Baca dan fahamkan...
Baca dengan hati terbuka. Ini bukan soal Najib tetapi soal geopolitik.
BAGAIMANA AUTA SKANDAL 1MDB AKAN MENJERAT NEGARA KITA
Akhirnya Lim Sian See a.k.a Eric See-To si prepaid blogger telah menulis jawapan balas (rujuk blog dia) mempertahankan bosnya DS Najib Razak berhubung pendedahan dahsyat The New York Times berhubung siasatan bukan saja FBI tapi turut sama panel juri agung (grand jury) unit Inisiatif Menyelamatkan Aset Rompakan Kleptocrat di bawah Justice Department yang lebih kurang macam kita punya Jabatan Peguam Negara.
Lim Sian See adalah "spinmeister" kelas satu. Tertinggi. Dapat maklumat terus dari PMO dan 1MDB. Sifat dan modus operandi Lim Sian See adalah “spin" atau auta.
Pusing dan auta sampai pembaca tidak dapat tumpu “essence” kepada pendedahan penting New York Times, dan Wall Street Journal. Dan beliau dibayar untuk jaga imej 1MDB dan Najib Razak, sekali sekala adalah tolong UMNO dan Barisan Nasional. Sebab itu dia buat “fake account”. Lim Sian See bukan nama sebenar. Dan beliau juga disokong oleh para bloggers seperti Seademon, BigDog, Rocky Bru juga tidak lupa Pak Haji CFO kita Azmi Arshad dan laman-laman pro-Najib/UMNO seperti MyNation.
Di samping itu Lim Sian See juga kitar semula dan “amplify” kerja-kerja kotor Raja Petra dan juga laman-laman blog yang mengugut Tun Mahathir, SPRM, Tony Pua, Bank Negara (Zeti, Shamsiah), Sarawak Report atas tuduhan palsu lagi batil kononnya mereka semua ini ingin gulingkan kerajaan di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code).
Dalam keghairahan mereka menyerang Tun Mahathir dan pertahankan Najib Razak, cyber trooper paling hebat mereka Lim Sian See samada lupa atau SENGAJA tinggalkan fakta-fakta yang lebih penting yang didedahkan FBI, Justice Department (DoJ) dan The New York Times. He simply omitted the most glaring fact of that report!
Kenapa? Sebab KPI mereka hanya jaga Najib Razak dan 1MDB. BUKAN Jho Low! Apatah lagi seorang wanita yang The New York Times (NYT) telah bongkarkan namanya yang kini dalam perhatian FBI dan DoJ iaitu JASMINE LOO AI SWAN!!!
Dalam keadaan panik inilah mereka terlupa jaga “rear guard” dan meninggalkan saja rakan-rakan yang bersubahat dengan aktiviti songlap dan pengubahan wang haram. Kalau di Malaysia tak apa. Tapi ini Amerika. FBI. Bukan calang-calang.
Dan insan yang malang itu ialah Jasmine Loo Ai Swan.
Bagi peniliti dan pengkaji laporan The Edge dan Sarawak Report sampai lumat seperti saya (ya saya baca, kaji dan semak secara kritis SEMUA DOKUMEN dan posting The Edge serta Sarawak Report), pendedahan NYT ini TIDAK MENGEJUTKAN.
Nama Jasmine Loo Ai Swan sudah banyak kali dibangkitkan oleh The Edge dan Sarawak Report kerana penglibatan beliau bersama Jho Low dalam urusan “flipping companies” milik keluarga Taib Mahmud iaitu UBG Berhad yang pernah satu ketika memiliki Loh & Loh dan Putrajaya Perdana Berhad (ada kaitan dengan Tabung Haji).
