Rabu, 27 Januari 2016

SPRM Tak Puas Hati..!


Nak rayu apa lagi..! Jalan ke???

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Peguam Negara yang telah melepaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.6 bilion dan pinjaman RM4 bilion kerajaan kepada SRC International  pada tahun 2011.
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM  Datuk Bahri Mohd Zin pada Selasa berkata terdapat 'kemungkinan besar' bahawa suruhanjaya itu akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan kepada Peguam Negara untuk menimbang semula keputusannya dalam 'kes mudah dan jelas'.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membebaskan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan kedua-dua siasatan.

Apandi mengumumkan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

"Tiada apa-apa kesalahan jenayah," katanya dalam sidang media berhubung hasil siasatan kes berkenaan.

Bahri adalah salah seorang pengarah SPRM yang telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 7 Ogos 2015. Beliau kemudiannya dikembalikan semula ke jawatan asalnya tiga hari kemudian.

Maknanya bagi SPRM ada bukti kukuh dan perlu buat pendakwaan..! Ada kes la..! Isu sebegini tidak akan mampu menutup pelbagai kecaman dan pandangan serong rakyat terhadap AG..!

Siasat bagai nak rak hanya untuk ditutup..! Angin ler..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

22 ulasan:

  1. Harap begitulah...perlu org betul2 jujur dlm kes nii...maklum godaan banyak...cash is king...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Harapnya pihak SPRM menyiasat Peguam Negara kerana sebelum beliau membebaskan Najib dari kes RM 2.6 bilion dan SRC itu, beliau telah diberi habuan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

    ISU SRC INTERNATIONAL DAN DANA RM2.6 BILION: SPRM RUJUK KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA KEPADA PPO

    PENGURUSAN Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Januari 2016 telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

    Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik.

    Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.

    PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Dato’ Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
    PUTRAJAYA

    27 JANUARI 2016

    Kenyataan terbaru SPRM ini jelas bahawa badan penyiasat rasuah negara ini tidak berdiam diri apabila usaha mereka memerangi rasuah dan salah guna kuasa diperingkat tertinggi pentadbiran negara menghadapi rintangan. 

    BalasPadam
  4. tak pe lah.....terima je apa keputusan.....Tunggu je PRU 14...

    BalasPadam
  5. Sekarang ni Najib dah gelabah, beberapa laman blog telah disekat dari diakses, sebelum ini laman blog warga marhaen yang telah disekat, pada hari ini setakat petang ini dua lagi blog telah disekat iaitu outsyedthebox.com. dan Din Turtel.blogspot juga telah disekat.

    Mungkin lepas ni Najib akan sekat lagi banyak blog untuk menghalang pemikiran rakyat daripada mencari kebenaran mengenai isu salah laku dan jenayah Najib yang baru dibebaskan oleh Apanda Peguam Negara semalam.

    Kita juga khuatir apakah selepas ini talian internet di negara ini akan turut tergendala atas arahan Najib supaya maklumat tidak dapat disebarkan dengan meluas dan cepat kerana Najib nak sekat segala penyebaran maklumat kerana dia nak jaga kuasa dan pangkatnya itu dan untuk elakkan diri dari diheret ke mahkmah atas pertuduhan jenayah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abu Bakar, saya boleh je access blog yg disebut, my favorite blogs.

      Padam
    2. Tolong Copy Paste pereggan pertama artikel terkini dalam blog Outsyedthebox, warga marhaen, dan Din Turtle, nak tahulah kamu ni cakap betul ke bohong, saya gunakan laptop, gunakan telefon bimbit pun dapat nak akses.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Tanpa Nama27 Januari 2016 4:32 PTG, mana dia perenggan pertama artikel terkini di dalam blog-blog yang saya tak boleh akses itu?

      Bila awak nak copy paste artikel perenggan pertama pun, bukannya keseluruhan artikel.

      Semoga kamu bercakap jujurlah, kalau kamu tipu, kamulah yang berdosa sebab menipu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. saya boleh akses dua2 blog tu.mungkin gangguan sementara je kot?

      Padam
    5. RM2.6 Bil dan RM42 Juta - Selesai Pada AG Dan Najib Tapi Masih DiBicarakan DI Mahkamah Rakyat !

