Sabtu, 12 September 2015

Senarai Nama Jemaah Yang Terlibat..!


Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat bertenang dan didoakan semoga yang masih hilang dapat dipertemukan seberapa segera..!

Berikut senarai nama 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan enam lagi yang masih belum dapat dikesan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, semalam.

Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.

Jemaah Malaysia yang cedera:

1. Zainul Arifin Zulkifli (36 tahun) - Batu Caves, Selangor

2. Ahmad Muzafar Mamat@ Adam (39) - Bangi, Selangor

3. Mohd Nor Azman Hassan (44) - Cheras, Selangor

4. Noordin Wahab (59) - Kuala Terengganu

5. Abdul Razak Mahmood (61) - Tanah Merah, Kelantan

6. Mat Deris Mohd Noor (62) - Bachok, Kelantan

7. Mohd Sharif Meon (64) - Klang, Selangor

8. Faridah Mat Yacob (46) - Bachok, Kelantan

9. Rusiah Baba (50) - Cheras, Kuala Lumpur

10. Faridah Mansor (63) - Dungun, Terengganu

Jemaah yang masih belum dapat dikesan:

1. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37) - Tanah Merah, Kelantan

2. Shahidan Saad (52) - Kodiang, Kedah

3. Rohana Ismail (54) - Kuala Krai, Kelantan

4. Abdul Habib Lahman (68) - Sik, Kedah

5. Zainun Taha (69) - Ampang, Selangor

6. Munah Jusoh (73) - Cherang Ruku, Kelantan
- Bernama

Seramai 10 jemaah haji dari Malaysia terlibat dalam kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram petang semalam, manakala enam jemaah lagi iaitu dua lelaki dan empat perempuan dilaporkan masih belum dapat dikesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka yang cedera ringan terdiri daripada tujuh jemaah haji lelaki dan tiga perempuan yang kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, tiga jemaah haji yang cedera menerima rawatan di Hospital Arab Saudi, enam orang di Pusat Rawatan Tabung Haji dan seorang lagi telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.




"Mereka yang terlibat mengalami kecederaan antaranya patah tulang kaki, bahu dan pergelangan kaki, lebam serta luka kecil di anggota badan," katanya pada sidang media di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, hari ini.

Jemaah haji Malaysia yang cedera ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor; Ahmad Muzafar Mamat@ Adam, 39, Bangi, Selangor; Mohd Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu; dan Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan.

Yang lain ialah Mat Deris Mohd Noor, 62, dari Bachok, Kelantan; Mohd Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor; Faridah Mat Yacob, 46, dari Bachok, Kelantan; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur; dan Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu.

Jamil Khir berkata, semua waris jemaah haji yang cedera telah dihubung oleh Tabung Haji semalam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, aktiviti Sa'ie kembali seperti biasa selepas pihak Masjidil Haram membersihkan kawasan itu dalam tempoh dua jam.

"Pergerakan Sa'ie tidak tergendala, ini kerana Sa'ie ada empat tingkat dan kejadian itu berlaku di tingkat atas.  Dalam dua jam, tempat itu boleh digunakan seperti biasa," katanya.

Allah jua lah tempat segalanya kembali..! Tiada daya, tiada upaya kecuali kekuasaan dari NYA..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan