Layan..
Lama sudah saya tidak mendengar kata-kata “Cina babi”, kecuali selepas perhimpunan merah 16 September. Menyamakan manusia, Cina dengan binatang (babi), adalah perbuatan manusia tidak bertamadun. Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin.
Atas apa jua alasan, sama ada orang Cina suka makan babi atau tidak, perkataaan ini sepatutnya tidak boleh sama sekali dikeluarkan di khalayak. Apa kata, kalau orang lain berkata, Melayu lembu. Apabila ada yang protes, maka kita pun jawab, ia tidak sensitif, kerana orang Melayu memang suka makan lembu.
Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan kamu tidak menguntungkan dakwah, malah merugikan. Ya, memang saya tidak nafikan, saya turut melabelkan segelintir Cina dengan istilah ultra kiasu, tetapi saya merujuk kepada sikap mereka, yang asyik mahu menang, tanpa sedikitpun mahu kalah. Tidak kira sama ada Cina atau Melayu atau lain-lain.
Perlu diingat, tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapat lebih 80 juta Cina Islam di Negara China, 5 kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia, yang tidak pernah menyentuh babi, kerana mereka beragama Islam.
Malah, orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita. Orang Melayu menerima Islam 600 tahun yang lalu. Orang Cina telah menerima Islam hampir 1400 tahun yang lalu. Malah, sejarah pengIslaman orang Melayu, turut dilakukan oleh pendakwah Cina.
Tanpa orang Cina datang ke berdakwah dan berdagang ke Alam Melayu (selain Arab dan India), mungkin pengIslaman orang Melayu secara besar-besaran menjadi tidak sempurna. Justeru, berhati-hatilah apabila membabikan orang lain. Mungkin sebelum Islam dahulu, orang Melayu turut memakan dan bermain dengan binatang ini. Persoalan saya, berdasar sejarah, siapa lebih lama makan babi? Siapa mengajar siapa supaya menjauhi babi? Cina atau Melayu?
Saya jarang sekali memohon maaf kepada seseorang, tetapi dalam insiden kali ini menjadikan saya malu dan terasa ingin memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu, atas keceluparan orang yang mengaku Islam, menggunakan kata-kata kesat.
Saya melakukan sebegini kerana saya amat faham tentang sifat dan makhluk yang Allah jadikan. Babi sekalipun, haram dimakan atau dipelihara oleh orang Islam, namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan mesti dihormati, kerana ia ciptaan Allah, bukan syaitan. Hatta, syaitan sekalipun adalah ciptaan Allah, sekali pun ia musuh kepada manusia dan bertugas menyesatkan manusia.
Apakah salah Allah menjadikan syaitan? Begitu juga dengan orang Yahudi. Benar, Allah melaknati Yahudi dalam al-Quran, kita pun sebut Yahudi laknatullah. Pada masa sama, Allah memberi kelebihan kepada Yahudi. Yahudi menguasai dunia dan ekonomi. Kenapa Allah lakukan sedemikian? Patutkah kita menyalahkan Allah? Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani.
Terkadang kala saya amat sedih melihat orang Melayu yang mengaku Islam, menganiaya makhluk yang tidak berdosa seperti yang anjing, yang turut menjadi sensitif kepada orang Melayu, sehingga kita sanggup menyamak beratus-ratus troli, sedangkan perkara yang lebih haram seperti rasuah dan riba dibiarkan berleluasa, malah diambil menjadi darah daging.
Justeru, saya memohon supaya kita tidak terlalu beremosi. Ya, memang kita menentang sikap ultra kiasu. Tetapi itu bukan bermakna kita mengambil sikap memusuhi mereka, kecuali ia memberikan ancaman terhadap Islam.
Ambillah iktibar, cerita ibu bapa saya yang berniaga di kawasan orang Melayu suatu ketika dahulu. Ibu saya sanggup ‘mencuri’ beras, yakni mengambil beras tanpa pengetahuan bapa saya dan memberikannya kepada orang Melayu yang mempunyai ramai anak atas dasar belas kasihan.
Saya tidak boleh bayangkan betapa besarkan jasa ibu bapa saya ‘membesarkan’ orang Melayu yang kesusahan di kampung saya, dengan memberikan mereka berhutang, sehinggakan buku hutang bertapok-tapok tidak berbayar, sehinggakan ada hutang yang ditulis didinding-dinding kedai. Orang kampung membesar dengan hutang kepada ibu bapa ayah. Ramai anak mereka berjaya masuk universiti, hutang masih tidak berbayar.
Bacalah kisah Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak Cina sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu ‘Hassan dan Abu’. Hajijah menjaga dan menyayangi anak Cina ini seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus. Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina?
Begitu juga kisah seorang Cina tua tinggal seorang diri, membeli nasi lemak daripada peniaga Melayu. Melihat keadaan Cina tua itu, peniaga Melayu ini memberikan nasi lemak secara percuma kepadanya.
