Takkan lah kepimpinan UMNO Ampang mengaku lumpuh dan gagal meng'UMNO'kan penduduk di kawasan terbabit..! Takkan takde langsung orang Melayu dikawasan terbabit yang berminat dan mahu menghidupkan perjuangan suci UMNO di kawasan tempat tinggal mereka..!
ATAU...
Mereka dinafikan hak untuk mendaftar dan menjadi ahli serta mewujudkan cawangan UMNO disitu..! Kenapa?
Kerana ada pihak diperingkat Bahagian yang takut dengan bayang bayang..! Takut ada cawangan yang bangkit bangun bersuara menyuarakan rasa hati ahli TANPA mengampu dan menjilat pemimpin..!
Tak pasti sama ada pemimpin bahagian berjangkit atau terjangkit dengan sikap pemimpin di pusat yang hanya tahu membela penjilat dari penggiat masyarakat..! yang hanya mahu mendengar seloka pengampu..!
Tak gitu?
Transformasi ke transforBASI..???
umno selangor semua losers
BalasPadamnak survive senang saja
jilat jer juboq najib
bersungguh nyatakan sokongan walhal x bw apa erti kerana rakyat selangor dah lama myampah dgn umno
MT UMNO sudah tidak boleh diharap, sekarang ini kita lihatlah apa lagi yang boleh diharap kepada UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015. Jika masih dengan keadaan biasa dengan membodek pemimpin, membiarkan segala salah laku Najib berleluasa, maka orang-orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia perlu berfikir beberapa kali sebelum mengundi Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak. Bukannya apa, antara sayangnya rakyat kepada Barisan Nasional dan meluatnya kepada perilaku buruk dan jenayah Najib serta kuncu-kuncunya menyebabkan rakyat berasa serba salah. Rakyat majoritinya masih menyakini Barisan Nasional, tetapi kerana Barisan Nasional dipimpin oleh pemimpin korup yang mengetuai penyelewengan di dalam 1MDB, menyonglap wang pengubahan wang haram yang dikelentongkan sebagai derma untuk UMNO, lepas tu derma untuk kerajaan pula, tapi masuk akaun peribadi pemimpin korup itu pula, apa kejadahnya semua ini?
BalasPadamUMNO dan parti komponen Barisan Nasional perlu memikirkan apakah Najib dan skandal jenayahnya itu lebih penting kepada mereka atau sokongan rakyat dan undi rakyat kepada Barisan Nasional itu lebih penting.
Kalau mereka lebih mementingkan Najib dan skandal jenayah Najib itu, maka UMNO dan parti komponen boleh pergi melingkup, korang harapkanlah undi dari ahli korang sahaja kerana rakyat pengundi atas pagar ni tak mau dan tak suka dengan parti yang mengutamakan pemimpin secara buta tuli hingga pemimpin itu penjenayah pun mereka boleh sokong juga, ini dah jadi gila, pergi mampuslah dengan kegilaan korang tu semua.
Kalau UMNO dan parti komponen Barisan Nasional lebih mengutamakan rakyat, mengharapkan undi dari rakyat, maka satu tindakan tegas terhadap Najib dan kuncu-kuncunya perlu dilakukan dengan samada memaksa mereka meletak jawatan dan memberikan kebebasan kepada pasukan penyiasat untuk menyiasat kes tersebut tanpa sebarang kacau ganggu, atau kalau mereka degil, maka Najib dan kuncu-kuncunya itu perlu dipecat dari UMNO dan mana-mana parti komponen yang ada kuncu Najib ini, serta mereka ini dihadapkan ke mahkamah atas segala salah laku dan jenaya mereka selama ini.
Rakyat sudah menyampah, sudah meluat dengan drama gila babi tak tentu hala serta sewel oleh Najib dan kuncu-kuncunya ini, malahan rakyat juga meluat dengan sikap UMNO dan parti komponen UMNO yang menjadi seperti golongan yang tak berguna, seperti peminta sedekah yang mengharapkan kepada Najib serta takut kepada Najib sedangkan rakyat makin hari makin meluat dengan segala karenah dan jenayah yang makin menjadi-jadi dibuat oleh Najib ini.
Sedarlah bahawa kehilangan wang berpuluh bilion ringgit dalam 1MDB serta pengubahan wang haram sebanyak RM 2.63 bilion @ USD 700 juta itu adalah sangat sukar untuk diterima oleh rakyat, mana boleh kita semua terima perlakuan jenayah seperti itu.
Kalau seorang mat gian mencuri duit tabung masjid dengan hanya dua tiga ratus ringgit sahaja dipenjarakan selama bertahun-tahun, tetapi seorang pemimpin yang diberikan amanah untuk membangunkan negara, tetapi mengkhianati amanah itu, malahan menyamun harta negara, melakukan penyelewengan hingga berpuluh bilion ringgit, serta membuat pengubahan wang haram sebanyak berbilion ringgit, tetapi dibiarkan oleh pihak berkuasa begitu sahaja.
Di manakah keadilannya? Mat gian curi duit tabung masjid dua tiga ratus adalah salah dan wajarlah dia dipenjarakan, Najib pula membuat penyelewengan wang hutang 1MDB sampai berpuluh bilion ringgit, melingkupkan wang GLC berbilion ringgit untuk topup hutang 1MDB, membuat pengubahan wang haram berbilion ringgit, setakat yang diketahui USD 700 juta @ RM 2.63 bilon, tetapi tidak diambil tindakan, mana dia keadilannya?
Sila UMNO dan parti komponen Barisan Nasional serta pihak berkuasa memberikan penjelasan mengenai perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Abu Bakar.
UMNO kat bandar dah x releven dah.Orang bandar ada maklumat d ujung jari tapi org kpg x dapat maklumat hanya baca utusan/tv3 saja .Sebab tu tinggal umno totok saja d kpg yg bolih diperlembukan olih umno.
BalasPadam