JAKARTA - INDONESIA. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) nahas AirAsia QZ8501 yang memasuki seminggu, setakat ini telah menemui 30 mayat dan dua objek besar yang dipercayai bangkai pesawat itu.
Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo berkata, berdasarkan kepada saiz dan jenis dua objek besar di dalam dasar laut itu, pihaknya yakin ia adalah bangkai pesawat AirAsia.
"Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa siaran televisyen tempatan.
Beliau berkata, bahagian paling besar dianggarkan bersaiz sekitar 10 meter kali lima meter dan kedua-dua objek besar itu berada kira-kira 30 meter di bawah permukaan air.
Daripada 30 mayat yang ditemui itu, 17 adalah lelaki dan 13 lagi perempuan dan jenazah-jenazah itu dihantar ke Hospital Bhayangkara, Surabaya untuk proses kenal pasti.
Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Disember).
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia serta United Kingdom.
Kru terdiri daripada enam Indonesia dan seorang Perancis. - Bernama
Sementara itu dilaporkan...
JAKARTA – INDONESIA. Suasana hening dan pilu bertukar gempar apabila satu daripada tujuh jenazah mangsa nahas QZ8501 dilaporkan terjatuh semasa dipindahkan ke hospital.
Memetik laporan dari portal berita Kompas.com, insiden tercetus sebaik jenazah itu dibawa turun dari sebuah kenderaan di Hospital Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan, hari ini.
Menurut laporan tersebut, proses pemindahan jenazah ke hospital tersebut bermula lancar pada awalnya.
Bagaimanapun jenazah ketujuh penumpang QZ8501 yang dibawa turun oleh petugas dilaporkan terjatuh tiba-tiba sebelum diletakkan di atas troli.
Insiden tersebut menyebabkan suasana bertukar panik lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu-ibu mangsa sebelum dapat ditenangkan oleh petugas-petugas khas.
“Tolonglah, tolong bantu angkat jenazah itu!” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Sejurus menyedari keadaan jenazah, petugas-petugas bergegas membetulkan posisi jenazah tersebut.
Setakat ini, 30 mayat dilaporkan ditemui semasa usaha mencari dan menyelamat dijalankan.
Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya berjaya dikenal pasti.
Pihak berkuasa melaporkan, pencarian ke atas 132 mayat mangsa nahas tersebut masih diteruskan.

Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan