Sabtu, 5 September 2015

Najib Mencabar Kuasa Rakyat..!


Jangan dicabar kuasa rakyat kerana selama ini rakyat la yang telah memberikan kamu kuasa untuk membentuk kerajaan..! 

Bukan main lagi menyanyi di Pasir Salak semalam...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 'people's power' atau kuasa rakyat untuk memilih kerajaan hanya boleh digunakan sewaktu pilihan raya.

Beliau berkata ketika itu rakyat berhak menghukum dan mengadili pemimpin yang mereka sukai atau benci.

"Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumilah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.

"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Rakyat@Pasir Salak di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, di sini pada Jumaat malam.

Najib berkata kerajaan pada hari ini bukanlah tidak mahu diadili rakyat kerana kerajaan menyedari rakyat yang menentukan segala-galanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perlembagaan menyatakan bahawa kuasa rakyat untuk berbuat demikian hanya sekali dalam lima tahun.

"Rakyat dapat kuasa bukan disebabkan memakai baju yang satu warna, apatah lagi dengan sikap angkuh, biadap dan keterlaluan menghina pemimpin-pemimpin parti politik dan kerajaan itu dianggap sebagai cerminan isi hati rakyat.

"Kita bukan jenis manusia seperti itu, kita membangunkan negara dengan kesantunan akhlak dan nilai walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tidak mengaibkan mana-mana orang.

"Saya dan rakan-rakan sanggup diadili, waktu pilihan raya, sekiranya tidak suka saya boleh bertanding di Pekan (Pahang) umpamanya, saya terima siapa nak bertanding di Pekan," katanya.

Perdana menteri berkata pada ketika pilihan raya barulah diketahui sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak.


Betul lah rakyat mempunyai hak untuk mengadili dan memilih kerajaan dalam setiap pilihanraya. Malah rakyat negara ini sejak dari sebelum Merdeka sehingga kini telah pun memilih dengan bijaksana kerajaan Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan negara ini..!

Tapi tidak la pulak bermakna amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk mentadbir langsung menafikan hak rakyat untuk menegur sebarang salah laku dan penyelewengan yang berlaku.

Perhimpunan aman hanya satu dari banyak teguran demi teguran yang telah pun rakyat lakukan sejak tercetusnya pelbagai isu yang menyesak dan meresahkan rakyat..! 

Rakyat selama ini mampu menerima sebarang penjelasan dan jawapan dari pihak kerajaan kerana setiap jawapan yang diberikan munasabah, telus dan meyakinkan..! Takde masaalah..!

Tapi kenapa dalam isu yang membelit akhir akhir ini rakyat dipersalahkan? Bukan rakyat yang mencipta dan menubuhkan 1MDB..! bukan rakyat yang menerima derma..! bukan akaun peribadi rakyat yang menerima bilion ringgit..! bukan rakyat yang merombak kabinet..! bukan rakyat yang membuang AG..! bukan rakyat yang melumpuhkan siasatan PAC..! bukan rakyat yang menyerbu Bank Negara, SPRM dan membuang orang besar dalam SB..!

Itu semua bukan kerja dan tindakan rakyat..! Itu perbuatan kerajaan..! kerajaan dimana Najib sebagai Perdana Menteri..! Jadi bila rakyat tidak diberikan jawapan..! bila rakyat gagal diberikan keyakinan, tentu ada reaksi dari rakyat..! 

Reaksi yang terbesar ialah perhimpunan bersih..! Perhimpunan bersih adalah satu dari banyak reaksi yang sudah pun rakyat berikan selama ini..! 

Satu perkara lagi ialah apa jua perhimpunan yang seumpamanya tidak akan mampu menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri jauh sekali mahu menggulingkan kerajaan..! 

Jadi apa yang Najib kalut??? Ianya hanya manifestasi dari rasa tidak puas hati rakyat akan tindak tanduk dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Najib..! Itu jer..!

Najib tak perlu tunggu rakyat menghukum kerajaan dalam PRU yang akan datang..! Kenyataan sebegini hanya akan menyebabkan Kerajaan BN yang selama ini diyakini dan berjasa terdedah kepada penolakan rakyat..! Ketika itu tiada maknanya perjuangan parti yang berjasa selama ini..!

Apakah Najib mahu sehingga detik itu berlaku? Jika itu berlaku bermakna Najib la satu satunya Perdana Menteri yang akan mencipta sejarah sebagai penyebab kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional..! 

