Patut ler lama kita tak dengar Najib terbang sana..! terbang sini keluar negara..!
Ketika pemimpin Umno terus menegaskan dana AS$700 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Najib Razak bukan luar biasa, penceramah antarabangsa pada persidangan anti rasuah global berkata, segala urusan itu mencurigakan dan perlu diambil tindakan.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider, ia menarik minat pelbagai pihak untuk perdana menteri mendedahkan bagaimana beliau menerima wang berkenaan dan dari mana ia disalurkan.
Mereka berpendapat, jika kes yang sama berlaku di beberapa negara lain, apabila ia diketahui, ahli politik itu akan didakwa atau disingkirkan.
Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Najib.
"Beliau perlu menjelaskan segala-galanya. Pada pendapat saya, sesiapa yang berada atas dakwaan yang begitu serius, perkara pertama (yang akan mereka lakukan) di Eropah adalah meletak jawatan dan kemudian membicarakan kes mereka.
"Buktikan anda tidak bersalah dan berdepan dengan akibatnya," kata Gomes ketika ditemui di luar dewan persidangan selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam.
Beliau berkata di negaranya, Portugal seorang menteri didakwa atas tuduhan serius beberapa tahun lalu dan beliau segera meletak jawatan.
Siasatan kemudiannya mendedahkan yang dakwaan itu adalah tidak benar, katanya.
"Itu adalah patriotik dan satu perkara yang baik untuk dilakukan. Di Malaysia, memandangkan dakwaan dilemparkan terhadapnya, beliau sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri."
Beliau menambah, tindakan diambil terhadap individu menyiasat dana yang diperoleh menimbulkan keraguan dan ini tidak sepatutnya berlaku.
"Ia dilihat tidak elok sama sekali, cara perdana menteri seolah-olah mahu menutup dakwaan serius terhadap beliau dan langkah terbaik adalah dengan meminta beliau untuk meletak jawatan."
Pengarah Greenpeace International Kumi Naidoo berkata, derma sebanyak AS$700 juta adalah "sangat mencurigakan dan sangat luar biasa", dan beliau berpendapat pihak berkuasa sudah mengambil tindakan jika ia melibatkan rakyat biasa.
Penjelasan Najib yang duit itu sebagai "derma politik" tidak mencukupi, kerana jumlahnya terlalu banyak, katanya.
"Ada sesetengah negara kepulauan kecil di dunia yang menggunakan jumlah tersebut untuk bajet tahunan mereka. Ini adalah satu jumlah wang yang besar dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa penjelasan," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas beliau berucap di persidangan itu semalam.
"Adakah ia diberikan kepada kerajaan atau perdana menteri untuk melakukan sesuatu bagi penderma, mungkin termasuk polisi atau kontrak tertentu? Ia bukan hadiah peribadi yang normal, mahupun bagi standard orang kaya."
Naidoo menasihatkan Najib supaya tampil ke hadapan dan menerangkan dengan jelas dari mana menerima dana itu, apa yang beliau gunakan daripada wang itu dan hubungan dengan penderma.
"Saya rasa kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan beliau sebagai yang sangat dikompromi dan hanya menyebabkan demokrasi Malaysia dipersoalkan."
Naidoo yang juga seorang aktivis hak asasi manusia dari Afrika Selatan, mengesahkan kes sebegini adalah serupa berlaku di beberapa negara lain, tetapi apabila ia diketahui ahli politik itu boleh didakwa atau dipecat.
"Dalam beberapa kes ada yang mempertahankan kuasa mereka, tetapi pemimpin sebegini bukan dari negara yang mengamalkan demokrasi atau demokrasi sebenar.
"Dan saya percaya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang sebenar," katanya.
Beliau menambah sudah melihat perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada hujung minggu dan kagum dengan peserta yang berhimpun secara aman.
"Saya menggesa peserta perhimpunan supaya terus mengekalkan cara mereka berhimpun secara aman. Mereka mempunyai hak untuk bersuara walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang berkuasa."
Lise Stensrud, pengarah dasar anti-rasuah Agensi Pembangunan bersama rakyat Norway (Norad), menggesa orang ramai untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung dana itu.
