Rabu, 12 Ogos 2015

5 Pilihan..!


Dah jelas, terang ditunjukkan oleh rakyat..! Tunggu apa lagi..!!!

A Kadir Jasin

TEUKU Adan bin Teuku Mansor menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad “the green-eyed monster”. Diterjemahkan literal ke bahasa Melayu, raksasa bermata hijau.

Raksasa bermata hijau atau tidak, kebijaksanaan harian (conventional wisdom) mengatakan bahawa Dr Mahathir lebih diyakini dan lebih popular daripada Teuku Adnan.

Mohon maaf saya menggunakan gelaran Teuku dan bukan Tengku atau Tunku kerana lama sebelum beliau menjelma menjadi “Tengku Adnan”, nama asal beliau adalah Teuku Adnan. Itulah gelaran beliau sewaktu saya mula mengenali beliau sebagai ahli perniagaan pada awal tahun 1980-an.

[Teuku adalah gelar ningrat atau bangsawan untuk kaum pria suku Aceh yang memimpin wilayah nanggroe atau kenegerian. Teuku adalah seorang hulubalang atau ulee balang dalam bahasa Acehnya. Sama seperti tradisi budaya patrilineal lainnya, gelar Teuku dapat diperoleh seorang anak laki-laki, bilamana ayahnya juga bergelar Teuku. Seorang Teungku dapat pula berubah menjadi Teuku, apabila ia dialihkan dari jabatan keagamaan ke jabatan pemerintahan atau sebaliknya. Bacaan lanjut di sini.]

Malangnya, bagi kita yang berfikir dan membuat analisis mengenai krisis politik (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak berasaskan kebijaksanaan harian (conventional wisdom), kita akan tersesat kerana beliau dan jentera diayah beliau telah lama mengetepikan kebijaksanaan harian.

Namun bagi kita yang masih berpegang dan percaya kepada “conventional wisdom”, kita mempunyai berapa kaedah yang boleh digunakan bagi memahami dan mengungkai kekusutan yang kita hadapi sekarang. Antaranya:

1. Mohd Najib boleh memilih untuk terus bertahan dengan menggunakan kuasa pentadbiran (executive power). Tetapi pemerintahan serta ekonomi negara akan terus terumbang-ambing kerana kredibiliti kerajaan yang rendah. Umno dan Barisan Nasional akan semakin lumpuh dan pembangkang mempunyai modal besar untuk pilihan raya umum akan datang.

2. Pihak-pihak yang menentang Mohd Najib boleh menggunakan kuasa perundangan (legislative power) untuk memaksa beliau berundur melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ahli Dewan Rakyat daripada BN dan pembangkang boleh membuat pakatan dua pihak (bi-partisan) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau atau melalui perutusan (deputation) kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Gerakan massa (mass movement) boleh menggunakan keingkaran sivil (civil disobedience) secara aman dan sah dalam semangat Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

4. Menggunakan saluran kehakiman. Pendapat umum dan kebijaksanaan konvensional mengatakan bahawa sudah terdapat bukti (evident) yang mencukupi untuk mendakwa beliau di mahkamah berkaitan "derma" RSC International dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

5. Jalan keluar terhormat dan terjamin bagi Mohd Najib adalah merundingkan laluan selamat (safe passage) di mana beliau tidak akan dituduh di mahkamah dengan syarat beliau meletakkan jawatan. Namun inilah yang diidam-idamkan oleh pembangkang kerana ia akan memberikan mereka modal mutakhir untuk PRU akan datang.

Kaedah kelima bukanlah baru dalam sejarah Malaysia cuma ia belum pernah membabitkan seorang Perdana Menteri. 

Ramai pemimpin politik daripada menteri, menteri besar, ketua menteri dan ahli parlimen meletakkan jawatan bagi mengelak daripada diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.

Tetapi ada juga pemimpin tertinggi Umno/BN yang memilih untuk dibicarakan daripada mengundurkan diri secara sukarela. Ada yang sabit kesalahan dan ada yang dibuang kes.

Kesimpulannya, Mohd Najib boleh memilih untuk bertahan dengan menggunakan kuasa politik dan wang untuk menambat hati ketua-ketua Umno dan anggota kabinet atau memeras ugut mereka yang ada rangka bergantungan dalam almari.

Beliau boleh menggunakan kuasa pentadbiran untuk membeli kesetiaan kakitangan awam atau mengenakan tekanan ke atas mereka seperti yang dilakukan ke atas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC).

