Sabtu, 5 September 2015

MT & Menteri Akui Tak Bijak Dan Memalukan Negara..!



Pendekatan Umno untuk memecat beberapa pimpinannya menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu bukan satu tindakan yang bijak pada masa ini.

Ahli MT Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu sudah cukup berdepan dengan pelbagai kesukaran dan beliau sendiri tidak dimaklum tentang perkara tersebut.

"Saya tiada di sini, saya akan pergi ke luar negara, patutkah saya balik? Saya tak tahu. Jauh dalam hati saya, saya tak fikir (berlaku pemecatan), saya tidak dipanggil berunding pun.

"Secara peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk dilakukan, bukan pada masa ini, kita sudah cukup dengan kesukaran sedia ada," katanya pada sidang media selepas lawatan ke PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Awal minggu ini, tersebar khabar di media sosial kononnya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan disingkirkan daripada Umno yang bakal diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Rabu depan.

Turut tersenarai dalam pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.



Lagi...

Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui reputasi Putrajaya tercemar berikutan kritikan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma AS$700 juta, pada persidangan anti rasuah antarabangsa yang baru berlalu.
Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu tidak mengendahkannya dan berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan membenarkan siasatan ke atas derma itu selesai.
"Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.
Kalau dah tahu, dah faham bagus ler..! baru nampak ada perbezaan dengan gambar kat atas tu..!

Kalau tidak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Bosan aku tgk mamat niii...mana pegi ahmad maslan..hasan malik..? Tiada lawak lagiii..prOotT arghh leganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. creeeeeetttt....ko nak ?

      Padam
    2. Nek Tempoyak KEPARAT nakkk..boleyyy?

      Padam
  2. Walau kita nak menafikan sekuat mana sekalipun, rasuah tetap sudah berlaku. Bukan sedikit, RM2.6B sememangnya adalah rasuah yang diambil oleh Najib. Duit tersebut bukan untuk parti atau negara, tapi atas kapasiti peribadi. Diburukkan lagi, apabila wang tersebut telah mengalir keluar pula ke akaun peribadinya di Singapura, Kalau masih ada yang secara jujurnya mengakui bahawa ianya bukan rasuah, terpulanglah kepada penilaian sendiri. Rasanya kita mempunyai IQ untuk menilai sendiri. Semua itu tidak penting. Apa yang lebih penting, kita mesti lebih bertanggungjawab kepada parti, tidak sepatutnya UMNO terpalit dengan rasuah yang mengakibatkan imej parti terjejas teruk. Kalau kita masih lagi di tahap penafian sedangkan satu dunia sudah membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti sahih. Apakah kita rasa UMNO masih dapat bertahan dalam PRU akan datang. Kenapa UMNO perlu dikorbankan hanya kerana kepentingan seorang individu yang sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang sudah dilakukan. Individu yang sanggup memecat sesiapa saja walaupun tidak bersalah hanya untuk mempertahankan kelangsungan politiknya sendiri. Apakah sebegini rendah tahap perjuangan UMNO yang kita laung-laungkan selama ni. Kalau kita juga berjuang untuk individu tertentu, apa bezanya UMNO dgn PKR dgn Anwarnya, DAP dgn Kit Siangnya dan PAS dgn Nik Aziznya. Bila Anwar masuk penjara, PKR sudah lemah. Bila Nik Aziz meninggal, PAS juga sudah lemah. Fikir-fikirkanlah wahai ahli UMNO, siapa sebenarnya pengkhianat UMNO. Yang mempertahankan perasuah atau yang mempertahankan prinsip-prinsip UMNO yang tidak bersekongkol dengan pemimpin yang mengamalkan Rasuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la tuan, aku tak tahu nk tuduh 2.6 bilion tu rasuah ke tidak. Aku tak nampak bukti sahih. Tak tahulah kalau org lain ada bukti kukuh. Cuma aku rasa elok dan sudah sampai masanya ds najib berfikir apa caranya untuk beliau turun dari takhta pm. Sebabnya reputasi beliau amat jatuh teruk sebagai ketua pimpinan pentadbir negara. Jgn ambil ringan berkaitan persepsi rakyat dan org luar. Persepsi akan menentukan sokongan kpd kerajaan. Jika kerajaan dipandang serong oleh rakyat, iru tandanya pimpinan tidak dihormati rakyat. Salahnya ds najib ialah lemah bertindak membetulkan dan membaiki persepsi rakyat. Virus sudah lama terapung, tetapi pmo semacam tak reri buat kerja @ makan gaji buta. Bahananya nama baik bos dah jadi buruk seumpama tiang jamban.

      Padam
  3. Saya setuju mereka-mereka tu dipecat dari UMNO. Datang PRU14, yang telah dipecat tu tidaklah akan dipersalahkan dengan ketewasan UMNO dan BN.

    Ramai penyokong UMNO dah semakin meluat dengan tindakan-tindakan Najib kebelakangan ini!

    BalasPadam
  4. macam mana nak cari bukti, siasatan entah kemana..yang empunya badan,sudah ke disiasat.Betul tu buka najib punya Fb, ramai minta dia letak jawatan..damaged has done, populariti najib parah giler. Kalau najib ikhlas nak selamatkan umno, undur lah macam pak lah, orang tak akan hina & kutuk lagi. Tak malu ke satu dunia tahu kes ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mustahil Najib akan turun dan takun akan dikenakan tindakan, Sebenarnya Najib yang bawa bala kepada UMNO, Kalau tidak percaya, tengok lah PRU akan dating. Buat masa ini, Najib amat berharap dengan Sokongan Sabah dan Sarawak, Tetapi Najib sudah lupa bagaimana sejarah politik di Sabah. Daripada USNO, BERJAYA dan PBS. Pemerintahan di Sabah kerap berubah disebabkan kesilapan pemimpin terdahulu. Mungkin sudah sampai masa nya UMNO dan BN akan tumbang di Sabah.

      Padam
  5. Go Go Najib Go...








    GO TO H3LL U DAMNED BAPOK BOOGEESE BANGSAT...

    BalasPadam
  6. Seandainya umno lingkup dlm pru nnt...tk pyh nk cari puncanya..tk payah buat postmortem..sb puncanya hanya seorang sahaja..

    BalasPadam
  7. kita menuduh seorang yang beriman dan berugama islam dengan bermacam macam hina, rasuah adelah antara dosa dosa besar dalam islam, sekiranya najib melakukan nya dia akan dilakhnat allah, sekiranya tidak allah akan selamatkan dia dan keluarga nya, dan sekiranya benar tidak bagaimana pula dengan nasib kita yang berulang kali memfitnah dia, keluarga dia dan sahabat2 dia. aku amat takut memikirkan nya.

    BalasPadam