Isnin, 24 Ogos 2015

Pengakuan Orang No2 SB Di Tukar..!


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..! Kalau tak ditukarnya tentu kita pun tak tahu cerita cerita panas lagi sensasi yang cuba di sorok kan dari tatapan umum..! 

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau percaya keceluparan beliau berhubung beberapa isu, termasuk siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengakibatkan beliau dikeluarkan dari pasukan polis.
Beliau memberitahu pemberita hari ini, keengganan beliau menjalankan "agenda" tertentu juga mungkin menjadi sebahagian penyebab beliau menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Khabar angin mengenai pertukaran saya sudah empat bulan kedengaran, mengatakan ada 'kuasa yang tidak dapat dilihat' yang tidak mahu saya terus duduk dalam Cawangan Khas," Hamid memberitahu sidang akhbar di Kota Damansara hari ini.
"Ia mungkin disebabkan saya meminta siasatan terhadap 1MDB dijalankan secara telus," katanya sambil menambah, beliau dimaklumkan mengenai pertukarannya ke sebuah bahagian keselamatan baru di JPM pada 18 Ogos.
Beliau berkata, 2 minggu sebelum arahan pertukaran itu dikeluarkan, beliau diminta hadir ke Bukit Aman untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik timbalan perdana menteri (TPM), di mana beliau diberi dua pilihan berhubung kedudukannya.
"TPM yang juga menteri dalam negeri tepuk belakang saya dan berkata, beliau sudah jumpa PM selepas solat Jumaat dan saya ada dua pilihan ke mana saya hendak pergi.
"Iaitu sama ada ke Majlis Keselamatan Negara atau JPM," kata Hamid.
Katanya, beliau terkejut dengan perkara itu tetapi memilih untuk ditukar ke JPM.
Hamid berkata beliau juga mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum bertemu Zahid, di mana beliau memberitahu ketua polis negara itu hasratnya untuk kekal dalam pasukan polis.
"Saya terpaku dan terkejut. Tetapi, pada 17 Ogos, saya terima arahan pertukaran untuk memegang jawatan sebagai timbalan pengarah bahagian jenayah rentas sempadan.
"Ia membuatkan saya berfikir, kenapa mereka perlu ada unit ini apabila kita sudah ada unit pencegah keganasan dan jabatan lain yang boleh diharap," kata Hamid.
Katanya, selepas menerima arahan itu, beliau bertanya JPM mengenai unit itu.
"Saya diberitahu yang jawatan itu belum siap lagi dan Jabatan Perkhidmatan Awam masih sedang memikirkan tentangnya."
Jawapan yang diterimanya itu membuatkan beliau percaya jawatan itu hanya dicipta dan pertukaran itu dibuat bagi menempatkan beliau dalam keadaan “cold storage” (tugasan dibekukan).
Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Khalid yang pertukarannya ke JPM ialah satu bentuk pengiktirafan.
"Saya minta maaf, Tuan IGP. Anda bos yang baik, tapi saya tak rasa ia satu pengiktirafan."
Pertukaran Hamid ke JPM dibuat selepas orang nombor satu Cawangan Khas, Datuk Seri Akhil Bulat, bersara pada 17 Ogos. Akhil digantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Haron, yang sebelum ini pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Hamid berkata beliau tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan terhadap Akhil menjelang hari persaraannya.
Bekas pengarah itu pergi bercuti untuk melawat anak-anaknya yang belajar di luar negara dan penggantinya diumumkan ketika itu.
"Cara pelantikan itu sangat menghina," katanya, sambil menambah Akhil bukan seorang yang suka mengadu tetapi beliau (Hamid) rasa terpanggil untuk bersuara bagi pihaknya.
"Beliau dalam pasukan polis selama kira-kira 40 tahun. Ya, dia tidak mahu memperbaharui kontraknya tetapi mengapa perkhidmatannya berakhir dengan cara begitu sedangkan beliau masih ada dua minggu lagi?"
Hamid turut menafikan beliau kecewa kerana tidak dilantik sebagai pengganti Akhil.

