Isnin, 14 September 2015

Terkini ~ 3 Lagi Jemaah Di Sahkan Terkorban, Seorang Dijumpai Selamat..!


Al Fatihah..

Setakat ini, seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 
"Pada jam 6 petang (Ahad) waktu (Arab) Saudi, Tabung Haji mengenal pasti tiga lagi jenazah. Mereka ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
"Ketiga-tiga mereka disahkan oleh waris dan keluarga yang bersama-sama di Tanah Sudi di rumah mayat" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada lewat malam Ahad.
Terdahulu, Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak dikenal pasti sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden itu.
Sementara itu dilaporkan..
Seorang jemaah lelaki bernama Abdul Muluk Ishak, 71, jemaah haji Malaysia yang hilang telah dijumpai selamat. Berasal dari Pantai Remis, Perak.
Dilaporkan, bekiau seorang yang mudah lupa. Beliau dilaporkan pada Jumaat tersesat ke muasasah Thailand dan telah dihantar semula ke pihak Tabung Haji.
Maknanya ada baki 3 lagi jemaah setakat ini yang masih belum dapat dijumpai..!
Semoga mereka didalam keadaan selamat..InsyaAllah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan