Ahad, 13 September 2015

Jemaah Pertama Di Sahkan Terkorban..!


Jemaah haji Malaysia, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dikenal pasti sebagai seorang daripada 107 mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media tergempar di TH Hotel di sini berkata waris lain diharap dapat terus bersabar dan berdoa kerana Tabung Haji (TH) akan terus berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa di hospital berdekatan.

"Kita akan memastikan segala proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.

"Kita akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," kata Jamil Khir.

Sebelum ini, lapan jemaah haji Malaysia dilaporkan masih gagal dikesan pihak pengurusan TH susulan insiden kren tumbang yang mengorbankan 107 nyawa dan mencederakan 237 yang lain.

Tujuh lagi jemaah Malaysia yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah; Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; dan Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.

sumber

Al Fatihah..!

SATU JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DITEMUI
KELANA JAYA, 13 September 2015: Alhamdulillah hari ini lima (5) lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing. Manakala lima (5) lagi jemaah Haji – tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing. 
InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 dibawah pemantauan pasukan perubatan.
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.
Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia. Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu.
Hari ini satu jenazah Jemaah Haji Malaysia telah dikenalpasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak.
Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan TH ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami semua amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa kerana TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.
TH juga ingin mengingatkan para Jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah.
Saya dan YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez akan berangkat ke Tanah Suci esok bagi melihat sendiri keadaan di sana serta membantu memastikan usaha-usaha mencari para jemaah yang hilang selesai secepat mungkin. 
LEMBAGA TABUNG HAJI
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: