Kalau ada akal dan budi, serta ada ihsan dan maruah diri tentu akan terasa dengan kata kata sinis ni...
Layan...
Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...
MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
Saya kurang bersetuju apabila kumpulan merah mahu berhimpun pada 16 September 2015, sebagai respon kepada kumpulan kuning, Bersih 4.0. Jika kita tidak mahu dilihat seperti mereka, kenapa mesti kita mengikut atau respon kepada mereka. Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak?
Menang sorak sahaja tidak cukup jika kampung tergadai. Inilah pepatah warisan nenek moyang sekian lama. Lebih baik tumpukan perkara yang lebih berfaedah.
Ultra kiasu berani kerana mereka sudah berada di tempat yang kukuh. Kewangan mereka mantap, perpaduan mereka kukuh. Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh kumpulan. Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya.
Kenapa kita tidak pernah belajar daripada ultra kiasu? Sekurang-kurangnya ambillah pengajaran. Misalnya, kenyataan seorang menteri di Singapura ketika berkempen menjelang hari pengundian pilihan raya mereka 11 September 2015.
Dengan jelas beliau berkata dan menyindirkan kita. Katanya, nasib baik bapanya mendarat di Singapura dari negara China, dan kini dia menjadi warga Singapura. Jika dia mendarat di Tanah Melayu, sudah tentu dia menjadi warga Malaysia selepas berpisah pada tahun 1965. Malaysia dituduh sebagai negara rasuah, rasis dan berbagai lagi yang negatif.
Hebat sangatkah Singapura hari ini? Tidak hairan Singapura maju kerana saiznya sekangkang kera. Bolehkah Singapura maju tanpa kita? Apakah orang Melayu selaku penduduk asal tidak dipinggirkan? Kenapa Dr. Lily Zubaidah tidak dibenarkan pulang ke Singapura? Saya diberitahu, ketika sambutan kemerdekaan negara mereka baru-baru ini, video pendek yang ditayangkan langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar bahawa Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kenapa sejarah ini perlu dipadamkan? Inilah ultra kiasu yang perlu kita belajar, bukan bertindak sama seperti mereka.
Saya harap orang Melayu membuka mata supaya jangan terlalu beremosi.
Berhentilah melakukan kerja-kerja kurang bermanfaat ini. Ia bukan medan untuk menunjuk siapa lebih buat? Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak bangsa agar menjadi manusia berguna.
Fikirkan bagaimana hendak melahirkan lebih ramai orang Islam menjadi pengeluar, bukan pengguna semata-mata. Hari ini, boleh dikatakan kita rata-rata menjadi pengguna.
Tidak mustahil terambil, terbeli, atau termakan benda-benda yang haram, mengandungi babi. Kadangkala saya merasa pelik, kita begitu sensitif dalam soal menyamak bekas atau troli terkena anjing. Tidakkah kita sedar kadangkala kita termakan benda haram secara sedar, apabila kita bukan pengeluar. Seringkali kita dengar makanan yang sengaja dicampur babi dan benda haram yang lain.
Misalnya, tindakan ahli Jawatankuasa Masjid Plentong, Johor Bahru menyamak dengan air tanah, 500 buah troli di sebuah pasaraya selepas ia dicemari air kencing anjing. Pada saya, tidak perlulah disamak, cukuplah disiram dengan air bersih. Lagi pula yang terkena satu dua sahaja. Anak kita tidak akan menjadi jahat, jika terpegang troli tersebut. Ramai yang merempit hari ini, walaupun tidak memegang troli tersebut?
Saya tidak nafikan bahawa pihak pasaraya terbabit bersalah kerana tidak memahami sensitiviti orang Melayu. Pihak pasaraya sepatut menegah mana-mana pelanggan membawa binatang peliharaan. Ini bukan perkara luar biasa, tetapi norma antarabangsa. Ramai bukan Islam yang memberi komen menentangnya.
Jika kita benar-benar sensitif dengan najis ini, yang perlu ‘disamak’ adalah perut-perut pemberi dan penerima rasuah, makan hasil hutang tidak berbayar dan pemakan riba. Itu benar-benar haram.
Saya masih teringat orang-orang kampung yang berhutang dengan bapa saya. Buku hutang mereka bertingkat-tingkat, sampai ada yang ditulis di dinding-dinding kedai bapa saya. Anak-anak mereka yang berhutang dengan bapa saya kebanyakan masuk universiti, hutang tidak pernah bayar. Tidakkah perut mereka dan anak-anaknya perlu “disamak”?
