Jumaat, 11 September 2015

Adik Tak Iktiraf Abang..!


Dah la tak letak gambar abang...letak dan iktiraf pulak 'musuh' politik si abang..!

Apa maknanya???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Baca dan fahamkan...


MENGAPA NAJIB TAKUT
SINGKIR MUHYIDDIN?

Memang ada rancangan Najib hendak kuasai UMNO secara tidak demokratis iaitu menyingkirkan mereka yang menjadi musuhnya, dan melantik kayu-kayu reput, kaldai-kaldai sebagai tukang kipasnya. Najib menganggap "duit itu raja", dan dia boleh tumbuk rusuk para pemimpin UMNO untuk cium tangannya. 

Bila dia sintuklimau Zahid menggantikan Muhyiddin dia menganggap kedua mereka boleh menguasai UMNO. Zahid, pahlawan Ponorogo pernah menjadi balaci Anwar dan juga bekas setiausaha politik Najib. Oleh kerana Zahid kontrol PDRM tentulah "keselamatan" Najib terbela, dan Zahid akan pastikan pahlawan Bugis yang patah sayap ini akan kekal sebagai PM.

Rupa-rupanya bala RM2.6 bilion dan skandal 1MDB yang melibatkan Najib itu tidak dapat diputarbelit Najib untuk meyakinkan rakyat, juga ahli-ahli UMNO. Penyingkiran Muhyiddin dan Shafie dari kabinet menmbulkan reaksi kurang senang di kalangan ahli-ahli UMNO. 

Ombak kebencian terhadap Najib semakin membesar. Zahid juga panik melihat rakyat tidak menyoko ng Najib. Bekas timbalan pengarah SB, Dato Hamid Bador, dengan berani mendedahkan Gani Patail, mantan Peguam Negara, pernah berbincang dengan beliau mengenai skandal 1MDB yang melibatkan Najib beberapa hari sebelum Peguam Negara itu dipecat. 

Secara tidak langsung pegawai SB itu berkata ada usaha-usaha tertentu dipihak atasan meminta dia mengkhianati Tun Mahath ir. Ini dia tentang dan sanggup menerima apa saja tindakan terhadapnya.

Nampaknya Najib dan Zahid gagal hendak meyakinkan rakyat khasnya ahli-ahli UMNO, untuk menyokong Najib. Sekiranya Muhyiiddin dan Shafie dipecat atau digantung keahlian dalam UMNO maka besar kemungkinan Najib dan Zahid pula akan dihumban keluar UMNO! Mahu tak mahu Najib terpaksa mendendam rasa kerana niat meyingkirkan musuh-musuhnya akan membawa mudharat yang lebih hebat terhadapnya.

Bala yang menimpa Najib adalah perbuatannya sendiri. Dia korup. Dia menyalahgunakan kuasa sebagai PM merangkap menteri kewangan dalam skandal 1MDB. Mengapa UMNO mesti dibebani bala bikinannya? Mengapa UMNO mesti menerima nasib malang bersama Najib menghadapi PRU 14? Mengapa UMNO menerima sial akibat korupsi Najib? Inilah fikiran yang bermain dalam otak tiga juta ahli UMNO. UMNO tidak boleh mewarisi bala Najib dan mama montel. 

UMNO hak semua ahlinya, bukan hak sendirian berhad Najib, mama montel dan kabinet kayu reput 1MDB. Keputusannya Najib mesti meletak jawatan segera dan Muhyiddin mesti mengambilalih kepimpinan UMNO dan kerajaan untuk memulihkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN.

8 ulasan:

  1. Cakap apa pun tak guna, kulit tebal, tak rasa punya. Money is king.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang macam najib ni, kalau seorang dua saja yang menyokong dia nanti dia kata 3 juta ahli UMNO berada bersama2nya. memang muka tak tahu malu, bukan dia tidak tahu yang majoriti ahli UMNO juga dah meluat tengok perangai dia, disebabkan kuasa muka ditampal kulit babi pun tak apa

      Padam
  2. Macam maner nak iktiraf..' layar di kembang sauh di labuh..'..

    BalasPadam
  3. nazir pun berangan nak jadi pm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nazir xde darah politik, die dlm bidang bisnes. x sesuai jdi politician.

      Padam
  4. Lagakan dgn Nazir pulak.. kering modal sgt dh ank2 anjing rejim madey ni..
    Jht sgguh rupanya dendam pencacai madey. Lihat dap lbh mesra dr najib.. wajib dh perangi golgn penjilat mahadey. Mereka bkn saudara lg tp munafik besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cam biase ..macai PENYAPU pesakit skizorfernia... meroyan dan meracau racau

      Padam