Sabtu, 19 September 2015

Najib Terus Menyorok..!


Najib semakin terhimpit dan tersepit..! Atas nasihat para punahsihat selepas diangkat menjadi  PM, Najib membentuk kabinet dan mengumumkan bahawa sebuah Kementerian Melayu ditiadakan..! 

Hati orang Melayu yang telah memberi undi bagi mempastikan kerajaan Melayu kekal berkuasa remuk ketika itu..! 

Punahsihat terus memberikan ampuan dan kerlipan kepada Najib apabila label 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dan yang paling mengembirakan Najib apabila 'i love dan we love PM' begitu meriah dijenamakan..!


Bertempik sorak punahsihat mengatakan jenama Najib lebih popular dari UMNO dan Barisan Nasional..!


Tak cukup dengan itu label Ahjib gor dilaung laungkan..! Perhimpunan dan jamuan besar besaran seperti di Klang dan Kuantan yang menghimpunkan puluhan ribu kaum cina sebelum PRU yang lalu makin melekakan Najib yang bermimpi undi cina sudah 'kembali'.

Hakikatnya...undi cina langsung tidak bertambah malah kerusi Parlimen semakin berkurang kepada hanya 133 kerusi..! 

Tidak pernah berlaku didalam sejarah seorang Perdana Menteri baru yang mengetuai PRU hilang majoriti 2/3. Paklah pun semasa baru menjawat jawatan dan mengetuai PRU berjaya dengan kemenangan bergaya..! Tapi tidak kepada Najib..!

Setelah apa yang dibuat cina..! setelah banyak kali Najib dan pentadbirannya melukakan hati pengundi Melayu dan Bumiputera, Najib seakan baru terlanggar tunggul apabila mengatakan keputusan PRU13 yang lalu sebagai tsunami cina..!

Itu sebab Najib perlukan momentum baru..! Najib perlukan dahan dan payung baru bagi membolehkan dia terus bergayut dan bergelut..!

Maka di halalkan pula perhimpunan Melayu..! Dimainkan sentimen Bangsa..! Orang Melayu dibawa bersama dalam kemelut yang mengotori tubuh badan Najib..! Sedangkan selama 6 tahun sebelum ni siapa yang melebih lebih kepada kaum cina?

Tiba tiba Najib kata Bersih 1,2,3 yang menampar sebelum ini takde apa apa..! kereta polis yang terbalik..! nyawa dan darah anggota polis yang ditumpahkan bagi Najib tiada apa apa..! 

Tapi kenapa Bersih4 Najib kata melampau..! Melampau kerana mereka mendesak Najib MELETAK JAWATAN..! Melampau kerana ianya terkait secara langsung keatas dirinya..! Melampau kerana bakal hilang jawatan..! Kalau tidak??? tiada apa apa..!

Membangkitkan isu perkauman juga merupakan 'seni' dalam mengalih isu dan pandangan umum kepada isu tulen yang terus membelit dan melilit Najib..! 

Isu 1MDB, Derma, SRC, keyakinan rakyat yang semakin hilang apabila institusi berintegriti negara seperti Jabatan peguam Negara, PDRM, SPRM, Bank Negara dilihat 'lumpuh' sama seperti mana lumpuhnya PAC dan Audit Negara.

Isu isu ini lah yang menyebabkan Najib dan pentadbirannya dilihat sinis dan diperlekehkan oleh rakyat..! Malah dunia dan orang luar mula berani mengutuk Najib dihalaman kita sendiri..!

Terbaru, apabila Khairudin ditahan dan direman, rakyat mahukan ianya biarlah dibawa ke muka pengadilan..! Rakyat berharap akan adanya perbicaraan..! 

Tak sama dan tidak berasas sama sekali menolak Najib sebagai PM dikatakan mahu menggulingkan kerajaan..!

Kehendak dan desakan rakyat yang mahu menurunkan seorang Perdana Menteri yang dilihat cuai, culas, alpa dan leka dalam mentadbir tak sama dengan menggulingkan kerajaan..!

Sampai bila Najib mahu menyorok dibelakang Akta tersebut??? Rakyat hanya mahu Najib turun..! Rakyat mahu Najib turun kerana sayang dan mahu BN kekal berkuasa..!