Kesimpulan, saya tidak melarang kebebasan berhimpun, jika ada tujuannya. Tetapi jagalah akhlak dan mulut. Jika bersalah, mengakulah. Tidak perlu mencari alasan yang tidak munasabah. Itu ultra kiasu namanya. Ultra kiasu hanya ada pada orang Cina, tetapi kepada orang Melayu juga. Berhimpunlah secara baik, tonjolkan imej baik Islam seperti yang dikehendaki pimpinan negara kita.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tangkap aje Jamal Sekinchan tu taruk dlm lokap. Hidup menyusahkan org.
BalasPadamNajib pun boleh joint sama.
Kalau ada ISA dulu tak ada siapa berani main isu perkauman.
Sekarang isu TPPA pulak dah timbul
Najib nk lepas tengkuk, terus jual aje negara ni kpd penyangak ekonomi sprt Amerika.
Begitulah...manusia yg bernama jamal..otaknya di ltk kt lutut... perjuangan hanya untk membesarkn lagi perut..prOotT di muka nek tempoyak argghh leganya
BalasPadamKENAPA KALAU DAP MEMAKI HAMUN BANGSA MELAYU ANDA DIAM, KENAPA BILA DAP PIJAK GAMBAR MELAYU ANDA SOKONG, KENAPA BILA DAP BAWA PENYAPU BESAR SEBAGAI SIMBOL MENGHALAU MELAYU ANDA SENYAP...KENAPA BILA MELAYU BERSUARA ANDA MEROYAN,MENYALAK MENYALAHKAN MELAYU...KENAPA 4 SIRI BERSIH ANDA SOKONG DAN KENAPA1 SIRI BAJU MERAH ANDA MERASA TERANCAM.....SEDARLAH DIRI ANDA KALAU ANDA SEMEMANGNYA MELAYU...KALAU ANDA RBA...TUNGGU MASA ANDA DIMUSNAHKAN
BalasPadamEngkau merepek apa nii setann...? Najib bodek c¡Na knapa korang d¡am..? Siap tukar jadi ahjibgor lagi¡..? Apa ini..? Apakah najib tk punya malu...?
PadamOrang Melayu UMNO tidak menyukai tindakan Najib membodek Cina dan memberi segala kemudahan dan bantuan untuk pembangunan SRJK (C) dan sebagainya yang tidak ada dalam perlembagaan pun. Tetapi diberi atas dasar kepentingan politik semata-mata.
PadamSelepas ini setelah orang Melayu berani menunjukkan kemahiran untuk berhimpun diharapkan Najib and the gang sudah mula boleh mengurangkan bantuan kepada mereka yang tidak menyokong dengan mengalihkannya kepada orang Melayu yang majoritinya masih menyokong kerajaan BN. Dalam konteks ini orang Melayu yang tak menyokong pun akan mendapat tempiasnya dan itupun jika masih mahu bantuan kerajaan BN. Ini bukan soal hak samarata rakyat Malaysia tetapi yang menyokong sepatutnya mendapat lebih bahagiannnya. Itulah juga yang telah dipraktikkan oleh Kerajaan DAP di Pulau Pinang secara tanpa kita sedari.
Kita fokus cina yg kutuk melayu dn islam. Sedangkan ridhuan tee pun boleh curahkan rasa tidakpuas hati. Mmg aku tak sokong Najib. Tpi tk bermakna aku sokong kuning . aku sokong merah. Soal jamal ni well dia ni same je ngan khairuddin. Aku tk kesah dua org ni. Yg aku kesah melayu rasis cina ok . u all nk skong mahathir ke najib lantak kat korang. Aku ni concern bab Melayu dn bumi dn islam. Aku tolak tepi sape najib sape mahathir aku sokong sape yg mpertahankan melayu yg hari2 kna kutuk kat blog kat fb bagai yg engko org pu tk faham bahasa mandarin. Sebab cbuk ngan tk najib . mahathir mcm la tkde org lain atau kes lain.
BalasPadamSebab islamlah kena tunjuk bahasa yg baik. Dap kutuk, kita bangkang, guna kesopanan islam. Bukan semua melayu macam jamal dan bukan semua cina bersih pijak gambar. Budaya pijak gambar ini dari pas. Pemimpin umno pun ada kurang ajar seperti merempuh dewan undangan negeri, bakar patung, sembahyang orang mati secara cina dll. Kita tunjuklah contoh islam yg baik.
BalasPadamAku ni pesara polis,janji nak bagi tanah kat pesara polis dan atm,abuk pun x de.yang cina komunis surender/ditangkap dapat juga tanah di ulu piah sorang 2 ekar.janji manis mb
BalasPadamYa tak ya juga .Teringat kisah ttg wali songo .Majoriti dari sembilan orang tu berbangsa cina .
BalasPadamXpayah la gaduh2....biarkan je la bangsa cina...diorang Mamou buat apa saja...sebab melayu cuma keyboard warrior...hahha..puihhh
BalasPadam