Tak percaya? Semak sendiri dalam Annual Report 2009 UBG Berhad (http://cdn1.i3investor.com/…/06/03/1449801793-1981640131.pdf)
Jelas terang-benderang bahawa Jho Low dan side-kick-nnya Tan Vern Tact duduk sebagai ahli lembaga pengarah dan kalau kita semak corporate profile UBG untuk tahun itu salah seorang Company Secreatary (Co-Sec) adalah Jasmine Loo Ai Swan!
Seperti ulas Sarawak Report semalam, FBI dan DoJ telah berhubung dengan kerajaan Britain untuk mendapatkan bahan bukti “money laundering” Jho Low di Amerika yang telah pun diserahkan oleh Sarawak Report iaitu segala macam dokumen yang dimiliki oleh Xavier Justo. Bank Negara pun ada, The Edge pun ada. Semua dah diserahkan juga kepada Gani Patail, SPRM juga polis.
FBI dan DoJ setakat ini tidak masuk campur urusan songlap duit 1MDB yang berlaku di London, Swiss, Hong Kong dan Singapore kerana fokus mereka ketika ini seperti laporan NYT tertumpu kepada pembelian aset kondominium super-mewah di Bangunan Time Warner, Manhattan yang Jho Low gunakan “syarikat kerang” (shell companies) iaitu syarikat yang “dormant” tiada sebarang aset dan operasi, hanya sebagai kenderaan untuk salur duit (selalunya duit haram la) untuk buat money laundering.
Jadi yang uruskan pembelian dan tanda tangan dokumen pembelian sudah tentu bukan Jho Low tapi siapa? Seperti disahkan Louise Story yang melaporkan untuk NYT ianya adalah JASMINE LOO!
Masa Gani Patail masih jadi Peguam Negara, dan Pasukan Siasatan Khas 1MDB masih tertubuh sebelum dibubarkan oleh AG baru Apandi Ali, bukankah Bank Negara telah keluarkan notis “WANTED” untuk Casey Tang dan Jasmine Loo??!!
Maka kini anda faham kenapa pimpinan tertinggi Bank Negara seperti Tan Sri Zeti, Datuk Shamsiah (Financial Intelligence) difitnah, diugut, digertak dan diburukkan nama-nama mereka. Obvious isn’t it? It’s all because they KNOW THE WHOLE BLOODY TRANSACTIONS!
Kalau saya anak muda yang masih “green shoot” dalam hal-hal “corporate finance” boleh cantumkan “puzzles” yang Sarawak Report, The Edge laporkan takkanlah FBI, NYT, DoJ, Bank Negara tak tahu peranan kecil Jasmine Loo?
Atau takkanlah seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun iaitu Tun Mahathir dan sidekick beliau, “grand master” dunia korporat Tun Daim bahlul nak faham semua permainan ini?
Apa permainannya? Once you identify the Co-Sec, it’s game over!
Semua jejak-jejak penting aliran tunai, transaksi songlap dan pengubahan wang haram PASTI BOLEH DIBUAT. Di sinilah ketakutan sebenar Najib Razak dan kepura-puraan Lim Sian See dan keangkuhan Pak Haji CFO Azmi Arshad.
FBI dan DoJ seperti saya ulas panjang berkenaan Akta RICO yang berkemungkinan besar dikenakan ke atas 1MDB, tidak akan cekup Najib Razak dulu. (baca disini: http://www.rausyanfikir.com/…/could-rico-act-be-applied-to-…; versi Bahasa: http://www.sinarharian.com.my/…/mungkinkah-amerika-siasat-1…)
They will take out the WEAKEST among all. Siapa lagi kalau bukan Jasmine Loo kalau di Amerika. Next Riza Aziz, kemudian Jho Low.Begitu juga dengan kes dua pelarian melibatkan SRC International dan wang pencen KWAP iaitu Datuk Suboh Yassin dan Nik Faisal.
Ya memang benar kata Lim Sian See, Najib Razak takkan kena. Ada immunity bagai. Tapi orang-orang kanan beliau yang terlibat dan sempurnakan transaksi pengubahan wang haram (money laundering) ini akan jatuh satu-demi satu, seperti mana FIFA kena.