Bila tiba bab anjing, kita begitu teliti. Pada saya, berpahala menolong anjing babi dalam kesusahan, berdosa menolong dan bersubahat dengan perasuah dan pemakan riba dan siberhutang yang tidak membayar hutangnya.
Soal anjing ini soal sensitiviti, bukan terlalu bersifat hukum. Saya bukanlah mahu mempermudahkan hukum, tetapi pendekatan kita dan publisiti sebegini tidak menguntungkan dakwah. Saya tidak fikir mereka yang membela anjing bagi tujuan keselamatan (menjejaki penjenayah), malaikat tidak masuk ke rumah. Malaikat tidak masuk adalah mereka yang kufur dengan Allah, tidak solat dan melakukan aktiviti haram seperti rasuah, riba, berhutang tanpa bayar. Lebih malang jika ada yang berkata tipu Cina tak apa, tipu Melayu jangan, kerana mereka saudara seagama.
Sudah sampai masanya kita lebih banyak bertindak daripada berteori. Kita hanya menang di atas kertas, realitinya kita kalah. Justeru, hentikanlah perhimpunan ini. Tumpukanlah usaha bagaimana memartabatkan agama, bangsa dan negara sebelum terlambat.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Hahaha, kena batang hidung sendiri, buatlah lagi banyak perhimpunan baju merah. Ada baiknya juga, tauke bas boleh buat duit, peniaga r&r jualan meningkat, kilang tee shirt boleh bilang duit, yang penting najib gembira.
BalasPadamCakap atas dasar islam ok, kalau melayu entahlah. Cina pun dah mengaku melayu dan nak jaga maruah melayu. Lama-lama melayu hilang entah ke mana.
BalasPadamUmat islam di negara lain tak dak masaalah dgn anjing ni ,Tapi kat Malaysia ni fobia sgt.Makan rasuah selamba,masuk kopitiam x islam pun tak da hal.beli no ekor pun ramai .Apa nak jadi.
BalasPadamIsh ish malu aku kat ustaz ini,walaupun berkainan bangsa tetapi ilmunya lebih tinggi dari melayu islam.bercakap bab rasuah ni dari menteri hingga buruh kasar terpalit mrnyebabkan anak anak melayu telah rosak akhlak.kerana memberi hasil rasuah untuk anak anak makan.najib....kau x malu ke atau x rasa berdosa ke pada allah tuhanmu.
BalasPadamperingatan dah diberi namun golongan ni tak mau dengar, pengampu pula hanya,mementingkan laba yang diterima.....tanpa memikirkan akibatnya terhadap parti umno...malah gantikan sesiapa sahaja dalam umno, kuasa ditangan umno...itupun masih buta hati.
BalasPadamhabislah umno....
Sorry bro....tukar tajuk. Harap bro kupas isu kematian kelvin morries. Ada beberapa perkara yg menjadi tandatanya. Contoh, kes mahkamah doktor tentera telah bermula sejak tahun 2013 tapi mengapa sekarang baru berdendam hingga sanggup membunuh. Kedua, sekiranya betul pertuduhan doktor tersebut, tentulah marahnya pada orang yg membocorkan rahsia. Pada saya mudah sangat sebab2 kematiam morries tu. Sedangkan banyak lg kes2 besar yg dia dah kendalikan.
BalasPadamSegelintir ketua melayu islam umno berkeras mengatakan Rally Merah 169 adalah amaran untuk bangsa lain jangan menghina melayu, islam dan umno.
BalasPadamPada hemat saya, amaran tersebut 100 peratus salah dan bodoh. Ianya telah membuktikan betapa kurang cerdik dan intelek pemimpin melayu, betapa salahnya kefahaman melayu ini tentang agama islam yang kita semua anuti dan betapa mundurnya umno setelah dipimpin oleh najib.
Melayu sendiri berperangai buruk sehingga bangsa lain tidak mengormati mereka...rasuah, blind loyalty, malas, nak free semua, suka berhibur.