Lagi..

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi utama SRC International Sdn Bhd dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu".
Tanpa memberi maklumat secara terperinci, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi utama itu sebelum ini bersembunyi di Indonesia dan Thailand.
Bagaimanapun, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi itu kini berada di New Zealand untuk menyembunyikan dirinya.
"Ada usaha untuk sembunyikan saksi utama SRC International. Mereka ialah saksi yang dikehendaki oleh SPRM.
"Salah seorang saksi utama telah berjaya larikan diri. Mula-mula ke Indonesia, kemudian Thailand. Sekarang dia bersembunyi di New Zealand.
"Ada usaha (supaya) saksi menyembunyikan diri dengan bantuan kuasa-kuasa tertentu," katanya dalam sidang media hari ini.
Semalam, SPRM meminta supaya ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil serta Pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin segera hadir ke suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.
Low bagaimanapun mengeluarkan kenyataan akan membantu SPRM dan wakilnya akan menghubungi badan tersebut bagi mengetahui bagaimana beliau dapat membantu.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid juga berkata bahagian cawangan khas pernah menasihatkan kerajaan supaya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu 1MDB sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, nasihat tersebut tidak dipandang secara serius oleh kerajaan.
"Dua tahun dulu, kami dah beritahu kerajaan tentang perkara ini. Mereka rasa mereka yakin dan boleh menjelaskan tentang apa yang berlaku.
'Masih kabur'
"Malangnya sampai sekarang masih kabur. Dia ingat mudah," katanya pegawai kanan polis yang berkhidmat selama 37 tahun.
Justeru itu, tanpa menamakan sesiapa, beliau menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tampil dan menjelaskan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku.
Jika ada keperluan, Abdul Hamid berkata, beliau mungkin akan membuat satu lagi sidang media bagi menjelaskan isu berhubung 1MDB.
"Kekeliruan yang timbul sekarang tentang 1MDB. Tampillah ke depan. Terangkan apa yang berlaku.
"Anda kena berani, jadilah seorang lelaki dan datang ke hadapan. Kalau penjelasan benar, rakyat boleh terima.
"Mungkin jika ada keperluan di masa akan datang, kalau diperlukan penjelasan lanjut (mengenai 1MDB), saya dengan rendah diri menawar diri untuk tampil sekali lagi," katanya.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata, terdapat juga "kuasa-kuasa halimunan" yang didakwanya masuk campur dalam urusan institusi keselamatan negara sehingga menyebabkan beliau dipindahkan.
Beliau mendakwa "kuasa halimunan" itu mengeluarkan kenyataan dan amaran yang bersifat untuk menakutkan pegawai kerajaan.
Ditanya identiti "kuasa halimunan" itu memandangkan pihak yang berada di atas PDRM ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata:
"Awak dapat lihat siapa yang bagi kenyataan? Itulah orangnya. Yang memberi amaran itu ini, nasihat pada pegawai kerajaan beritahu itu ini tak boleh," katanya tanpa menamakan mana-mana individu.
dan lagi...
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mengakui beliau mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan pandangan negarawan itu mengenai isu nasional dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, pertemuan itu juga bertujuan memujuk Dr Mahathir supaya tidak lagi secara terbuka menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia diadakan dalam tempoh masa sepanjang tiga tahun lepas di bawah arahan pengarah cawangan itu ketika itu, Datuk Seri Akhil Bulat.
"Saya bertemu beliau (Dr Mahathir) empat kali dalam tempoh tiga tahun yang lalu... untuk mendapatkan pandangannya mengenai isu nasional dan juga berkenaan 1MDB.
"Saya juga bertemu beliau untuk menasihatinya supaya tidak menyerang Najib secara terbuka, yang pada mulanya beliau bersetuju," kata Hamid.
Hamid berkata, beliau menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan memanjangkan apa sahaja isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri itu kepada Putrajaya.
"Tun (Dr Mahathir) bercakap tentang projek tertentu, tentang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), beliau kata ia salah, jadi saya beritahu bos saya tentangnya.
"Tun belum nyanyuk lagi. Pemikirannya sangat tajam," kata Hamid.
Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar 1MDB, malah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana cara beliau mengendalikan firma itu, di mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu bulan lalu berkata, beliau tidak lagi akan bercakap mengenai hutang syarikat itu kerana ia kini dianggap satu "jenayah" untuk mengemukakan soalan mengenai firma pelaburan negara yang bermasalah itu. 

lagi...dan lagi...!

Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador hari ini tampil mendedahkan empat perkara berhubung isu yang melanda negara, termasuk kemungkinan sebab beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ketika ditemui pemberita hari ini, beliau berkata, empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam Cawangan Khas (SB); pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan nadi rakyat.
“Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia. Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa,” katanya kepada media di Kota Damansara, hari ini.
1. Cawangan Khas
Beliau berkata:
“Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum ini, oleh mereka yang nakal. Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka berikan tetapi selepas 36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas.‎
“…yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab, menjalankan kerja dengan penuh amanah, dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. 
“Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap.
“Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan.
“Ia dirangkumkan dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun, disuling edit, akan dibanding dengan maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat kualiti rendah atau palsu”.
2. Perpindahan ke Jabatan Perdana Menteri
Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata, perkara itu sudah lama kedengaran.
“Sementara misteri mengenai perpindahan saya, desas-desus mengenai akan berlaku dalam pucuk pimpinan unit sudah lama kedengaran, kami mendapat maklumat-maklumat bahawa ada pihak yang tidak menyukai kepimpinan yang sedia ada, atas sebab apa saya tidak tahulah, mengapa? Saya dijadikan ‘alat’ dalam perkara ini, sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa tindakan yang salah.
“Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan yang hanya mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab saya, rezeki pangkat saya ataupun jawatan saya itu tidak menjadi perkiraan di dalam diri saya, tidak pernah saya, mengatakan saya yang akan mengantikan Pengarah SB, tidak! Tidak meletakkan matlamat saya, untuk jadi pengarah, tetapi ada pihak meragui dan tidak menyukai wajah saya ke? Ataupun peranan saya di situ… jadi baru-baru ini keluar perintah ditamatkan. Perkhidmatan kontrak dengan serta- merta.
“Dalam pada itu keluarlah cerita, nombor dua akan dikeluarkan sebab ada kuasa halimunan tidak mahu saya ke situ, Alhamdulillah saya kata, saya dengan penuh kesabaran, kalau mereka berkata begitu inilah rahmat, saya tidak menjadi sebahagian institusi digunakan seterusnya untuk berbuat atau menggunakan tindakan ikut kehendak kuasa halimunan tadi.
“Sebagai saya seorang insan biasa, tidak lihat kepada jawatan dan pangkat itu sebagai rezeki, saya turut melihat pada kesihatan saya penting.
“Dalam hal ini saya tidak dinamakan dikekalkan dalam jawatan itu sebagai rahmat yang Allah berikan. Sedikit saya tidak sedih, saya terima dengan terbuka dan kosongkan pejabat saya.