Najib tak perlulah menyorok dibelakang semangat bangsa..! Orang Melayu marah dan bangkit hari ini pun kerana kelemahan dan tindak tanduk yang Najib serta Kabinetnya sendiri lakukan selama ini..!

Sampai bila Najib nak menyorok..! Sekadar menafi dan menafi seperti mana yang dilakukan oleh 1MDB dalam isu terbaru mengenai kehilangan duit berbilion tidak akan menjelas dan menjawap masaalah yang semakin membusuk..!

Saman lah Sarawak Report..! saman lah WSJ..!

Berani dan keluarlah dari kelengkang..!

Jangan cuma tahu menjerit jerit dilaman sendiri lalu lari menghilangkan diri apabila di datangi persoalan dan isu..!

Itukan sama seperti mana yang Zahid sebutkan tempohari...'Jangan jadi burung unta'..! pilih nak jadi burung atau nak jadi unta???

Walaupun kedua duanya binatang..sekurang kurang orang tahu awak berani membuat pilihan..!

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

25 ulasan:

  1. Pokoknya...najib harus dikorbankan...atau umno yg terkorban pru nnti..? Atau..najib akan meminta bantuan BAPAK RAHMAD BASTIAN..? PrOotT arghh leganya

    BalasPadam
  2. Pm dah mmg hati gelap....mengejar pangkat dan kuasa. Esok dlm kubur, tahulah nasib ko. Mana nak letak duit billion2 dlm lubang. Sehelai kain kapan saja. Di padang mashar pula...semua org dtg tuntut hak masing2. Termasuklah pengampu/penjilat pm yg membenarkan kemungkaran berlaku.

    Ya Allah....hapuskanlah pempimpin yg korup....amin.

    BalasPadam
  3. Keterangan oleh Putra Merdeka yang sangat jelas, mudah difahami dan saya percaya bebudak sekolah rendah pun boleh faham. Hairannya kenapa masih wujud blog-blog seperti Kumpulan Menyokong UMNO (MYKMU), The Unspinners, Badut Rakyat,
    THE FLYING KICK, PEJUANG BANGSA, tunku yang begitu bebal untuk memahami isu sekarang. Kepada tuan ampunya blog bertaubat dan baliklah kepangkal jalan. Sesungguhnya kerja-kerja memutar belit dan menyebar berita putar alam akan dilaknat AllahSWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaiii
      Suma2 blog2 tu berbayar bukan seribu dua tu bro, anggaran juta2 jugak.
      Tu sebab Najib pernah tengking diorang dgn gelaran keyboard warrior bodoh tak boleh diharap.

      Padam
    2. tidak ketinggalan blog penjilat tegar...aku sayang umno kini dana selamanya yg kuat mkn dedak jibby

      Padam
    3. Salam bro adzzam,

      Takut aku mendengar bayaran mereka bro,patut lah blog si kronik tu bukan main lagi menghentam TUN.Hehehe...kalau tak buat keje kena tengking dgn boss rupanya.

      Padam
    4. Putera Merdeka ni dibayar juga. Bersungguh sungguh nak jatuhkan Najib sedangkan x de bukti salah laku pun. Bukti Sarawak Report x boleh pakai.

      Padam
    5. Tuan Blogger kalau zaman Mahadhir tuan dah lama masuk ISA.

      Padam
    6. Blog ni pun dibayar juga. Kau ingat Putra Merdeka buat dengan ikhlas? Sudahlah blog pembangkang lagi banyak bayarnya kerana nak kawtim dosa2 fitnah.

      Padam
  4. Alahai tiap2 hari menulis.bgi tujuan mnyedapkan hati yang larakucewa...jilake.

    BalasPadam
  5. Nama jer dah AhJibNgok!!!

    Singkirkan jer niar senang cerita!!!

    Kecik2 tak nak mampos Dah besar menyusahkan orang!!!

    BalasPadam
  6. Aplah lah nak jadi dengan Melayu sekarang ni???

    Inilah masalah org melayu....hati bebal, otak singkat dan mudah percaya..

    Bagi mereka apa yg kat internet ni semua betul...

    Itulah, kalau kebencian ditabur bertalu talu, sehinggakan org benci, dan bila bneci dah membuak buak, maka apa ajer berita yg direka atau palsu akan mereka percaya...