Jika itu berlaku maka Najib la punca kepada krisis penolakan dan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional..! 

Ketika itu ada nilai ke jawatan Presiden parti? Kalau sekadar berjaya mempertahankan Pekan tapi gagal membentuk kerajaan ada harga lagi ke Najib kepada perjuangan suci bangsa? 

Kebangkitan rakyat terutama ahli UMNO hari ini adalah kerana mereka melihat, merasa dan memahami denyut nadi rakyat dibawah..! Mereka juga sayang kan negara..! sayang parti..! sayangkan perjuangan suci ini..! 

Takkan tiba tiba ahli UMNO yang taat dan setia berjuang membela nasib agama, bangsa dan negara selama ini boleh dilabel sebagai  pengkhianat hanya kerana tidak berupaya menyayangi Najib lebih dari mereka sayangkan perjuangan suci parti..!

Soalnya apakah benar najib sayang parti dan sayang perjuangan suci bangsa? Atau Najib mengambil kesempatan dengan menyorok dibelakang kuasa dan perjuangan parti demi kelangsungan politik peribadi..!

Kalau begitu jelas lah siapa sebenarnya yang sayangkan parti dan siapa pula yang hanya tahu menjaga kepentingan diri..!

Ahli UMNO terbanyak bersuara kerana mereka tahu mereka tak penting dan tidak akan mampu menongkat langit..! Nilai perjuangan mereka kepada parti ialah dengan mempastikan UMNO dan BN akan terus kekal berkuasa untuk generasi pewaris yang bakal mengemudi negara..!

Maknanya orang tidak penting...yang penting parti yang mampu memegang tampuk kuasa..!

Bukannya mabuk kuasa hingga sanggup menjejaskan perjuangan suci parti untuk kekal berkuasa..!

Sesungguhnya parti kekal berkuasa adalah perjuangan setiap dari kita, Sebagai pejuang pasti menyedari bahawa setiap perjuangan tentu memerlukan pengorbanan,  Barangsiapa tak berani berkorban dalam berjuang...lebih baik jangan hidup..!

Lu FIkir La Sendiri!!

25 ulasan:

  1. Maksud tersirat Najib adalah lantaklah parti lingkup dalam PRU 14, asalkan Najib dapat gunakan masa yang ada untuk songlap lebih banyak dan bergembira dengan jawatan dan pangkat yang ada.

    Ahli UMNO yang masih tidur tu, kalau nak parti lingkup, teruskan tidur teruskan diulit mimpi-mimpi 'indah' mainan Najib iaitu Transfomasi dan Keterangkuman yang merupakan haram jadah sahajalah.

    Sedarlah jika masih mahu sedar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Its not about him taking in more, its more about buying time and plan for an eventual exit to MARS perhaps? You know, 2.6 Billion RM is enough to fund the guy and his broods (family whatever) 100 times over even if they die and and come back alive!

      So, it has to be a mission by the rakyat to not only get him to answer for his shitty deal but, to also recover the monies or what is left of it!

      However it seems UMNO members does not have the guts after all and would rather sink with the bugis, by the way things are going that is.

      Padam
    2. Lebih tepat
      "ADA KU KESAH"

      Padam
  2. Sekarang ni isu biliion2. dia ni paham ke x paham. Tau nk menang jer. Sakit jiwa je tengok...

    BalasPadam
  3. Juak-juak Najib dengan penuh riang menghentam para perwakilan di Persidangan Pencecahan Anti Rasuah Antarabangsa di Putrajaya baru-baru ini, tetapi mereka sendiri tak memberikan jawapan kepada apa yang dipersoalkan oleh para perwakilan tersebut.

    Lihat ini:

    http://www.sinarharian.com.my/nasional/kritik-pm-mereka-pakar-bukan-orang-sembarangan-1.427509

    Bayangkan apalah yang akan diceritakan oleh para perwakilan tersebut kepada rakyat di negara mereka mengenai tindakan balas oleh juak-juak Najib yang bukannya tahu nak membalas hujah, tapi hanya memberikan penghinaan kepada para perwakilan di persidangan berkenaan.

    Walau apa pun Malaysia terus dimalukan di peringkat antarabangsa kerana isu skandal jenayah Najib yang kini dijadikan beban bukan setakat kepada UMNO dan Barisan Nasional, tetapi dah melarat dibebankan kepada negara pula.

