Jumaat, 14 Ogos 2015

HOT ~ PM Tak Boleh Beli Saya ~ Ahmad Said..!


Khabar dari Kemaman..!

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibeli oleh sesiapa, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

“Orang tidak boleh beli Mat Said, PM,” katanya sambil berkata “nanti saya cerita”.

“Kalau saya terima saya dah jadi jutawan. Saya tak terima satu sen pun.”

Ahmad pernah keluar Umno selepas disingkirkan daripada kedudukan dalam kerajaan negeri pada 12 Mei lalu.

Beliau bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno dua hari kemudian, yang menimbulkan spekulasi beliau dibayar.

Malaysiakini menyiarkan komen pembaca berhubung spekulasi berkaitan dalam ruangan "YourSay” sebelum disaman Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapannya di mesyuarat Umno Kemanan hari ini, Ahmad bersumpah tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.

“Mat Said tak pernah ambil duit,” katanya. sumber

Dihidangkan juga video berkaitan duit derma...


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyindir kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Tiba-tiba ada menteri yang kata derma politik adalah normal. Lepas itu ada menteri kata lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

“Lepas ini kaya-raya wakil rakyat, derma politik masuk akaun sendiri.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat baru kata ini duit parti,” katanya kepada perwakilan Umno Kemaman dalam mesyuarat agung tahunannya.

Wang RM2.6 bilion itu yang dilapor dimasukkan dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan diderma dari Timur Tengah.  sumber

Sayang bertompok tompok...benci merata rata..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Apa boleh buat ,pemimpin tak amanah, rakyat merana. Masih ada segelintir pemimpin memberi jawapan bodoh untuk membetulkan kesalahan. Lagi banyak jawapan dan tindakan yang pelik membuat rakyat makin termuntah.

    BalasPadam
  2. pemimpin umno buat apa che mad.....
    sibuk bercakar sesama sendiri....kerana jawatan dan tembolok.
    dah tau dap begitu agresif.....pemimpin umno tengok jer ke ? tak ada anisiatif...melongo jer ? tunggu peruntukan ?
    jangan sembang jer lebih.....
    merajuk tak nak undi.....

    BalasPadam
  3. Alahai itulah cerita orang dah tak ada jawatan.Kalau betul ada bukti serah pada polis dan sprm jangan gebang je lebih buktinya mana.?dalam Islam pun kena ada bukti .sudah mat said kamu tu tak tahu rukun Iman ke 6?patutnya kamu bersyukur dah pernah jadi MB terengganu.cukuplah beri peluang orang lain pulak.

    BalasPadam