    Insaflah....tak payah nak kutuk pemimpin

    Kalau tak setuju, tunggu ajelah masa PRU nanti....Apa masalah korang sebenarnya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6.37

      Masalah nya rakyat ditindas dan dizalimi.

      Nak contoh?

      GST.
      Kenaikan lain2 kos seperti rumah
      Nilai matawang merundum
      Jika tidak dibendung, ekonomi negara juga akan merundum

      Kenapa ianya terjadi?

      Salah satu faktor utama adalah pemimpin bernama najib yang tidak cekap, korup, salahgunakuasa dan menyeleweng.

      Sebagai contoh

      Kes penyelwengan 1mdb yang menyebabkan rakyat menanggung hutang 1mdb melalui GST dan lain2 cukai.

      Padam
    2. Tunggu PRU tu mmg la tunggu...najib tu PM bukan waliyullah.. menjadi PM dimana mana dunia pun akan.senantiasa terdedah dengan kritikan dan berhak di tanya atas setiap tindakan!!..PM adalah penjawat awam dimana bayaran gaji hasil dr cukai rakyat dan hasil mahsul negara..
      Kalo tak nak ditanya, tak nak.di kritik, tak nak di persoal..jgn jadi PM..bende mcm ni tak bole nak paham ..ngko berenti jer jadi orang...

      Padam
  7. Kepada owner blog ni, tak payahlah buat fitnah...dan memecahbelahkan org melayu dan islam

    Kau nak Lim Kit Siang jadi PM ke???

    Apa yg maslah kau sebenarnya???? ceritalah sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape masalah ko plak 640..nak dengar berita puja puja najib ko bace la blog blog yg da dibayar kuncu najib..
      Kalo kririk jer najib .. lim kit siang jadi PM.. statement bodoh bangang ganda 23 ni mmg sinonim dgn puak puak penjilat..

      Padam
  8. Betul, bila tentang najib terus melalaklah kumpulan kecil umno kata cina akan jadi pm. Betapa bodohnya kumpulan kecil ini. Bukan suruh tukar kerajaan, cuma turunkan geng najib shj utk kebaikan negara dan melayu.

    BalasPadam
  9. Datuk Khairudin akan dihadapkan ke mahkamah...kita tengok tuduhan dlm perbicaraan nanti,rakyat bolih menghakimi dgn syarat telus.Tak takut ke nanti terburai pekong pekong yg ditutup tu.Najib tolong bersara cepat,rakyat dah meluat keletah kamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuduhan terhadap Datuk Khairudin ini amat berat kerana dianggap berkomplot menjatuhkan negara.

      Tapi ada ringan sikit sebab tak sebut nak jatuhkan YDPA, mcm Al Maunah.

      Aku rasa mmg ada pakatan dlm puak2 Najib ni utk menjatuhkan Tun M atau mengaitkan org tua tu dlm konspirasi jatuhkan kerajaan.
      Kepalanya dah tentu Tok Dalang Zahid yg mmg berdendam dgn Tun M sejak zaman Anwar jadi TP UMNO lagi.
      Persoalannya, kenapa puak2 ni takut sgt dgn Tun M?

      Padam
  10. Kalau tukar kerajaan pun , pm tetap melayu. Pembangkang semua cinakah, dap pun parti bercampur semua kaum. Rakyat majorati melayu islam, semua jawatan dipegang oleh kita. Pegawai kerajaan kita. Fahamlah, kerana adanya merekalah kita ada keistimewaan bumiputra yg tdk ada di negara lain. Kumpulan kecil umno berfikirlah secara waras, belajar hidup aman damai.

    BalasPadam
  11. Hang mai dok kat penang la klau nak tengok siapa yang waras dan siapa yang rasis. Boleh ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dok penang dah pun. Rasis ni punca dari segelintir umno uth kepentingan sendiri.

      Padam
  12. Secara ikhlas aku sayang kepada bangsaku Melayu, Negaraku Malaysia dan pastinya agamaku Islam. KIni aku jadi tidak keharuan kerana ada 2 pihak yang bertentangan dalam isu 1MDB dan yang seiring dengannya. SAtu pihak kata dusta dan fitnah nak jatuhkan kerajaan semata-mata. SAtu lagi kata salah laku oleh pemimpin akan menghancurkan Negara dan rakyat semua. Jadi aku ambil jalan mudah, jika benar sekali semua ini fitnah kepada Najib yang dikatakan maksum itu. Maka sewajibnya dia membersih diri daripada segala fitnah dengan berterus terang ke mana perginya wang yang berbillion yang sudah dibuktikan masuk ke dalam akaun peribadi beliau. Sangat mudah jika anda yakin kepada kebenaran, tapi sangat sukar bagi yang sememangnya tidak jujur kepada amanah yang ditanggungnya. Semoga Allah beri kekuatan kepada Pak Najib untuk berkata benar hinggalah dapat bertaubat nasuha..

