Sabtu, 19 September 2015

Perhimpunan Merah Tak Menguntungkan Melayu ~ Penasihat Najib..!


Bikin panas jer..! tak takut kena pecat ke..! atau kena buang daerah ke Jolobu kang baru tahu..!

Penganjur Himpunan Baju Merah perlu diambil tindakan – Rais Yatim

Kekecohan di Jalan Petaling telah tersebar dan menjejaskan imej penganjur dan
pasukan polis yang dilihat seolah-olah gagal mengawal keadaan.

rais,merah

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa penganjur dan peserta Himpunan
Baju Merah dikenakan tindakan undang-undang kerana menimbulkan kekecohan di Jalan
Petaling.

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia itu berkata, kejadian kekecohan itu telah
tersebar di media sosial dan telah memberi tanggapan buruk terhadap penganjur dan
peserta.

Selain itu, katanya, masyarakat juga berpandangan negatif terhadap Polis Diraja
Malaysia (PDRM) kerana dilihat tidak mampu mengawal himpunan itu yang sepatutnya
berjalan aman.

Antara syarat kebenaran yang diberikan oleh polis ialah penganjur Himpunan Baju Merah 
atau Himpunan Rakyat Bersatu perlu memastikan perhimpunan berjalan aman dan
sebarang perlakuan peserta yang menyalahi undang-undang adalah menjadi
tanggung jawab penganjur.

Dalam masa sama, Rais berkata, Himpunan Baju Merah tidak memberi sebarang
keuntungan kepada orang Melayu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya telah
menjejaskan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai penasihat sosial negara, saya memang bimbang dengan perhimpunan itu yang 
telah mendatangkan sentimen perkauman.

“Dalam keadaan sekarang ini, ia hanya merumitkan Perdana Menteri dan merumitkan 
beberapa pemimpin tanah air kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Penghargaan 
Penulisan Bahasa Kebangsaan, di Dewan Bankuet Menara DBP pada Khamis.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menasihatkan agar 
himpunan seperti itu tidak diadakan lagi pada masa akan datang.

Katanya, himpunan seperti itu hanya mendatangkan sentimen perkauman yang
mengguris perasaan kaum dan bangsa lain dan tidak menguntungkan orang melayu.

“Perhimpunan semalam itu saya fikir cukup lah.

“Tak wajar perhimpunan itu dibuat setiap tahun kerana ia hanya mengguris perasaan 
bangsa lain.

“Apa untungnya? Tolong beritahu, apa yang positif kita (orang Melayu) dapat?,” katanya.

sumber

Mesti lepas ni Rais akan dilipat cukup cukup 
oleh penjilat..! Tunggu jer la..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Тәб маиөғғ

    BalasPadam
  2. banyak untung kepada penganjur. tak untung kepada orang melayu yang datang seramai 300000 ikut kata penganjur. polis kata kurang 50000. penganjur dapat imbuhan lebih setelah tolak 1juta yang dianggarkan, datang 300000, tapi yang sah 50000. banyak untung. kemudian nama naik teratas dan calon pasti menang.

    BalasPadam
  3. Pak Rais ini dah masak dan cukup mengetahui selok belok system bina Negara yang ada di Malaysia ini. Itu yang ditanya apakah yang positifnya perhimpunan Melayu ini kepada bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Yang ada untungnya buat Najib kerana bolehlah bercakap besar pula dengan membayangkan dia dapat sokongan besar orang Melayu Malaysia. Kasihan kat bekas ketua menteri Melaka yang telah kalah pilihanraya dalam keadaan yang memalukan. Pak Ali kena ingat punca dia kalah pun kerana kebodohan PM yang telah menggadai Maruah Melayu kepada bangsa Cina dengan harapan akan disanajung oleh bangsa ultra kiasu itu. Pendek kata corak kepimpinan Najib yang korup lagi lemah harus ditentang habis-habisan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya, kenapa baru sekarang nak bercakap.
      Kenapa biarkan rakyat terkapai2 dibuli Najib dan adikong2nya.
      Drama apa lagi yg nak dihidangkan kpd rakyat selepas ini.
      Pada aku ini cuma kenyataan2 politik yv hanya utk mengelirukan lagi rakyat.
      Cukup2lah.