“Saya terima sekarang selepas ini saya akan tunggu selepas 17 haribulan perintah pertukaran saya, beri tempoh saya sampai satu bulan untuk saya lapor diri kepada PM, yang menghairankan saya apabila saya tanya pihak JPM adalah jawatan itu belum sedia lagi, masih hendak berbincang dengan pihak JPA, Ya Allah kalau dah ada jabatan itu dalam cuti ini saya sanggup pergi, saya batalkan cuti saya, saya laporan diri, jawatan pun tiada lagi jadi? Kalaulah ini satu pengiktirafan minta maaf Ketua IGP, saya tidak anggap begitulah.
“Kalau JPA tidak tahu, saya tunggu saya lapor atau tidak sebelum 17, saya sekarang saya cuti, saya hendak kosongkan pejabat untuk puaskan nafsu halimunan ini, takut sangat saya duduk di situ, saya okay, saya tidak sempat salam, ramai anak buah saya yang tidak tahu saya sudah kluar dari Bukit Aman, apabila keluar perintah, mereka tidak tahu.
“Satu masa saya akan jumpa, tiada emosi tiada marah, Apa yang saya cakap itulah kebenaran, saya harap apa yang keluar dari mulut saya kebenaran,” katanya.
3. Tekanan terhadap penjawat awam
Mengenai tekanan penjawat awam dalam menjalankan tugas Abdul Hamid berkata, tekanan banyak dihadapi oleh pegawai kerajaan dalam bidang penguatkuasaan.
Katanya:
“Saya tidak terbabit langsung dalam menangkap pegawai SPRM atau lain-lain sewaktu saya sebagai Timbalan Pengarah SB.
“Jadi bila berlaku titik hitam ini tindakan maha luar biasa ke atas pegawai SPRM ini saya rasa amat terpanggil untuk beri penjalesan komen, perkara ini sebenarnya menjijikkan atas alasan apapun kita mesti lihat semangat undang-undang yang telus.
“Kenapa kuasa tangkap harus digunakan (ke atas) pegawai SPRM yang berintegriti tinggi, bukan penjenayah, bukan samseng dan ajaran sesat dan bukan IS. Mereka pegawai SPRM. Kenapa tangkap mereka? 
“Selepas keluar kenyataan untuk takutkan pegawai ini perlakuan jijik dan hina, kenapa keluarkan amaran ini Malaysia negara maju, kenapa ugut?
‎”Saya seru kepada mereka yang ada kuasa di Putrajaya jangan gunakan taktik sebegini untuk takutkan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan taat kenapa mereka ditakutkan, khusus bidang penguatkuasaan‎”.
4. Nadi rakyat
Mengenai nadi rakyat, Abdul Hamid berkata, ada mesej yang hendak disampaikannya terutama sekali kepada ‘orang atasan’‎. 
“Saya nak sampaikan mesej di Putrajaya. Mereka yang punya ijazah tinggi melangit, bidang pengurusan universiti ternama, mereka yang ada kuasa politik di Putrajaya saya seru bukalah mata, buka telinga, jangan pekakkan telinga. 
“Buang denial syndrom. Ni adalah faktanya. Rakyat gelisah, rakyat keliru, tertekan di bawah. Segenap lapisan tanpa kira kaum, agama, umur, profesion, wilayah. Sama ada di Tawau atau di Kuala Perlis. Rakyat gelisah, marah dengan apa yang berlaku sekarang,” ujarnya.
Kan sesuai dengan slogan 'zaman kerajaan tahu semua telah berlalu'
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Kesian Datuk ni dia timbalan pengarah cawangan khas patutnya dinaikkan pangkat sebagai pengarah. Tetiba Datuk Fuzi Haron yang dilantik. Jika beliau yg dapat promotion hari tu tak la meroyan sampai hari ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hikmahnya bang. Kalau tak terjadi masakan kita tau apa yang sebenarnya berlaku. Lagi pun lebih membukakan mata kita apa yang sedang berlaku jat atas tuh.