Malangnya, bagi rakyat jelata masalah mereka tidak akan dapat ditangani dengan berkesan kerana tumpuan Perdana Menteri adalah untuk menyelamatkan diri beliau dahulu selain hakikat bahawa kerajaan pimpinan beliau telah hilang keyakinan umum.

Di pihak penentang Mohd Najib pula, khususnya anggota perundangan (legislative), mereka sepakat bahawa Mohd Najib perlu disingkirkan demi kelangsungan negara tetapi tidak mempunyai keazaman politik (political will) untuk berpakat menjatuhkan beliau melalui undi tidak percaya.

Sementara di kalangan elit Umno dan BN pula, hipokrasi menjadi kata kunci – di depan puji dan puja di belakang caci dan cerca. Tetapi suara berani ahli akar umbi meminta Mohd Najib mengundurkan diri sudah mula kedengaran di mesyuarat agung tahunan bahagian-bahagian Umno.

Wallahuaklam.


Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Najib Apa ko letak jawatan?

    Adakah jawatan PM tu kepunyaan hak peribadi ko ngan rosmah ke?

    Muka tak tau malu ni buat muka selamba je padahal majoriti rakyat suruh letak jawatan

    Apa masalahnya ganti dengan orang lain?

    Sekarang ni berbagai masalah ditanggung rakyat, ya betul rakyat yang terpaksa menanggung segala masalah dan kemelut yang dihadapi hari ini!

    Letak jawatan aje la Najib.

    BalasPadam
  2. ahli jangan berpecah.....rakyat bersatu. pthuih.....inilah orangnya melayu mudah lupa. sebab 2.6b tak masuk akaun dia. merapu...meroyan.

    BalasPadam
  3. 9.51 cuba beri penerangan kenapa duit haram, riba dan syubha 2.6 billion tu kami rakyat marhaen jadi merapu? Meroyan?

    Bagaimana pula dengan golongan yang bersekongkol dengan najib dan 2.6 billion duit haram, riba dan syubha di sisi Allah S.W.T?

    Apakah yang akan terjadi duit 2.6 billion duit haram, riba dan syubha itu diberi makan kepada anak2, isteri rakan2 dan saudara mara?

    Beranikah chai2 semua berkata "ini duit hasil dari upah najib beri...korang tak kisahkan?"

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2.6 bilion duit derma kepada Najib. Suka hati dia la nak buat apa. Nak derma kat rakyat ke? Nak bagi ahli pati ke suka dia la! Cuba orang bagi ko derma rm1000.00, Adakah duit itu haram. Ooo orang lain dapat haram ko dapat halal.

      Padam
    2. itu bukan derma la bodo ..itu duit komisen kerana beri kelulusan pinjaman pada pak arab...

      Padam
    3. Takde orang yang waras akal derma billion2 untuk dana politik!

      Bill Gate dan putera alwalid tu derma billion2 untuk kemanusiaan, bukan politik!

      Jholoktaik pon derma juga tetapi untuk penyelidikan kanser di US, tetapi babi ni bukan beri derma kat malaysia, inilah kawan baik Najib....chai tak percaya? Pi google

      kalau derma juta2 tu memang ada.

      Padam
  4. Engko orang pakar ekonomi ke? Pakar ekonomi kata Ekonomi Malaysia OK. Engko orang x merasa ke peritnya hidup pada tahun 1998, zaman Mahadir dan Anwar (menteri kewangan)
    Rujuk sini:
    http://panggungopera.blogspot.com/2015/08/kejatuhan-nilai-ringgit-apa-cerita.html

    BalasPadam
  5. pada zaman tun gaji 500 tu ok aje...siap bole beli moto kap chai lagi...

    BalasPadam
  6. pada zaman madey......minta ahli bersatu...... rakyat mesti bersatu menentang anasir luar yang ingin menjajah dan menjatuhkan negara. itulah dia....melayu mudah lupa. sembang lebih. sekarang jadi bapak lanun. bolih pulak suroh buat demonstrasi. memang melayu mudah lupa.
    hilang terus hormat aku pada melayu ini. sorry.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chai1.37,

      Kami tak sokong najib, tun, tsmy

      Sebaliknya kami sokong mana2 pengganti najib yang dipilih oleh umno sendiri.

      Amacam chai?

      Padam