Seperti mantan presiden FIFA Sepp Blatter, last man standing barulah Najib Razak.
Jangan lupa juga dan buat-buat bodoh wahai Lim Sian See dan semua yang bersekongkol makan dedak, NYT juga sahkan bahawa FBI dan DoJ seperti makluman NYT turut sama menyiasat “DERMA” RM 2.6 BILION.
Mungkin ada orang meroyan dan marah: Haram jadah kau Yahudi! Haram jadah kau Amerika! Celaka lu kacau Najib Razak, kacau UMNO, kacau Malaysia! Apa hak kau nak siasat derma untuk UMNO??!!!
Kalau orang awam, orang kampong marah saya boleh terima sebab mereka jahil. Tapi saya menulis untuk orang berpelajaran tinggi.
Saya pasti anda tidak lupa gambar bukti WSJ tentang “derma” itu bukan?Anda nak tahu kenapa Amerika ada hak untuk siasat “derma”? Simple.
Sebarang aliran tunai dalam matawang US Dollar atas talian yang gunakan penghantaran telegrafik WAJIB lalui sistem Society of Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) yang berpusat di Belgium tetapi dibelakang tabir dikawal oleh Amerika dan sekutunya. Semua transaksi “derma” itu akan direkod oleh SWIFT juga akan melalui (by-pass) bank di New York (dalam kes derma UMNO itu Wells Fargo).
Dengan jumlah sebesar itu TIADA SYAK LAGI FBI DAPAT TANGKAP SEMUA MAKLUMAT DAN TAHU SIAPA “PENDERMA” kerana mereka TERPAKSA REKOD untuk memenuhi SYARAT AKTA PENGUBAHAWAN WANG HARAM di bawah peruntukan perundangan Amerika seperti “18 U.S. Code § 1956 - Laundering of monetary instruments” dan banyak lagi.
Lebih menakutkan, kalau kalian baca dan kaji sendiri, selain daripada Akta RICO, silap hari bulan Jasmine Loo, Jho Low, Riza Aziz, dan Najib Razak boleh didakwa di bawah US PATRIOT ACT yang brutal itu khusus di bawah Seksyen 319 (b), 352, 351. http://www.fincen.gov/statutes_regs/patriot/
Lebih-lebih menakutkan, US takkan dakwa tapi akan gunakan semua ini sebagai “blackmail” Najib Razak untuk melaksanakan dasar “containment” (kepungan) mereka ke atas Cina menggunakan negara kita yang mana salah satunya ialah TPPA.
Jadi wahai rakyat Malaysia, ini bukan lagi soal seorang individu bernama Najib Razak tapi paling penting SOAL KEDAULATAN NEGARA.Mereka – Singapura, UK, Amerika, Swiss – biarkan semua ini berlaku tanpa ada “red flags” awal kerana ianya dari mula adalah PERANGKAP ke atas MALAYSIA kerana kebodohan Perdana Menteri kita.
Sekarang anda faham kenapa Tun Mahathir bising dan mati-matian berjuang walaupun dah uzur? Dan mangkuk hayun yang fitnah beliau kata semua ini kerana Tun Mahathir nak jaga kantung kroni IPP beliau?
I will say this straight to their faces: BULLSHIT! IT WAS ALL ABOUT GRAND CORRUPTION AND GEOPOLITICAL PLAY THAT IS DETRIMENTAL TO OUR NATIONAL SOVEREIGNTY!
Ya Allah selamatkan negara ini daripada dihina dan disiat musuh kerana kebodohan kami yang gagal menasihati pemimpin kami! Maafkan kami ya Allah kerana kami letak taqwa bukan di hati tapi di kepala lutut kami! Kami benar-benar dihinggapi penyakit yang Nabi-MU (SAW) sabda iaitu “al-Wahn” iaitu “hubb al-Dunya wa karahiyah al-Mawt” (cintakan dunia dan takutkan mati) sehingga sanggup berkompromi dan bacul meneggakan yang benar dan membanteras yang salah ketika semua hal ini belum meletus ya Allah! Berikanlah kami satu lagi peluang ya Allah untuk selamatkan agama, bangsa dan negara ya Allah!
-WAF-
Lu Fikir La Sendiri!!!
Alah umum dah tahu yg Tun dan sewaktu dengannya tu kaki fitnah dan kaki spin kerana kepentingan sendiri dan kroni.
BalasPadamZaman Tun lagi teruk tapi dikawal dengan ISA dan x de media sosial. Kalau tidak lagi hancus.
Tunlah x tahu kenang budi. Melayu sokong dia tapi dia hanya sokong kroni Cina. Buktinya himpunan rakyat bersatu dikata rasia walaupun x de sebarang unsur rasis pun. Tapi himpunan bersih tapi sebenarnya kotor puak cauvanis, dia join sekali. Harap Melayu x tertipu lagi dengan hipokritnya Tun dan sewaktu dengannya.
Tak habis2 nak kait nama Tun bodoh betul macai Ah jib gor ni suruh guna otak tak mau tak habis2 guna kepala lutut untuk berfikir wakakakaka
PadamAnon 10.00am...
PadamNi la rupanya komen org tak sekolah...lepas tu otak simpan ka lutut. Tak terasa bodoh ke. Dah lah tiada fakta melalut benda yg sendiri tak tahu....terus lah jadi bodoh selama2nua mcm lembu. Seronok jadi binatang.....teruskan lah
anon 10.00am...sendawa duit derma najib ke....kalah bau bangkai ngn tungkik...choii
PadamAllah dah peringatkan kita bahaya & liciknya kaum Yahudi. Tun M konsisten sejak dulu hingga kini mengutuk & mendedahkan keserakahan Yahudi untuk menguasai dunia melalui penguasaan ekonomi, pasaran matawang & perbankan. Tapi Najib tak ambil endah malah bersekutu & melantik yahudi sebagai penasihat. Padahnya, Najib kena main dgn Yahudi & negara juga akan menanggung Bevan hutang & jadi budak suruhan Amerika/Yahudi. Najiblah yang bersalah kerana bermain api.
Padambro...buat pe ckp pasal tun..subject utama kini ialah 1mdb dan najib...kesannya kpd,kedaulatan negara...mmg kerja US nk tppa,d bereskan dan keadaan najib sekarang ini memungkinkan tppa,d persetujui kerana najib nk bersihkan namanya...biarlah watever tun songlao duit negara sampai sekupang pun tkde ..tp itu soal lain..ini soal 1mdb najib fbi tppa kedaulatan negara..kena tahu apa itu tppa..wat it can do to the nation..
Padambro...buat pe ckp pasal tun..subject utama kini ialah 1mdb dan najib...kesannya kpd,kedaulatan negara...mmg kerja US nk tppa,d bereskan dan keadaan najib sekarang ini memungkinkan tppa,d persetujui kerana najib nk bersihkan namanya...biarlah watever tun songlao duit negara sampai sekupang pun tkde ..tp itu soal lain..ini soal 1mdb najib fbi tppa kedaulatan negara..kena tahu apa itu tppa..wat it can do to the nation..
PadamItu ertinya..sesaorang bakal dikambing hitamkan oleh ahjib...siapakah org ituu...? Adakah jamal sekincan..? Atau nek tempoyak..?
BalasPadamSemoga yang benar dibela dan yang salah dihukum.
BalasPadamKami berdoa agar Tun Dr Mahathir dilindungi dan dirahmati dengan kesihatan dan umur yang panjang.
Semoga Blogger2 yang pentingkan kebenaran bukan wang sogokan juga diberi semangat berjuang.