Melayu muslim sendiri tidak menjaga agama sehingga diperlekehkan....dadah, pesta seks, tak berpuasa pada bulan ramadhan, tak solat jumaat
Melayu muslim ahli umno sendiri yang tidak tahu the way forward.......pemimpin korup, salahguna kuasa, ahli bagai lembu dicucuk hidung, sentiasa mengharap habuan, takut bersuara dsbnya.
Saya seorang melayu, beragama islam tapi dari parti komponen BN yang menerajui kerajaan negeri. Saya dah menetap di malaya selama 30 tahun. Saya dah lali peranga melayu islam umno.
naik kelakar la aku tgk komen manusia sorang nie...hihihi...
Padamrally semalam is not about support najib. have you ever ask the folk peoples? who live in the countryside, do farming for make up their living? have you ever bother to look? the makcik & kakak who make some kueh & nasi lemak? every morning people where come and buy? malay, chinese, indians , even the banglas & nepalis? have you ever ask them their foriousity of seeing some apek & ahsoo stomp on the picture of their fellow muslim leaders? blimey if those on yellow shirt not doing this, do not calculate of even 500 people to gather at merbok field. I have seen this... an old women of 65 yrs old, in temerloh, who have known as hardcore PAS people, have her stall closed for one day! have herself to be among the thousand people marching at the street of KL yesterday, in avenge of rude & arrogant of a young ahbeng, for urinating of tunku picture! bloggers, do not down tune the will of ordinary folk, they will avenge!
This is a good example of a malay who cannot think rationally, diverting real issues of najib' s scandals and willing to use racial hatredin order to keep najib in power. Apabila hati dah tertutup, fantasi adalah realiti.....sedih
Padamrationally? folk people much rational than urbanite people who deeply congreve with the spreading of lies and hoax in fb & whatsapp. diverting issue? the issue is still there! known the folk people taught a person is innocent otherwise it's proven so. folk people will never line themselves in trial thru social media. if it's proven najib is guilt, then the see how the law speak on it. racial hatred? then ask some fellows in yellow shirt, do they come really in force of najib resignation? if they so, then leave all the sweep broom in their own homage. never come to stomp any pictures of fellow muslim or non muslim leader whoever! it's not a culture that we have been taught for. never come to do the ritual pray for the death of any person. never come to piss on a mural of long time gone prince, who has struggle for independence of this country. you are about yourselves. you came with pure intention, then you'll be praised. never say people does not think rationaly if they are not alligned themseleves with you or any fellows.
PadamBloggers hati kotor..
BalasPadaminilah krja hari2nya
taktau lah mati ko sempat bertaubat atau tidak
amat besar dosa mengadu2 domba begini..
Tun join bersih ko tk kutuk pulak?
Smlm lautan puluhan ribu manusia berhimpun aman berselawat menyatakan sokongan kepada Najib dan perpaduan Melayu ko sakit hati kenapa?
kau amik tulisan2 org lain yg support kebencian ko pd Najib dn Melayu UMNO
balasan Tuhan pasti tiba bg org2 yg mahu lakuakn perpecahan.
sy lebih lali dgn penipuan PR berkaitan rakyat dan munafiknya PAS dlm bab Islam..akhirnya siapa nk jd benteng skrg? Mahathir sekular? DAP anti Islam?
3.59,
PadamNajib letak jawatan jer....melayu boleh bersatu, dap pun tak berani nak kacau, sekarang ni dap bergembira di sebabkan najib masih tak letak jawatan
jwpn bodoh..
Padamnajib jd PM lah Melayu kuat bertaut bersatu dr Sabah sehingga ke Kelantan dan Perlis..
zaman mamak dan PR je Melayu di pisah2kan
Saya ni bukan ahli umno atau mana mana parti porlitik.Saya hanya mahukan kebenaran,mahukan pemimpin yg bersih,mahukan pemimpin yg amanah/jujur;pemimpin yg ugama islam ditegakkan.Tetapi sekarang saya sungguh kecewa dgn penimpin yg diberi mandat olih rakyat hanya pentingkan diri sendiri.Hanya untuk tembolok sendiri.Amanah yg diberi rakyat telah dihancurkan olih sikap tamak pemimpin.Bertaubatlah sebelum mati
BalasPadamApa benda ko meroyan ni setaannn... tak puas lagi kah ko meroyan hari2...
