Jumaat, 4 September 2015

Ustaz Kazim Tuju Ke Siapa Tu?


'Jangan ambil rasuah, elak ditimpa bala'


Penceramah terkenal, Datuk Mohd  Kazim Elias mengingatkan umat Islam agar menghindari amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan negara.‎
 
Katanya dalam Islam sendiri amalan tersebut telah diharamkan, jadi adalah wajib untuk umat Islam menghindari daripada melakukan perbuatan tersebut.
 
‎"Jangan ambil rasuah, untuk elak bala," katanya ketika berceramah di Putrajaya malam ini.
 
Dalam pada itu, Mohd Kazim mengingatkan umat Islam agar tidak berpecah-belah kerana Islam sama sekali menegah perlakuan itu.
 
"Ada masalah balik semula kepada al-Quran dan Hadis, bincang elok-elok...Jangan sampai berpecah.
 
"Buanglah ego, bersatulah semula," katanya.

Patut ler macam macam bala menimpa..! Sekadar tazkirah Jumaat..! Mohon terasa..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Org PERU bg nasihat kena hentam... siap BONGKAK lg tu. x mau ambil pelajaran dr negara org. Tu nama BODOH SOMBONG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu aku DAP, PAS dan PKR pun makan rasuah juga. Lagi dahsyat mereka ni. Tinggal kita tak focus pada mereka.

      Padam
    2. Orang lain ambil rasuah, jadi, kita pun kena ikut, cerdiknya. Ajarlah keluarga, sanak saudara kamu ikut petua ini. Islam tak ajar begini, agaknya makbapa kamu, tapi makbapa mana nak ajar begitu, kecuali penipu yang nak betulkan kesalahan sendiri.

      Padam
  2. camna nak ambil pelajaran dari negara yang lebih tinggi graf rasuahnya dari negara ini..takkan nak belajar dengan PERU cara untuk naikkan graf rasuah pulak..sapa yang BODOH SOMBONG NI sebenarnya..PERU ke mamat yang sokong PERU ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peru pernah menghukum ketua negara mereka. Mereka ada maruah walaupun miskin.

      Padam
    2. Ikutlah budaya penafian. Jangan dengar nasihat orang. Jangan dengar rintihan akar umbi. Hiduplah di alam mimpi. Taburkan lagi benih perkauman untuk cari sokongan. Ahli sayangkan umno, bukan bermakna sayangkan pemimpin yg tdk mahu jawab soalan.

      Padam
  3. Nak tanya anon 4sept 1239 ptg..
    Perlu ke belajar dari PERU???..dah terang-terang negara PERU antara rasuah tertinggi..kalau nak sarankan pun suruh la ambil pelajaran dari negara yang 0% rasuahnya..

    BalasPadam
  4. Orang bagi nasihat cuba la dengar dengan hati terbuka, tak payah lah nak perlekehkan asal dari mana..biasanya sesiapa makan cili dia akan terasa pedas, kalau tak salah, apasal pulak nak marah2 kat orang lain..nasib baik Jose ni bukan warga Jepun, kalau tak puas pro-Jibby puas nak cari modal..IACC ni bukan mamat Peru sorang je yg kritik negara kita, jangan la double-standard..perwakilan negara lain? Thanks

    BalasPadam
  5. Ambil ja lah pelajaran dr negara peru tu. Mcm na negara korup beroperasi. Iktibar.. jgn berlagak suci. Bapak balajar x tinggi x layak nk nasihat anak belajar sungguh2 sebab bapak pun sama. Cmtu gamaknya...

    BalasPadam
  6. Jibby layar dikembang sauh di labuh yg sedap sedap mentekedarah duit..macai macai penyapu dok spin bahankan negara peru..bangsat betul..

    BalasPadam
  7. Tuju kat siapa lagi ... di putrajaya ... siapa dok kat situ ... dah tahu nak bertanya pulak. ... aku rasa orang umno aja yg buat-buat tak faham.

    BalasPadam
  8. Kulit muka masing2 dah tebal mcm kulit biawak. Mana mungkin terasa. Ini kejadian di Afrika.

    BalasPadam
  9. Rakyat hanya mahukan najib letak jawatan je, gantilah sesiapa pun dalam umno tu kan ramai layak ganti....

    Rakyat berjuang demi alif ba ta hanya mahukan pemimpin yang bersih,cekap dan amanah, bagaimana di akhirat nanti jika pemimpin bernama najib ni menyeleweng dan salah gunakuasa?

    Sekurang kurangnya di akhirat nanti kami rakyat marhaen boleh jawab, kami menentang kemungkaran, bagaimana pula dengan kamu wahai chai ternakan najib?

    BalasPadam
  10. Kata nukilan mutiara hari ini,

    "Kamu ada kuasa, saya ada Allah SWT!!!"

    Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin

    BalasPadam