      Padam
    6. Tanpa Nama27 Januari 2016 6:06 PTG, selesailah sangat, sebab itulah SPRM pun tak puas hati dengan perbuatan Apanda Ali ni, susah payah mereka menyiasat kes ini untuk mencari kebenaran, tiba-tiba Apanda pandai-pandai buang kes ini begitu sahaja, malahan alasan yang diberi tak lebih dari sampah sarap sahajalah, penuh dengan perkara yang tidak jelas mengenai isu yang telah disiasat oleh SPRM itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    7. tu tajuk artikel blog dinturtle yang saya dapat akses tadi.

      hadoiii...

      Padam
  6. Udah udah ler, mmg tak sangkut punye.

    BalasPadam
  7. Kezaliman Najib nampaknya semakin bertingkat tingkat, hari ini blogger outsyedthebox sudah kena GAM!

    Tahniah Najib!

    BalasPadam
  8. Abu bakar a ba ta,
    mmg tadi saya boleh access outsyedthebox. Tapi skang ni:

    This blog is open to invited readers only
    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

    It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

    Setahu saya ni bukan di block. Tetapi chose to go private.

    Dinturtle no problem. Ini dia punya latest posting

    RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Tahu Apa-apa ! ? ? Huh .... Advisor Emeritus ?
    Wednesday, January 27, 20163comments

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila copy paste perenggan pertama artikel terkini dalam blog-blog itu, dari semalam lagi saya minta buktikan, sampai ke sudah korang tak boleh buat.

      Apa pasal blog outsyedthebox nak halang oran ke blog dia pula, kalau facebook najib tu yela, dah sekat komen yang kritik najib.

      Tak payah nak auta, hakikatnya rejim najib korup ni dah goyang sampai main taktik kotor macam ni.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Najib sekat laman blog adalah siri fitnah2 terbaru terhadap Najib selepas kerabat diraja saudi mengesahkan pemberian derma RM 2.6 billion.Tuan-tuan semua sedarlah akan fitnah2 ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak membohong apa lagi, laman blog outsyedthebox, warga marhaen, dan din turtle memang tidak boleh diakses, sebab sebelum ni bila kit klik akan papar laman web itu tidak boleh diakses di malaysia kononnya kandungan laman web itu bertentangan dengan undang malaysia, lepas sekarang ni, file not found pula. Perkara yang sama berlaku jika kita klik laman web sarawak report yang telah di sekat oleh rejim korup najib sebelum ini. Ini adalah bukti ketiga-tiga laman blog itu turut diainaya oleh rejim korup najib ini.

      Kepada juak najib tak payah nak putarlah, sampai sekarang korang tak dapat nak copy paste ke sini perenggan pertama artikel terkini dari blog itu.

      Sedarlah semua.

      Salam per juangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  10. Fitnah tak boleh dibiarkan...macam sampah depan rumah ko lah...WAJIB BLOCK!!!
    Bahri tu otak hijau tu (PAS)

    BalasPadam
  11. Salam Tuan Abu Bakar

    Memang dah kena block..tapi still boleh buka..kalu tahu caranya..nasib baik tahu IT ckit...skang saya cuba minta izin dari Din...kang bgtau...cai2 ngn pemakan dedak kacau..

    RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Tahu Apa-apa ! ? ? Huh .... Advisor Emeritus ?


    Mkini

    Menarik artikel dari Mkini ini, saya copy sepenuhnya -

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.

    Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana dari anak syarikat SRC International ke akaun-akaun bank dalam tiga bahagian – RM5 juta, RM10 juta dan RM27 juta.

    Seksyen 403 adalah berkaitan “menyalah guna harta dengan curang”.

    Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.

    Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.

    Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.

    Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.

    Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya.

     
    Menarik sebab dakwaan di atas adalah berkaitan dengan RM42 juta dari SRC yang hampir tidak disentuh atau tidak dijelaskan oleh AG semalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pohon beri tahu kaedahnya, saya kini dah tak dapat nak baca artikel dan komen dalam blog outsyedthebox, warga marhaen, dan Din Turtle, banyak maklumat dan pandangan dalam blog-blog tersebut. Pohon tuan bantu saya. Sekian, terima kasih.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  12. Baru kami sedar mengapa Najib saying sangat kat binatang panda tu, sebab pahlawan perang beliau yang kuat mempertahankan beliau daripada tindakan undang2 ialah saudara Arul Kanda, Ananda Krishnan juga yang baru ialah Apanda Ali. uh...uh.....uh... kasian kat binatang China tue. Nasib si panda-panda....

    BalasPadam