BalasPadamKasihan pencachai lendir maddey n PR... lagi diserang Najib lg dhsyat sokongan... Himpunan Baju Merah sampai ke Sabah..
esok ko buka lagi entry baru yg lebih kaw2.. kutuk Najib... lg berjuta simpati akan turun...
mekasih bloggers munafik + hati busuk.. teruskan kerja ko.. :)
hrp2 ko mati sempat bertaubat..
kalau tak sempat serah pd Allah SWT lah mcm mana ko nk settle di Mahsyar nnt..
wslm
Alhamdulillah....orang melayu islam di sarawak tak sokong baju merah. Pemimpin sarawak bijak tolak umno masuk ke negeri itu.
PadamIngatlah dosa pahala kuasa Allah. Muhasabahlah diri sendiri.....wallahuaklam
Alhamdulillah Melayu Islam Sarawak tetap sokong Najib..
PadamSbb itu KM nya memuji Najib PM yg plng banyak jasa untuk Borneo
Ko posting bg pihak cacai PR n anti Najib mmg lah ko sakit hati punye tgk gelombang kebangkitan Melayu dn UMNO...
sama propa tipu konon Najib akan tumbang bulan lepas.. kunun 16 septermber BN akan tumbang..ulang tahun penipuan Ketom.. tak rase BERDOSA ke? tak malu ke sdra 5.00pg?
di Sarawak dan Sabah Najib disanjung.. sbb di sana mereka kenal susah payah..mereka hargai krjn yg berjasa utk rakyat dr yg tipu dgn air liur.. di semenanjung Melayu2 mcm ko ni lupa daratan.. makan fitnah..tp kencing berak pun bergantung pd krjn..
Alhamdulillah smoga kekuatan dr Tuhan utk PM Najib..
Ingatlah Kuasa Allah bg kaki fitnah.. Muhasabahlah diri usah guna nama Tuhan utk kaburi kerja jahat.. itu sama dgn bapak Munafik zaman Nabi.. Abdullah bin Ubai..
kalau Solat pun xckup usah lah ckp pasla dosa pahala org UMNO.. check diri sndiri dlu.ye paak...
I am a muslim malay and a sarawakian. You fo not know internal pokitics of muslim malays in sarawak...so shut tfu.
PadamAdenan is playing politics and all of us know that and we are proud of adenan. we want full autonomy and free from rogue umno guys like u. Jangan pandai2 nak kata orang PR. orang sarawsk tak main liwat2 ini. Orang malaya saja...huhuhu.
Again najib is a robber trying to cling to power with the help of unprincipled guy like.....sorry bro...you sound like ahmad maslan
Anon 11.47,
BalasPadamPlease read the statement by Sarawak State BN Youth Leader Dtk Fafhillah yusuf that the state does not agree with umno backed red shirt rally and their racial slurs. This is in malaymailonline
It proves an important fact which i have stated above earlier
tahniah baju merah..so what after this..terangkat martabat..terangkat darjat...balik kg serupe tu juga...yg pasti...umno bersendirian selepas ini...cina india nk bantu dlm pru..politik is figures bro...so how to get more figures..cina india ketawa tgk melayu..just to show support to the corrupted government lead by a corrupted pm n wife...I m a malay...tp malu dgn bangsa lain...sb apa..sb mereka sinis dgn melayu..no more funding frm them in nxt pru..being a mid leader once in the umno...cukup masak dgn perangai ahli ...sikit sikit fulus bos...sapa nk gantung banner free..rell me baju merah..nk kerja dlm pilihanrata...kena bg tshirt payong rokok mkn minum..entahlah..wrong move...u r digging graves n building fences not bridges...
BalasPadamtahniah baju merah..so what after this..terangkat martabat..terangkat darjat...balik kg serupe tu juga...yg pasti...umno bersendirian selepas ini...cina india nk bantu dlm pru..politik is figures bro...so how to get more figures..cina india ketawa tgk melayu..just to show support to the corrupted government lead by a corrupted pm n wife...I m a malay...tp malu dgn bangsa lain...sb apa..sb mereka sinis dgn melayu..no more funding frm them in nxt pru..being a mid leader once in the umno...cukup masak dgn perangai ahli ...sikit sikit fulus bos...sapa nk gantung banner free..rell me baju merah..nk kerja dlm pilihanrata...kena bg tshirt payong rokok mkn minum..entahlah..wrong move...u r digging graves n building fences not bridges...
BalasPadam