      Padam
    2. Melayu memang suka dibodohkan kalau kita lihat cara ANON 8.21 pg buat komen

      Bagi ANON 9.31, saya setuju dengan komen anda

      Tak tahulah.......melayu memang suka dibastardised ole najib dan zahid...

      Padam
    3. Mangkuk ni ingat semua orang macam pemimpin UMNO, kalau tak dapat jawatan terus merajuk. Peh. Megat Panjialam konon. Sekali kena herdik dengan SB terus terkencing berak dalam seluar.

      Padam
    4. Megat kalau pun nak makan dedak makan lah sendirian dan tak perlu nak jemput orang yang biasanya makan nasi.

      Padam
    5. laaa kn nama dia megat penjilat alam....zahid najib rosmah abis dia jilat....pling dia suka pan jilat rosmah laa kotttt....puiii

      Padam
  2. Inilah RED BEAN ARMY SEBENAR! Sgt desperate nak tumbangkan najib, kerajaan, umno, barisan.....sebab tu istiqamah, langsung tak sentuh DEIG dan scandal rm7 billion tu!

    Nampak terang lagi bersuloh! Minda, jiwa, agama, sepenuhnya red bean...bukan utk kebenaran atau nak bela rakyat! Pilih memilih isu agar agenda sendiri tamak haloba tercapai.....

    Ni yg seksa azab nanti...putar belit demi s3suap nasi....ptuihhhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang grassroot umno dan rakyat biasa hendak adalah NAJIB TURUN TAKHTA.....faham ke?

      Kita tak hendak kerajaan bn diterajui umno tumbang!

      Isu DEIG isu pkr......thats beside the point.

      La ni isu 1MDB, SRC, duit derma.....dsgnya adalah isu yang menyebab umno dan bn berkubur. Itu salah najib. Kalau melayu umno tak faham real isu ini, jangan cakap pasal red bean army, seksa, azab dan lain2........

      Cuba buka mata, pasang telinga dan buka minda anda. Bawa solat ishtikharah.....muhasabah diri.

      Cuba fikir masa depan anak cucu cicit kita....

      Jangan kerana wang dihambur pada anda, mata anda gelap dan mulut anda terkunci.....wang rasuah adalah haram. Rela mati defending najib mati katak...sama kes bunuh diri.....ada faham?

      Kalau tak faham lagi.,..SAH BODOH DAN BANGANG

      Padam
    2. dei macha...anon 11.13 ko ni pang5 si bugis tue ke....deig tue kes krajaan selangor daaa lg pon bkn masuk acc azmin pon...ni si jabauk najib ni da masuk dlm acc die... lg pon najib ni pee em malaysia....jd smua org rkyt mlysia kne tggung angkara musibat ni...phm x!!!!

      Padam
    3. anon 11.13... hang pon dapat 1j kew....loaded laaa hang

      Padam
    4. Ahaiii
      Woit mak enon 11.23 PG...itu DEIG, Azmin PKR punya cerita

      Tu dia punya pasal, pembangkang punya hal.
      Kau pun tentu tau puak2 ni memang kerja dia tipu, tipu ...samun.
      Menjawab mesti nak belit.
      Melainkan kau anak Selangor, kau pegi hantam itu mamat.

      Isu kat sini, isu Najib.
      Eja betul2 N A J I B paham.

      Kita nak dia letak jawatan kerana banyak dah songel yg dia buat, kencing rakyat tegak2.
      Menjawab persoalan pakai air liur je, bila mintak bukti mcm2 alasan.
      Mula la nak suruh pembangkang bentang dulu dana politik dia org.

      Deiiii... Yg rakyat tanya kpd siapa bab 2.6 b dan 1MDB ni ?
      Rakyat tanya Najib bukan Anwar atau LKS atau LGE.
      Rakyat dah lama tahu, DAP dgn PKR ni dana dia org mmg dari kuasa2 luar yg nak Malaysia dan Islam di Nusantara lingkup.
      So, Najib dgn juak2 pengampu nak jawab, bagi jawapan yg sahih, ada bukti.

      Bukan cakap kosong kemudian tepuk2 tangan kata rakyat dah faham bebeno.

      Tu bangang namanya

      Isu besarnya....Najib sila undur
      Rakyat masih sayang dan mahu kerajaan sekarang TAPI kepimpinan Najib adalah tidak lagi diperlukan.

      Ada paham tuan punahsihat.

      Padam
  3. Ikutlah macam ketua UMNO Kepong.

    BalasPadam
  4. SALAM BRO,AKU TETAP SAYANGKAN UMNO TETAPI NAJIB MESTI LETAK JAWATAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju BRO. Sama juga sya. Sama juga dgn komen tanpa nama 11.25. Org nk najib undur, bkn kuburkan BN. Adehhh.....mane le sekolah nie...

      Padam
  5. kurang paham aku bro.
    mampir di blog aku ya.

    http://www.bk43a.com/

    Terima kasih

    BalasPadam