Ahad, 20 September 2015

Ancam Demokrasi Berparlimen?


Atau mengancam Najib?

Jho Low dan sekutunya di dalam 1MDB langsung tak terusik..! kenapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan pada petang Jumaat, telah dikenakan perintah reman selama enam hari.

Salah seorang peguam yang mewakili beliau, Stanley Augustin berkata Khairuddin direman bagi membantu siasatan polis di bawah Akta 124C Kanun Keseksaan atas cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Augustin berkata seramai enam peguam mewakili Khairuddin termasuk dirinya, Matthias Chang, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abd Moin, Ahmad Bazlan Che Kassim dan Ahmad Afiq Akmal.

“Sebab yang diberi untuk mereka melanjutkan tempoh reman ialah mereka berkata dokumen-dokumen yang (Khairuddin) diberikan kepada pihak Switzerland dan Perancis adalah palsu.

“Hujah saya ialah bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa ia adalah palsu jika mereka tidak pernah melihat dokumen tersebut?

“Kami berkata beliau hanya mempuat laporan kepada pihak berkuasa yang relevan. Bukan dia memberikan kenyataan menuduh itu dan ini.

“Majistret berkata ‘ada kaitan dan perlu penyiasatan lanjut,” kata Augustin dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Augustin berkata hujah peguam bersama majistret mengambil masa selama satu setengah jam.

Beliau turut berkata semasa Khairuddin ditahan semalam, pihak polis telah merampas sebuah komputer riba, tiga telefon bimbit serta kad sim.

Turut kelihatan di IPD Dang Wangi adalah isteri Khairuddin, Datin Seri Umie Aida.

22 ulasan:

  1. kalau dokumen palsu..apa yang nak takut sangat..kalau palsu..bawa mahkamah luar negara pun sure reject punya...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.

      Tak ke pelik, minta reman atas alasan Khairuddin bagi dokumen palsu tapi dia ditangkap atas tuduhan nak memudaratkan demokrasi berparlimen.

      Apa kaitan dokumen ttg 1mdb yg kononnya palsu tu dengan demokrasi berparlimen?

      Apa kaitan skandal 1mdb (sebuah entity perniagaan) dengan demokrasi berparlimen?

      Kalau 1mdb tak korup, kenapa berusaha bebenor untuk halang siasatan?


      Padam
  2. So...our police are saying the swiss, the frenchmen & the fbi are idiot for believing this fellow..we are the smartest police in the world...why?? Becoz we havent investigate anything but those who report it against 1mdb. Case solved!
    Tangkap saja siapa yg report bising2.. Dah tangkap nanti senyapla tu.kann dah xde kes lg..kami pon hidup senang...

    BalasPadam
  3. Sudah sampai masanya semua NGO dan orang perseorangan yang menentang penyelewengan Najib mengenai isu 1MDB serta isu USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion di dalam akaun persendirian Najib membuat laporan polis di seluruh negara.

    Para NGO, para blogger, para orang perseorangan terutama kategori pemimpin yang sayangkan negara perlu bekerjasama untuk membuat laporan polis di seluruh balai polis, di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah, di seluruh Ibu Pejabat Polis Kontinjen, serta laporan polis di Bukit Aman mendesak supaya Najib dan kuncu-kuncunya di dalam jemaah kabinet, di dalam SRC, di dalam Ihsan Perdana, di dalam Gandingan Mentari disiasat dengan menyeluruh.

    Selama ini mungkin kurangnya laporan polis dibuat menyebabkan Najib dan para balaci belaan serta kuncu-kuncu mengambil kesempatan untuk menidakkan undang-undang-undang, jika beratus laporan polis dibuat di seluruh negara, sekurang-kurangnya satu laporan polis di setiap balai polis, di setiap IPK, di setiap IPD, di Bukit Aman, maka Najib dan kuncu-kuncu serta balaci belaan dan pecacai bayaran tidak akan dapat elakkan diri lagi.

    Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, laporan kepada Biro Pengaduan Awam, memorandum kepada Peguam Negara, memorandum kepada Ketua Hakim Negara, malahan memorandum kepada Majlis Raja-Raja perlu diusahakan untuk membolehkan kes melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya itu disiasat secara menyeluruh tanpa dolak dalih lagi.

    Sampai bila isu ini nak dibiarkan tergantung tak tentu hala? Dengan pihak berkuasa sendiri tak memainkan peranan, malahan lebih memalukan ada pihak berkuasa seperti Ketua Polis Negara sendiri seperti barua belaan atau balaci bayaran yang menjadi tukang bela Najib dan sentiasa mencari jalan untuk halang Najib dari disiasat, apa semuanya ini?

    Dah macam cerita dalam filem Hindustan dan filem Tamil pula keadaan negara ini sekarang ini, apabila menteri korup membeli para pegawai tinggi kerajaan untuk melindungi segala penyelewengan menteri korup itu.