    BalasPadam
  13. Bila da sedar bermasalah..mulalah tok tok dalang yg dok keliling pembesar negara..mula la start main maruah melayu bagai!!..masa dok telan duit sesedap dia laki bini..takder pulak terdengar maruah melayu..selagi ade kuasa ini kan ..telanlah ..tangkaplah orang yg tak sokong sesuka hati..di saat si chubby ni berundur...dia hanya akan dingati dengan 2 benda shj...ALTANTUNYA dan ROSMAH!!!.. itu lah legasi si chubby..

    BalasPadam
  14. Heran...dulu bukan main lagi ngauman dia 1Malaysia..sama rata..sama rasa hingga bergelar Ajibgor. Alih2 bila dah tersepit pandai pulak menganjur himpunan Melayu setelah kau lenyek terkulai-layu dgn penghapusan DEB & ISA atas dasar Liberal kamu. Pengkhianatan Najib terhadap agama, bangsa & negara cukup parah untuk dimaafkan.

    Sebelum ini kita anggap Anwar Ibrahim adalah pengkhianat. Akan tetapi, malang menimpa sekali lagi bila kerajaan kita pimpinan Najib melantik APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi sebagai Penasihat & Consultant.

    Kerajaan Umno- BN telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit untuk APCO syarikat Yahudi itu menasihati Najib mengenai imej beliau yang tercalar di dalam dan luar negara.

    Syarikat milik Yahudi itu juga menjadi penasihat utama kepada Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin Jarjis ketika itu. Sumber mengatakan antara misi utama APCO dan Jamaludin ialah memintas sokongan meluas Anwar dikalangan ahli politik, cendekiawan dan tokoh korporat di Amerika Syarikat, khususnya apabila perbicaraan terhadap tuduhan liwat bermula bulan depan. APCO juga dikatakan diberi misi untuk membantu mengatur perjumpaan antara Najib dan Presiden baru Amerika, Barack Obama.

    Najib jugamerestui perlantikan APCO setelah menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya berikutan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu dan rasuah komisyen pembelian senjata semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

    Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif APCO Margery Kraus telah melantik Paul Stadlen yang sebelum ini bertugas di London, bertindak sebagai pengarah urusan di Malaysia bagi membaiki pengurusan hubungan media dan reputasi antarabangsa.

    Antara pegawai kanan APCO ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. beliau adalah pakar polisi ekonomi dan hubungan antarabangsa.

    Beliau adalah individu penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem dan Institut Sains Weizmann.

    Seorang lagi pegawai kanan APCO ialah Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak rabin masih menguasai kerajaan.

    Kepentingan Najib akan dipantau oleh pengurusan APCO yang turut merangkumi John W Magaw. Magaw pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan AS dan Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, selain menjadi ejen khas dalam Biro Sekuriti Presiden.

    Individu penting yang lain dalam APCO ialah bekas senator AS, Donald W Riegle Jr; Bekas Duta AS, J Stapleton Roy dan bekas senator serta duta AS, Jim Sasser.

    APCO yang bertindak memberi nasihat dalam aspek politik, perdagangan, kewangan dan kumpulan media, ditubuh pada 1984 dan berpengkalan di Washington.

    Selain memiliki 28 cawangan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, APCO turut memiliki pejabat di Tel Aviv, Israel.

    Tak cukup dgn itu, Najib membenarkan Banker Yahudi, Goldman Sachs bertapak masuk ke dalam negara dgn tujuan untuk meraih duit berbilion-bilion US$ melalui satu skandal tersembunyi yg hanya diketahui oleh Najib, Rosmah, Jho Low, anak Rosmah & penasihat yahudi. Kesudahannya, Najib terperangkap dgn umpan Yahudi dan menerima bala kerana derhaka kpd Tun Mahathir & khianat pd bangsa & negara.

    BalasPadam