    Kepada ahli-ahli UMNO teruskan tidur, teruskan lena diulit mimpi dengan segala penipuan penipuan Najib itu.

    Kepada pimpinan Bahagian UMNO, pimpinan UMNO pusat, teruskan jadi barua belaan dengan CASH yang ditabur, jawatan yang ditabur oleh Najib, teruskan menyokong segala kelakuan jenayah Najib dan semoga korang puas hati menjadi pengkhianat parti dan pengkhianat negara.

    Sedarlah jika masih mahu sedar.

    BalasPadam
  4. Saya tak salahkan najib dalam hal ini...yang saya salahkan adalah cina dap,is Dan yahudi-ketua bahagian umno planet nameck

    BalasPadam
  5. Pengertian kata kata Najib, ;" orang melayu hanya diperlukan hanya semasa pilihanraya, lepad pilihanraya orang melayu hanya sepsis bangsat" disisi Najib dan Umno. Itulah pendirian mereka kini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro...aku yakin dn pasti..najib akn lari luar negara klo bn tumbang..prooOtT kt muka nek tempoyak

      Padam
  6. Najib ni cakap merepek. Masa PRU13 aku pun undi BN. Masa tu tak tahu pun yang RM2,6B sedekah masuk akaun peribadi atau lebih mudah, rasuah. Dia ingat kalau aku tahu, aku akan undi BN? Dia ni bodoh sombong ke atau bangsat ni?
    Kalau betul2 rasa rakyat percaya dan "I Love PM" tak payah cakap banyak, cabar2. Bubarkan parlimen dan adakan pilihanraya. Minta mandat baru daripada majoriti rakyat yang sudah tahu yang PM ialah perasuah. Aku tak pedulu sedekah ke apa, ikut akta SPRM, itu tetap definasi rasuah. Bubar parlimen lah dari dok cakap banyak dan menterBANGSATkan (ada ke perkataan macam ni?) diri sendiri!

    BalasPadam
  7. Betul lerr.gua caya luu.
    jatuhvkn najib.
    kitanaik kn saperr.
    ya pandai.kita naik kan zahid hamidi.
    muhyidin tj boleh
    sebab.tk layak juga.jadi cekgu boleh lerr.
    apa.zahid tk boleh.jadi sape.ooo sihishamuddin.
    apa.hishammuddin tk boleh,kenapa..lembik.
    abis sape.khairiii.
    boleh kerr.bola pun tk terjaga.kena 10-0.abis sape.
    lantik tun lerr.dulu aku minat kt tun ni.apa tk boleh...kenapa..da tua,mahafiraun.
    abissd sape sebeno nyer nk lantik ni...
    oooop betul ...
    dia ni tk lembik.. sentiasa kerasss.
    lubang taik pun dia boleh sontot.klu lembik tk jalan beb.sokong 100%.
    yeay2 m'sia dpt kaki sontot jadi PM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. adik apa kau tulis ni?
      ikut peraturan la sapa pengganti najib
      timbalan presiden lah
      atau salah sorang naib presiden yg dipilih majlis tertinggi
      ini kau melalut smpai tun M kenapa
      dia ahli biasa saja

      Padam
  8. Kena ingat dulu pengundi x tau... sekarang dah tau. bayangkan bahana yg akan muncul kpd umno.

    BalasPadam
  9. Kuasa rakyat hanya pada kertas undi, itu bila petdana menteri mrmbubarkan parlimen atau rampasan kuasa olih ATM..

    BalasPadam
  10. Saya amat kesal bahawa saya dibangsatkan setelah mengundi BN.

    BalasPadam
  11. HIDUP TUN,,,,HIDUP TUN........HIDUP TUN.........SEMOGA TUN DICUCURI RAHMAT....SIHAT SENTIASA.........JASA MU KUKENANG HINGGA KE ANAK CUCU......MAKNUSIA MULIA YANG SERING LANTANG MEMPERTAHANKAN APA YANG HAK.....SEORANG YANG DIGERUNI MUSUH.....HIDUP TUN MAHATHIR

    BalasPadam
    Balasan
    1. innalillah.....

      Padam
    2. Anon 8:19.. sape yg mati?..jiran sebelah umah ko ker?!..

      Padam
  12. Bodoh punya Najib masa pak lah dulu x ckp mcm ni pulak kepala hotak....

