Selasa, 4 Ogos 2015

Siapa Pihak Lain Tu..?

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 Ogos, 2015. 
Tak elok agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dilihat tidak sefahaman... lebih lagi kalau dilihat bercakaran..! 

Sebab tu kenyataan pihak SPRM semalam mengundang hentakan meja dan semburan air liur di warong warong kopi pagi ini..!

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.
"Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran.
"Tiba-tiba DPP kami diambil pada pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.
Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.
Beliau turut melahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka yang menyiasat 1MDB.
"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," katanya.
Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai "draf pertuduhan".
Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara.
"Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula," katanya.
Satu pasukan, dipercayai daripada Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini.
Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu.
Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.
Sabtu lepas, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama.
Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.
SPRM bagaimanapun menafikan kebocoran dalam penyiasatan Putrajaya berhubung firma pelaburan negara yang dibebani hutang itu dibuat orang dalam agensi anti-rasuah itu.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob pada 21 Julai berkata Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan yang dijalankan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga itu berakhir pada Februari. – 3 Ogos, 2015.
Penangan 1MDB..!
Bila menyentuh 1MDB jer semuanya besau besau..! Jumlah duit nya besau..! hutang pun besau..! bunganya ajer pun dah cukup besau..! orang yang terlibat pun orang besau besau..!
Agak agak kalau kena mesti makan besau..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!


5 ulasan:

  1. Kenalah jugak adakan penjagher yang besau agak macam kandang kebau. Pagau mesti ada takut2 kalau dimasuk ulau. Sediakan pisau supaya senang dikelau kebau bila lapau. Lahabau!!!!!

    BalasPadam
  2. bubarkan saja sprm

    BalasPadam
  3. setakat nak mengata org bole lah. Sekarang ni memang ramai yg pandai dari yg cerdik, juga rama yg pintar dari yg bijak. semua dah bertaraf hakim...

    BalasPadam
  4. Isunya di sini adalah perbuatan Najib ini boleh didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram. Ini kerana jumlah wang yang disalurkan itu tak kiralah kecil atau besar, tetapi wang itu tidak diketahui sumbernya, patutnya perkara ini perlu diishtiharkan kepada pihak yang berwajib, apakah Najib menghishtiharkan kemasukkan dana itu kepada pihak yang berwajib mengenai jumlah, dari siapa pendermanya, dari sumber mana penderma itu, kerana kita risau sumber 'derma' itu adalah sumber yang menyalahi undang-undang seperti pelacuran, perjudian, dadah, vcd/dvd/kaset cetak rompak, barangan tiruan, pemerdagangan manusia, pejualan organ manusia, urusniaga senjata api yang menyalahi peraturan antarabangsa, pusat maksiat, pemerasan, ceti haram, rasuah, atau lain-lain sumber yang meragukan.

    Oleh itu pihak berkuasa terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman perlu menyiasat perkara ini. Jika terlibat dengan unsur rasuah, maka serahkan kepada pihak SPRM, tapi kalau jenayah lain seperti diatas tu, maka Jabatan Siasatan Jenayah perlu ambil tindakan siasatalah.

    Apa yang pelik kini adalah para penyiasat dari SPRM, BNM, serta Jabatan Peguam Negara, malahan Peguam Negara pun dipecat dari jawatannya serta merta tanpa sebarang alasan yang munasabah, siap bohong lagi kata Tan Sri Gani sakit, sedangkan dia masih ok dan bila datang ke pejabat, dia dihalang masuk ke pejabatnya, malahan notis pun tak diberikan kepada Tan Sri Gani mengenai pemecatannya itu, apahal ni semua?

    Pihak PDRM perlu segera menahan Najib, kerana dia sekarang ni dah dianggap sebagai suspek kes jenayah, sampai bila nak biarkan suspek jenayah itu bebas di luar sana? Jangan jadikan kes Najib ini sebagai rujukan oleh orang lain yang buat jenayah di masa akan datang untuk mencabar penangkapan mereka oleh PDRM pula selepas ini.

    Nanti kita tak maulah bila ada suspek pengubahan wang haram ditangkap dia nak lepaskan diri maka digunakan alasan PDRM tak tangkap Najib walaupun Najib ada kes pengubahan wang haram. Apa akan jadi dengan undang-undang kita kelak?

    Kesimpulannya Najib perlu ditangkap atas dakwaan membuat pengubahan wang haram, jika tiada tangkap dibuat oleh pihak polis, maka pihak SPRM perlu menyiasat pihak PDRM terutama Ketua Polis Negara atas dakwaan tidak menjalankan tugas dengan betul dan melakukan salah guna kuasa dengan tidak menangkap suspek jenayah.

    Sedarlah semua.

    BalasPadam
  5. Ramai yg tak faham mengapa sprm keluarkan kenyataan tersebut. Ramai yg rasa sprm sudah dibeli dan tak boleh dipercayai lagi.Jangan cepat menuduh dan melenting. Kata orang putih.. read between the line. Bila dah faham baru buat kesimpulan yg bijaksana. Baca dulu The Art of War by Sun Tzu. Trust me.. sprm tau apa yg mereka buat.

    BalasPadam