Terima kasih.
ada fakta dan kebenarannya, ini bukan soal Mahathir. Ini soal Najib dan 1MDB yg bermasaalah. Siasatan kes ini tergantung begitu saja, memang ada yg tak kena. Berjuta2 ringgit hilang. Laporan audit pun tak ada, tak ke gila tu. Memang Najib cari nahas dan mengundang pihak luar masuk campur.. Cash is King konon, sekarang amik kau..Satu dunia tahu..memalukan...
BalasPadamdulu kata tunggu laporan audit...bila hampir siap dipecatnya ag bagai
Padamnow takde sapa pun jalankan siasatan di malaysia semua disekat dan disogok
Sokong anon 10.00am!!
BalasPadamRejim Mahathirr pengecut bertahan dgn ISA.paper taraf jamban HARAKAH pun dia takut.
zaman keling ni jd pm ko rase boleh ke kita buka blog kritik dia? Cari nahas utk kena isa.
Woii bloger macai madett, hari raya pun ko nk gaduh jg? Ko xgi Solat Raya duk jilat mamak kutuk najib? Puas ati sgt lah tu... sampai hari mulia pun ko masih nk fitnah.
Cantik sungguh bahasa & adab si Kejora Liberal. Baru semalam di blog Parpujmkari dia meminta saya bersopan & beradab.
PadamWak Seman jangan ler tuduh main redah
PadamKejora kalau komen guna pantun madah
Wak mahu mula balik perangai lama dah
Tu yang kita panggil Wak ni haram jadah
Kita pun kena tahu di sebalik isu 1MDB tu Tun M pun udah ada susun agenda
BalasPadamKalau DS Najib jatuh nanti akan terbuka luas lorong untuk dia punya anaknda
Para bloggers pro Tun pula nantii boleh masyuuk lebih banyak berlipat ganda
Bila dah tiba masa tu nanti semua macai Tun M akan buka selera tepuk dada
Banyak sangat mengarut le ini blog PutraMerdeka
BalasPadamKita disogokkan bahan fitnah yang sengaja direka
Pengikut pula terlalu taksub tidak bersifat terbuka
Korang semua ni tak takut ke nanti masuk neraka
Anon 11.22 pg nampak gaya kamu terlebih makan semut,tu otak bengap x tahu nak berfikir.x kenal yg mana intan .apa yg fitnah? Jelaskan. ..
PadamTun M dan D.S Najib dua-duanya tidak sama
BalasPadamDS Najib banyak menyumbang untuk agama
Tun M hanya tau cakap apa nama apa nama
Tun marah sebab masa dia orang tak derma
Anon 11.28am apa sumbangan najib kepada agama? Pasal lembu korban atau hantar org pergi haji.kamu tahu ke duit dari mana dia sponser ? Kalau dari 1mdb adakah halal sebab perniagaan 1mdb kita x tau apa ke bendanya.kamu tengok bininya pun masih pakai helmet hitam.bini pun x terjaga nak jaga rakyat
PadamTun join Bersih sebab dengan Cina dia rapat
BalasPadamIkut Melayu baju merah tak ada benda dapat
Dia juga tahu Melayu ramaii yang merempat
Dengan toke Cina banyak ler Tun boleh lipat
Siasatan kes 1MDB kini tergantung, tergantung tak bertali sama ada ia sengaja digantung atas dinding atau digantung atas pokok. Masa mula2 menyiasat macam nak rak, semua digeledah, lepas tu kata ada kebocoran maklumat, pegawai2 SPRM dan Bank Negara kena soal siasat sampai nak kena tukar jawatan AG pula diberhentikan atas alasa kesihatan. Tup2 siasatan entah kemana senyap je, macam buat bodoh. Cina tembam dan 2 ekor melayu kini menyorok, SPRM & Polis sedang mencari tiga makhluk mangkok ini. Tapi tak tahu lah sama ada serious atau tidak mencari 3 ekor ini. Nampak sangat ada yg tak kena dgn 1MDB ni.