    Sedarlah semua, kuasa rakyat diperlukan untuk menyelesaikan hal ini disamping doa kepada Allah Taala Tuhan Semesta Alam untuk membongkar hijab mengenai isu yang menjadi fitnah serta perpecahan kepada rakyat negara ini selama ini.

    Salam ikhlas, salam perjuangan A Ba Ta daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu tindakan tiga negara yang sedang meneliti laporan penyelewengan Najib... tentu akan sangkut jugak satu.
      Sekarang pun Najib dah berhenti dari membuat lawatan ke negara Barat... disini boleh lah dia jadi raja.... kat luar, mamposss!!!

      Padam
    2. Dulu selalu jugak najib keluar negara..skang ni mcm da jarang... Awat lagu tu??? Hang kan pahlawan... Tarak gentar punya walau siapa pun mendatang....puiiii

      Padam
    3. Sauh kapalterbang dia (kerajaan punya OK bukan milik Najib) sangkut sebab dah di labuhkan...tuh yang sendat!

      Padam
    4. ahjibgor nak pi luar negara sebab layar dah dikembangkan, tapi sangkut pasal sauh dilabuhkan.

      Padam
  4. Susah nak fahamkan org melayu sekarang yg minda nya dah korup...

    Itulah kalau dah kebencian ditabur hari hari, sekarang ni benda palsu pun org percaya.

    Bila dah benci, kebenaran dah tak penting.

    Inilah psychology cara yahudi yg dibuat oleh DAP yg nak menghancurkan kerajaan Melayu Islam di malaysia....Rasanya dah ramai jugak melayu terikut ikut cara mereka.

    Insaflah....kerajan sekarang ni perlu dipertahankan

    Pembangkang tak boleh diharap sebab DAP parti pembangkang yg dominan sekarang ni..Mereka byk duit....ramai pemimin melayu dibeli dan sibuk menaja parti untuk perpecahan org Islam dan melayu

    Sangat bahaya!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nie bunyi cm nek tempoyak.... anon 920 pg andA dapat duit derma dr najib ngn rosmah ekkk.... mkn smua jd najis kn..x jd otak lgsg... lgsg x blh nk pk...

      Padam
    2. kerajaan memang perlu dipertahankan, yg kena buang adalah yg tidak jujur.
      tidak salah buat siasatan, tapi kenapa pulak semua kerja nak salahkan org yg menuntut kebenaran?
      berlapang dada, kembali ke fitrah manusia yg berakal.
      Amin

      Padam
    3. Apa kaitan DAP dengan duit RM2.6 Bilion yang masuk dalam akaun peribadi Najib?

      Najib kata duit tu derma untuk UMNO tapi tak tercatat dalam penyata kewangan UMNO tahun 2013.

      Salah DAP ke tu?
      (saya bukan sokong DAP, jauh sekali. Cuma nak tahu kenapa parti pro komunis tu pulak yg dikaitkan dgn perbincangan pasal skandal 1mdb ni)

      Zahid, Ahmad Maslan dan Kaprawi kata derma tu untuk kerajaan Malaysia tapi tak diberi kepada perbendaharaan Negara, siap masuk dalam akaun peribadi lagi.

      Adakah ini juga salah DAP?


      Dalam Islam, kalau seseorang tu bersalah dia mesti dihukum. Jangan nak tutup kesalahan dia dengan mengaitkan orang kafir pulak.

      Saya teringat kes khalwat Mat Sabu dengan Normah tahun 90'an dulu.

      Menurut fakta mahkamah, semasa ditangkap, Mat Sabu yg buka pintu bilik hotel dalam keadaan memakai singlet dan sarong pelikat. Bersamanya dalam bilik hanyalah Normah.

      Makna kata, sebelum pintu bilik hotel dibuka, mereka hanya berdua dalam bilik tu.
      Makna kata, khalwat telah berlaku.

      Tapi reaksi pemimpin PAS ialah, Mat Sabu diperangkap. Ia satu sabotaj.

      Fakta diketepikan, semata-mata nak bela pemimpinnya (yang sekarang dah tikam PAS terang-terangan).

      Ikutlah ajaran Rasulullah!

      Nabi pernah cakap, kalau Fatimah (puteri baginda) yg mencuri, dia sendiri yg akan potong tangan Fatimah.

      Kalau Najib atau 1mdb tak buat salah, buktikan dengan dokumen, dengan bukti sahih. Bukan dengan air liur.

      Padam
    4. Bila dah kenyang, terus kluakan hujah salah org lain pulak...duit tu masuk akaun peribadi najib ..bkn DAP... Kau baca ke tidak kronologi ni?? Mmg jenis telan bulat2 je kan apa yg najib dan konco2 bagitau

      Padam
    5. Wei Anon 9:20 PG

      Bukan susah nak fahamkan melayu sekarang! Yang susah nya Najib dan hulubelalang nya perit dan susah nak kelentong, kencing melayu lagi, itu hakikat nya!

