Rabu, 12 Ogos 2015

Kemunculan Zeti..!


Ada yang rimas dengan berita yang didendangkan sejak semalam..! Zeti masih sihat..! masih waras dan berkeupayaan untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah yang digalas..!

Biar la Zeti dan pihak Bank Negara menjalankan kerja mereka..! Orang lain jangan sebok dan menyebok nyebok mengganggu..! Banyak sangat tangan kontot sekarang ni..!

Selepas lama menyepi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz seperti dilapor Malaysiakini bakal mengadakan sidang media pada Khamis ini. 
Ini merupakan kemunculan pertama Zeti selepas menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
Difahamkan, sidang media itu akan diadakan di ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mengumumkan angka pertumbuhan dalam negeri untuk suku kedua tahun ini.
Perkara lain dijangka disentuh termasuk kejatuhan nilai ringgit dan rizab asing Bank Negara.
Sebelum ini bertebaran berita Zeti kononnya sakit namun dinafikan Jabatan Perhubungan Korporat BNM.
"Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya," jelas jabatan itu.
    
Tambahnya lagi, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.

Tentunya Zeti akan menyentuh isu kejatuhan nilai ringgit yang dilihat menjunam dan terus menjunam..!


Tak payah dengar la cakap Menteri pengampu dan Menteri yang seronok dengan kejatuhan nilai ringgit..! Rakyat mahu dengar dari mereka yang layak dan bertanggungjawab dengan kelangsungan nilai hidup rakyat..!

Rakyat mahu solution..! Jalan keluar dari kemelut yang melanda..!

Zeti dan BNM pun pasti boleh jelaskan apakah ada pelanggaran dalam Akta Bank Negara terhadap transaksi duit derma 2.6 bilion tu..!

Kenyataan rasmi BNM...bukan kenyataan syok sendiri...kenyataan membela diri!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Menteri kewangan xde idea ke??

    Ke tgh cari idea merompak Wang rakyat waktu nyawa2 ikan ni??

    BalasPadam
  2. #PMTAKPATUTJADIMENTERIKEWANGAN

    BalasPadam
  3. adakah Malaysia terlalu bergantung kepada dolar Amerika....

    BalasPadam
  4. KATA TUNGGU ESOK, tapi hari ni korang dah meroyan...

    BalasPadam
  5. Aku tak kesah ringgit jatuh pun ,aku tak beli barang import.Kilang tempat aku kerja pun export barang ,jadi lagi lah untung bila ringgit jatuh,sebab pelangan bayar dalam USD.Tempat aku kerja ni kilang Cina, dia pandai buat business bukan macam tempat aku kerja dulu Melayu punya.Berniaga semua nak minta tolong gomen, peluang ekosport barang tak nak cari.Ramai tokey Cina aku tengok dalam opis senyum je sorang-sorang,untung besar be.

    BalasPadam
  6. Akupun tak kesah kalau najib dapat derma billion2 sebabnya umno tak ada akaun amanah. Maksud akaun amanah tu maksudnya ahli boleh tengok berapa banyak ada belen.
    Aku apa kesah kalau rakyat dihimpit dengan pelbagai masalah dan terbaru nilai ringgit jatuh, barang2 naik pon Najib apa kesah, dia kan golongan bangsawan.
    Tengok aje projek PRIMA tu, kontraktor nya yang ramai melayu ke cina? Jholoktaik tu.....dia boleh derma ratus2 juta kat amerika untuk penyelidikan kanser, universiti tempatan tak layak terima wang ratus2 juta untuk buat penyelidikan kot? Itu kawan Najib tu....tengok gambar dia kat atas kapal, dinegara arab, sungguh mesra bersama jholoktaik.
    Aku tengok rakyat sumee gembira tengok najib, diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga hal ehwal rakyat!

    Terimakasih Najib!

    BalasPadam