    BalasPadam
  13. tengok dia,bini dia,zahid,ku nan,mad maslan,ijjat,nudin kerismsalleh krook boleh terkeluar apa yg aku makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. macamana pulak bila nampak tua kutuk tu.....terasa nak keluar isi perut. jangan marah......

      Padam
    2. Anon 8:23..da kronik sakit ko ni..itu tanda da nak mampos.. jangan marah..

      Padam
  14. The n of the N.....najib....think wisely...the more u talk..the more enemy u create...could ur 3mil members of ur party secured ur victory in the next election..rember..if 1 diehard member of ur party hates u..its not 1...TDM once qouted 1 + 1 sometimes wont give the answer 2...maybe it wl b less than 2 or maybe more than 2..in msian politic it make sense..1 withdrawal will end up with more than 2 votes missing..spouse/spouses/siblings/siblings n spouse....etc...see..mayb the whole family votes missing....so nsjib n xahid too..plz b humble to the voters....it seems u guys r talking about powers that u have...remember..the power belongs to us..we elect u guys to manage the nation on our behalf...its not permenant..just a TOL basis...temporary occupying lisence...it could taken back n given to another party...if we demand an answer.frm u najib...just answer it..u r there simply bcos we r here..so dont be arrogant...tell us..wat u did in pwrak..do u wait till election...u guys somebody in sg buloh like entering back door..but u gys r worst than that guy..is it the beginning of the n of the N ...u never walk ur talk..well u challenged us to do it...lets see..if u ve the guts dont wait till then..do it now..I was once ur party divisional secretary..with me..around me..1+1=6...+ + + +...so plz..dont be arrogant..its my piwer..the peoples piwer to make u there...dnt cgakkwbge us the people..bcos..nowadays ......if u dont walk ur talk..we do...dont go around the nation urinating n bullshitting us..your party members but u dont even have the guts to go the nearest place near u..the TI conference...we malaysian needs answers....to all the issues right frm u declared the transaction.... the removal of senior public personnel involving the investigation....' ur deputy n ministers..n wat not..so do the world..they r waiting for ur answers....plz..do not gamble our nxt generation future...if u hve to go..do it...do not hesitate n dare to face the outcome..its u urself who started everything...we r watching ......the world is watching....n act wisely in the coming mkt meeting...yes u ve the power to remove anybody.in the party..but we hv the power to remove the whole bundle of u guys...kpd Allah saya berserah...saya sayang umno

    BalasPadam
  15. The n of the N.....najib....think wisely...the more u talk..the more enemy u create...could ur 3mil members of ur party secured ur victory in the next election..rember..if 1 diehard member of ur party hates u..its not 1...TDM once qouted 1 + 1 sometimes wont give the answer 2...maybe it wl b less than 2 or maybe more than 2..in msian politic it make sense..1 withdrawal will end up with more than 2 votes missing..spouse/spouses/siblings/siblings n spouse....etc...see..mayb the whole family votes missing....so nsjib n xahid too..plz b humble to the voters....it seems u guys r talking about powers that u have...remember..the power belongs to us..we elect u guys to manage the nation on our behalf...its not permenant..just a TOL basis...temporary occupying lisence...it could taken back n given to another party...if we demand an answer.frm u najib...just answer it..u r there simply bcos we r here..so dont be arrogant...tell us..wat u did in pwrak..do u wait till election...u guys somebody in sg buloh like entering back door..but u gys r worst than that guy..is it the beginning of the n of the N ...u never walk ur talk..well u challenged us to do it...lets see..if u ve the guts dont wait till then..do it now..I was once ur party divisional secretary..with me..around me..1+1=6...+ + + +...so plz..dont be arrogant..its my piwer..the peoples piwer to make u there...dnt cgakkwbge us the people..bcos..nowadays ......if u dont walk ur talk..we do...dont go around the nation urinating n bullshitting us..your party members but u dont even have the guts to go the nearest place near u..the TI conference...we malaysian needs answers....to all the issues right frm u declared the transaction.... the removal of senior public personnel involving the investigation....' ur deputy n ministers..n wat not..so do the world..they r waiting for ur answers....plz..do not gamble our nxt generation future...if u hve to go..do it...do not hesitate n dare to face the outcome..its u urself who started everything...we r watching ......the world is watching....n act wisely in the coming mkt meeting...yes u ve the power to remove anybody.in the party..but we hv the power to remove the whole bundle of u guys...kpd Allah saya berserah...saya sayang umno

    BalasPadam