomen Anak Haram Pembawak Sial Penyedot Telo najib meracau cam biase..

      Padam
    2. Kesian betul. Mencarut jadi makanan harian.

      Padam
  2. anon 216pg....bunyi sore cm jamal pak tngkol jwee....mengharap duit derma kew...huhuhu

    BalasPadam
  3. Byk dosa korang pada najib. Najib korg kutuk blm tentu slhnya.. tapi korg dpt dosa hari2.. hidup umno hidup melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka maksum bro......

      Padam
    2. kalu najib tak salah saman laaa...tunggu lagik...2.6 biyun pon najib ngaku lam ekon dia...

      Padam