"Ini adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan rakyat, dan mereka harus cuba untuk menuntut keadilan. Sejumlah besar wang berada pada satu tempat yang tidak sepatutnya.
"Kerajaan sedang berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan semalam.
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada persidangan IACC kali ini dan Najib sepatunya menyampaikan ucaptama semalam.
Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, beliau menasihatkan Najib untuk menarik diri dari merasmikan IACC di Putrajaya semalam kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang "ganas".
Persidangan selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan berakhir esok.
Dianggap sebagai perkumpulan pihak berkepentingan dalam gerakan anti rasuah, IACC setiap dua tahun dan tahun ini berjaya mengumpulkan 1,000 delegasi dari 130 negara.
Bukan dalam negara jer yang bertanya...Masyarakat dunia pun sedang menunggu jawapan dan kesudahannya yer..!
Kalau ahli Politik lain dah lama dah berhenti..!
Tapi Najib?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Ada pulak seekor anjing tua yang menjadi penasihat SPRM begitu marah terhadap penceramah yang mengesa Najib menjelaskan tentang wang USD700 juta yg masuk kedalam akaun peribadi beliau. Anjing tua ini tanpa rasa segan dan silu dengan penuh emosi bersungguh sungguh cuba mempertahankan kepala penyamun number satu di Malaysia.
BalasPadamBersepah duit yg disonglapkan.... sekejap di Cayman Island, pastu di Spore, pindah pulak ke akaun peribadi di negara...alih2 muncul pulak di Hong Kong...?
PadamBetullah nasib malang kita rakyat Malaysia seperti dalam lagu Mat Sentul. "Oh malang, nasibku malang. Ikan ku panggang dah tinggal tulang. Ayam di reban, disambar dek musang". MUSANG TAK BERJANGGUT, BERPERUT GENDUT.
Marilah kita sama2 berdoa terbuka hati najib utk letak jawatan. Kurang sikit dosa kita mengumpat dia. Ya Allah, mlm jumaat yg sayu ini, Kau bukalah hati najib utk meletak jawatan dan peliharalah negara kami.....amin.
BalasPadamTak ada GUNANYA lagi NAJIB jadi PM..
BalasPadamMaruah beliau sudah TERCEMAR..
Rasuah atau tak.. NAJIB sudah menjadi seorang yang dikeji MANUSIA..
Kalau tak percaya buatlah PAU dgn SEGERA..
Selamatkan UMNO..
yg BODOH & TAK SEDAR diri mcm KONSETAN NAJIS memamg tak nampak ini semua..
HATI HITAM makan benda haram..laknatullah
Dah kes berat.... Najib bakal masuk penjara, dari dulu diberi pilihan untuk letak jawatan tetapi tak mau, sekarang ni satu dunia riuh rendah.
BalasPadamErrr jangan lupa kena seretkan sekali punahsihat2nya!
Jangan lupa seret juga timbalan nya yang dah pandai jadi Chief Timbalan Kaki Bohong yang TELAH berjumpa dengan penderma yang murah hati. Dia fikir kata kata nya sudah bertaraf 'wali' di mana dia juga tidak perlu bagi apa bukti bukti kepada kita ni yang BANGSAT!!!!!
Padamalfie
Rekod Zahid yg celupar cakap tak agak2 masih segar dalam ingatan ketika dia menjilat Anwar Gay dgn menuduh Tun M korup & mengamalkan nepotisme & kronisme. Hanya sehari saja selepas itu, dia macam anak kecil melutut meminta ampun beribu ampun pd Tun M disaksikan seluruh negara kerana Overactingnya. Trait seperti ini layak ke jadi TPM? PM & TPM sama2 baghidol samdol macam Tun Dol.
PadamRakyat hanya mahukan najib letak jawatan je, gantilah sesiapa pun dalam umno tu kan ramai layak ganti....
BalasPadamRakyat berjuang demi alif ba ta hanya mahukan pemimpin yang bersih,cekap dan amanah, bagaimana di akhirat nanti jika pemimpin bernama najib ni menyeleweng dan salah gunakuasa?
Sekurang kurangnya di akhirat nanti kami rakyat marhaen boleh jawab, kami menentang kemungkaran, bagaimana pula dengan kamu wahai chai ternakan najib?