      Padam
  4. Aku tak minat pasal strategi politik tapi aku bangga himpunan hari tu Melayu dpt tunjuk kpd pendatang bawaan penjajah yg ini Tanah Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak payah berdemo pun dah cukup kuasa yang ada tu guna la ni bila dah ada kuasa apa melayu buat? Hina permaisuri Agun penjara 3 bulan. Hina lagu negaraku siap dapat peruntukan nak salah kan cina lagi?? Melayu yang pegang kuasa(geng2 Ah jib gor) ni yang bodoh yang biarkan Islam dihina Melayu dihina Negara dihina lepas tu yang pegang kuasa tu buat apa?? Goyang teloq??? Bila dah tau nak goyang mula nak salahkan cina? Geng2 Jibon memang haprak cermin diri dulu la sblm nak salahkan cina! Tengok siapa yg gatai tangan mansuhkan Isa sudah Najib bangsat.

      Padam
  5. Kenapa najib tidak adakan dan sponsor perhimpunan baju merah semasa bersih 1, 2 dan 3?

    Ini sebabnya;

    Kerana kedudukan beliau hari ini sebagai PM sedang terancam malah jika ditangkap bakal dipenjarakan.

    Kenapa beliau merasa terharu?

    Kerana beliau syok sendiri merasakan rakyat menyokong beliau.

    Pada hakikatnya;

    Rakyat berhimpun membantah memprotes hinaan dan cercaan yang diterima oleh orang melayu dan bumiputra.

    Hakikatnya juga;

    90% yang menghadiri perhimpunan ini, Mereka hanyalah memprotes membantah sikap kaum cina ini dan tidak sekali kali tidak ada kena mengena atau sebarang hubung kait dengan PM najib!

    Sedarlah chai2 dan pengampu najib.

    Dah dah dah chai semua, soh najib pergi sembunyi celah kain penguin tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju protes tersebut terhadap kaum cina bukan menyokong Ah Jib Gor pm paling banyak masalah tu.

      Padam
  6. Mungkin dia tak nampak readline tu!

    BalasPadam
  7. Ha la.... yg tak bersetuju dengan Himpunan Baju Merah, depa dh berdemo dengan Himpunan Haramjadah Baju Kuning.... abis tu saja nk lembut hati melayu lain, cakap dengan lembut contohnya ;

    "Rasanya tak payah berdemo pun dah cukup kuasa yang ada tu guna la ni bila dah ada kuasa apa melayu buat? "

    "Pak Rais ini dah masak dan cukup mengetahui selok belok system bina Negara yang ada di Malaysia ini. Itu yang ditanya apakah yang positifnya perhimpunan Melayu ini kepada bangsa Melayu dan Negara Malaysia."

    kepala otak hangpa busut.... TOYA.... Jenis lidah bercabang....

    BalasPadam
  8. Apa pulak tak untungnya. Kat situ nampak Melayu ada semangat untuk memupuk penyatuan, elok lah tu. Taklah Melayu nanti di kata berani cakap je, nak himpun pun takut lah, cuak lah, mana nak datang semangat 'menyerang' , kalau asyik taktik berdiplomasi je ' bertahan je ', mana boleh tahan. Singa pun kalau setakat mengaum ngaum apa ada benda. Kelakar.

    BalasPadam
  9. Ckp Najib dan Rais Yatim tu ckp org politik je. Jgn amik hati pulak.

    Yg jelasnya perhimpunan tu untuk beri kesedaran pada DAP jgn memandang rendah dan memperlekehkan org melayu dan agama Islam. DAP boleh kencing para pemimpin politik melayu (dah namanya pun politik) tp tidak pada org2 melayu. Perhimpunan merah jauh lebih berjaya dlm matlamatnya utk memberi peringatan pada DAP dari BERSIH4 yg hanya menang sorak tp gagal dlm matlamatnya utk mencetuskan huruhara, perintah darurat dan pilihanraya semula setelah keadaan tenang dlm masa terdekat kerana merasakan boleh menang besar dgn gabungan PAS,DAP,PKR,PAN dan penyokong TUN. Tp Allah xizinkan. Sori ek Kit Siang.

    BalasPadam