Ahad, 27 September 2015
JEREBU ~ SEKOLAH 4 NEGERI DI TUTUP..!
Di laporkan..
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sri Aman, Kuching serta Samarahan, Sarawak diarahkan ditutup esok, 28 September 2015.
Kementerian Pedidikan dalam satu kenyataan berkata arahan penutupan sekolah dikeluarkan berikutan situasi jerebu di beberapa negeri dan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat pada Ahad.
Menurutnya lagi, pihak jabatan pendidikan negeri serta daerah diarah memaklumkan pihak sekolah dan ibu bapa berhubung penutupan ini pada kadar segera.
Katanya, pengumuman ini dibuat berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara pada 27 September 2015.
astroawani.
Bacaan setakat jam 1.45 tengahari tadi, dilaporkan..
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, berbanding tiga sebelum ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatatkan IPU tertinggi 279, diikuti Pelabuhan Klang (255), Batu Muda, Kuala Lumpur (250) dan Petaling Jaya (226).
Sebanyak 14 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Putrajaya berada pada 197, Banting (187), Sri Aman (185), Cheras, Kuala Lumpur (177), Kuala Selangor (171).
Seremban pula mencatatkan IPU 152, Samarahan (144), Nilai (143), Kuching dan Tanjung Malim masing-masing 141, Port Dickson (132), Sri Manjung dan Jerantut masing-masing 120 serta Bukit Rambai (105).
Bagaimanapun, Bandaraya Melaka yang mencatatkan IPU tidak sihat 101 pada sebelah pagi menurun kepada bacaan IPU sederhana 97.
Sementara itu, 26 kawasan lain turut mencatat IPU sederhana antaranya Sarikei (99), Tawau (96), Kemaman (80), Sibu (77) dan Kuala Terengganu (76).
Hanya lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sihat iaitu di Perai (48), Tanah Merah (42), Langkawi (31), Alor Setar (30) dan Kangar (27).
astroawani
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Singapore dah ambil tindakkan undang2,Malaysia bila lagi? .Takkan tiap2 tahun macamni,Mana maruah pemerentah kita....Lol
BalasPadamMana boleh ambil tindakan, pemimpin ramai orang sana, nanti adik beradik narah kat sana. Itulah beza singapura dgn kita, pemerintahan telus dan undang-undang yg ketat.
BalasPadam