Sabtu, 19 September 2015

Macam Macam Ada..!


Malaysia jer yang ada situasi begini..! Malaysia memang serba serbi unik dan istimewa..! Kalau tak takkan seorang Perdana Menteri boleh dapat derma peribadi bilion bilion..! Kan pelik namanya tu..!

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut, kini sedang berada di Mekah untuk menunaikan Haji.

Apa yang menariknya, teman sebiliknya adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkongsi beberapa gambar bersama Khalid di laman Facebooknya hari ini berkata ia adalah satu pengalaman yang menarik untuk berbual dan bertukar-tukar pendapat dengan Khalid.

“Hari ini masuk hari ketiga saya di Mekah untuk menunaikan Haji. Kami dalam program Tetamu Haji Raja Salman bin Abdul Aziz.

“Teman sebilik saya ialah TS Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Menarik juga berbual dan bertukar-tukar pengalaman dengan beliau. Beliau dilantik sebagai ketua rombongan Malaysia.

“Saya pula sebagai Mufti Haji. Turut bersama program Datuk Mustafa Pengarah Imigresen Malaysia sebagai Timbalan Ketua. Doakan agar Allah menerima ibadah kami semua,” katanya.

Hari ini, ia dilaporkan bahawa polis sudah membuka kertas siasatan awal terhadap Mohd Asri di bawah Akta Hasutan.

Menurut laporan The Malaysian Insider, ia dibuka selepas merakamkan kenyataan wartawan yang menulis laporan mengenai satu kenyataannya yang di muat naik ke laman Facebook sejurus sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 4, pada bulan lalu.

Kenyataan itu antara lain merujuk kepada peserta perhimpunan sebagai wira dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang pembebasan Argentina, Che Guevara tanpa merujuk kepada mana-mana perhimpunan.
Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 32 jam bermula 29 Ogos lalu yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.

Malaysia meriah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Baguslah bermaaf-maafan di tanah suci. Apalah agaknya orang yg tdk amalkan amanah yg di berikan akan berdoa. Terang-terang kita unik kerana amalkan undang-undang yg berbeza mengikut kehendak sendiri. Semoga allah berkati semua doa dan amalan hambanya di tanah suci.

    BalasPadam
  2. Kedua duanya senyum kepura-puraan ...lantak korang lah..

    BalasPadam
  3. Mufti negeri lain ada & aktif dgn fb dan lain2 media sosialkah? Tentu mufti negeri lain sudah ketinggalan zaman sbb x dpt sampaikan protes kpd kerajaan semasa melalui laman sosial. Asri...asri...mcm2 ada.

    BalasPadam
  4. Kehadapan Chai2 ternakan najib sekalian,

    tengoklah igp pun tau umur kita semakin hampir, nyawa boleh ditarik tak kira tua muda, siang atau malam.

    Apa amal bakti kita terhadap alif ba ta? Sekurang kurang kami rakyat marhaen mempunyai tanggungjawab memerangi pemimpin yang korup, menyeleweng dan salahgunakuasa.

    Chai ternakan najib?

    Melindungi pemimpin yang telah tercalar dengan pelbagai skandal, pegawai penyiasat pula diugut.
    AG dibesara awalkan,pemimpin yang tak sehaluan disejukbekukan, terbaru rakyat dihalang keluar negara.

    Wang rakyat berbillion mengalir keluar tanpa pengetahuan rakyat,digelapkan, blogger juga turut bersubahat dengan najib demi sedikit wang upah najib di duniawi, setiap artikel dikeluarkan penuh dengan tipu muslihat untuk mengaburi rakyat.

    Di jepun atau di korea jika sedikit imej pemimpin tercalar, belum pasti betul atau salah, otomatik pemimpin tersebut meletak jawatan!

    Kita yang beragama dan didikan islam yang cukup sempurna ini, sepatutnya berasa malu dengan budaya, maruah dan etika rakyat negara jepun dan korea ini!

    Bertaubatlah! Bertaubatlah! Bertaubatlah! Punahsihat, Pengampu, Bloger dan chai2 ternakan najib sekalian!!!

    BalasPadam
  5. Begitulah erti sebuah kehidupan...yg nama manus¡A...tk pernah lps lakukan kesilapan..kentut juga sebahgian dari kehidupan..prOotT

    BalasPadam
  6. MalaysiaKu...semakin.kelakar..

    BalasPadam
  7. Menunjukkan mereka paling professional dan tak mudah melatah.

    BalasPadam