BalasPadamTun dah termakan dengan puak Cina babi
BalasPadamNak perjatuh DS Najib dia guna kafir harbi
Jadi sengaja ler dia kaitkan dengan 1MDB
Kalu Najib jatuh senang le Mukhriz melobi
macai najib tetap nak kaitkan bala ini dgn tun M sebab depa memang x ada hujah yg valid nak pertahan ahjibgo.
Padamkau tunggu la apa lagi bangkai yg aka dikeluarkan oleh media asing hasil siasatan pihak asing.
yg aku dok nmpk ialah kegelapan ms depan generasi akan datang kesan domino bala ini terhadap negara.
semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kpd kita dlm menhadapinya. tengok dgn mata hati bukan mata duitan
ianya tiada kena mengena dgn Mahathir, ia melibatkakan 1MDB, Najib, JHlow dan sewaktu dengannya. JHlow, Nik Faisal and Suboh kini menyorok bawa tilam yg tak dapat dikesan oleh SPRM...
BalasPadamTak ada kena mengena dengan Tun M?
BalasPadamCuba tengok headline & footline article/posting di atas!!!
Tuan blogger kasi tulis "Saya sayang Tun Dr Mahathir Mohamad".
Buta celik ke?
aaik itu aje jawapan kau
Padamtagline ?
Tun M memang licik ttapi dia tergopoh gapah
BalasPadamDia nak kan segera periuk nasi Najib tumpah
PutraMerdeka ni antara blogger yang diupah
Asal Najib jatuh fulus nanti masuk melimpah
aku hanya capap fasal kes 1MDB, Mr Najib cash is King..tak ada kena mengena dgn Mahathir.
BalasPadamSatu dunia tahu 2.6b masuk akaun Najib..kah..kah..kah..memalukan mula2 nak saman tak jadi, last2 mengaku..duit derma..
BalasPadamBuka lah FB, twitter Najib, separuh dari komentar mahu dia letak jawatan, malunya aku...
BalasPadamno mater what you say and facts you presented ... its all about polical play that has been long happen since Tun era untill now. Believe it or not, the solution is in place no matter how worst the situation it may be seen. But chauvenist DAP know this good opportunity to take advantage be it in covering their own goverment rule in PP or Selangor shit or catalyst a mass distruction of UMNO.
BalasPadamI opt to go for holding the foundation of BN, which is UMNO must be supported to lead and ensure the leadeship change properly.
I've been & always be staunch supporter of UMNO/BN but not Najib owing to his alliance with the Zionist Jew, dishonesty, siphoning & corrupt scandal.
PadamNajib is the real problem not BN and UMNO. It will be a relieved to BN and UMNO if Najib steps down. 1MDB and 2.6B is haunting BN and UMNO...
BalasPadamSama ada kita pro Najib atau pro Mahathir, artikel ini sedikit sebanyak membuka minda kita. Memang ada berita sengaja di spin tapi ia tidak bermaksud ianya tidar benar atau auta. Yg penting cuba fahami dgn hati yg terbuka. Bau yg wangi sekali pun kalau tidak suka dikata busuk dan kalau suka, kentut berbau pun nyaman.
BalasPadamNampaknya punahsihat najib telah memainkan sintimen perkauman,mungkin cuba memecah dan menghuru harakan negara supaya dapat mengalih kes 1mdb.kita jngan terperangkap dgn dato jamal ikan tongkol.selamatkan malaysia
BalasPadamWak Seman Kadok (1.59 pg) nampaknya udah kembali nak berbalah
BalasPadamIngatkan udah betul berubah bila kat blog Parpukari kita kasi sekolah
Kemain pandai berlakon kat situ si tua nii melutut sembah mengalah
Kalu dah jolok sarang tabuan terima le sengat atau terjun sungai lah