      Apasal tidak tunggu audit lagi, tidak tunggu siasatan lagi, tidak SAMAN 'fitnah' WSJ, The Edge, SR etc etc???

      Ramai melayu-muslim bijak dan tidak rela di kencingkan dan sakit hati orang-orang kampung sedara-mara semua terpalit hendak di kelentongkan!

      Kalau kamu rela dikencingkan waimah menelan terus kencing si penyangak, jangan libatkan orang orang yang mencari kebenaran!

      Padam
  5. 920pg... mmg susah orang Melayu sekarang... lurus bendul... Allah bg otak tak nk guna.. ikut jer apa pemimpin2 korup cakap... mcm lembu dicucuk idung... dan sdra sendiri pun mcm tk guna otak jg...tk nk pikir langsung... rakyat bkn nk tumbangkan kerajaan... rakyat cuma pemimpin no. 1 dan bbrp menteri kayu nya melepas jawatan... byk sgt dah skandal membabit namanya... dari mula pegang jwtn no. 1 smp sekarang tak habis2 dgn skandal... dah mcm takada rasa malu langsung...tidak ada maruah... klu di negara luar sikit terpalit nama dgn ape sj skandal terus letak jwtn... rase mcm celaka la plk mndapat seorang pemimpin no.1 yang tidak ada rase malu.... bahkan mengheret parti dan kerajaan yg dipimpinnya untuk membela nya... apa lah malang Melayu mendapat pemimpin yang dipalitkan dgn pelbagai skandal...

    BalasPadam
  6. Rakyat hanya monta najib letak jawatan sahaja, apa hebatnya najib ini? Umno trrus kekal berkuasa dan ahenda setrusnya adalah melayu dan bumiputra bersatu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib org baik. Amanah dan berbudi bahasa. Menteri beliau semua bijak2. Isu skrg cuma putar belit anti najib je.....KENYATAAN SIAL TTG NAJIB.
      Nak tahu kes dgn zz tanya isa samad kat pd.....nak tahu kes rasuah 5juta jadi 15juta tanya TI.. nak tahu lagi pasal felda cari team yg terlibat...saya boleh kenalkan mereka.....yg lain2 cari sendiri.
      Yg penting najib bapak segala PENIPU demi utk berkuasa dan duit utk kekal berpolitik. FAKTA.

      Padam
  7. Salam semua kepada yang inginkan kebenaran,

    Ada perasan tak bila demo untuk melayu kemarin mereka (balaci lanun)bukan main lagi menghentam dan menyalahkan cina dap.Kenapa tak hentam Jho low sekali, kalau tak silap saya jho low pernah mengeluarkan kenyataan bahwa ahli-ahli UMNO adalah master dalam putar belit(spin).Soalan saya kepada mereka adakah kenyataan jho low itu sebagai memuji bangsa melayu yang menjadi ahli umno?Dengan penahanan Datuk Khairudin menunjukkan yang maruah melayu yang ingin mencari kebenaran telah dibangsatkan oleh pemimpin melayu yang tidak bermaruah.

    BalasPadam
  8. Adib hakeemi. Himpunan merah tu utk bg amaran pd kaum lain umumnya dan dap khasnya agar jgn nk pijak kepala dan memperlekehkan melayu. Bukan psl politik atau sokong najib. Fahamkan yg tersirat bukan yg tersurat.

    BalasPadam
  9. Anon 20 sep 6.15 ptg,

    Tolong bagi pencerahan siapa yang meruntuhkan benteng terakhir bangsa melayu dari asakkan kaum lain?Pada pendapat aku sekiranya masih ada lagi ISA takde mana-mana kaum pun yang akan berani memperlekehkan maruah bangsa melayu.So demo bukan untuk najib tapi kenapa melayu tak bersuara ketika jho low memperlekeh melayu yang didalam UMNO?Adakah kerana si toyol itu anak emas najib?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adib....himpunan merah tu lah yg membantah. Xkira lah jo low ke, jo high ke, dap ke, gerakan ke, mca ke...semua kena tempias. Jgn nk berpolitik sgt. Ini sistem yahudi, mmg utk menghuru harakan sesama manusia...tu pun kalo awk fhm.

      Padam
  10. Anon 20 sep 6.15 ptg,

    Tolong bagi pencerahan siapa yang meruntuhkan benteng terakhir bangsa melayu dari asakkan kaum lain?Pada pendapat aku sekiranya masih ada lagi ISA takde mana-mana kaum pun yang akan berani memperlekehkan maruah bangsa melayu.So demo bukan untuk najib tapi kenapa melayu tak bersuara ketika jho low memperlekeh melayu yang didalam UMNO?Adakah kerana si toyol itu anak emas najib?

    BalasPadam