Ahad, 9 Ogos 2015

Yes Bos = Menteri..!


Cer citer..!

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata sekiranya beliau merupakan individu "yes man" jawatan menteri sudah pasti di dalam genggamannya.
Naib presiden Umno itu berkata, meskipun berisiko kehilangan jawatan, beliau tetap berani menegur kepimpinan demi kepentingan rakyat.
"Kita perlu menegur demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau demi kepentingan saya, 'yes bos!'. 'Confirm' menteri," katanya ketika berucap merasmikan penutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Batu Pahat, Johor hari ini.
"Saya boleh, bukan tidak boleh sokong, 'Yes' kalau tempatnya baik, 'No' kalau tempatnya tidak baik," kata ahli Parlimen Semporna itu.
Shafie berkata, sebagai antara pengasas Umno di Sabah, beliau terlalu sayangkan parti Melayu itu.
"Saya sayang Umno, benda inilah yang membesarkan kita, saya ini pengasas Umno di Sabah, tidak mengapa umat tidak nampak, Allah nampak.
"Saya ini mantan menteri kampung. Saya bimbang amalannya, bukan jawatan menterinya. Saya akur. Kita biasa menjadi pembangkang (di Sabah)," katanya.
Beliau berkata, rakyat adalah keutamaannya dan bukan jawatan dalam parti.
"Itu hak dia (Najib), (gugur dari Kabinet), tiada masalah, itu hak sahabat saya, Najib.
"Nak bela rakyat, bela rakyat, walau jawatanpun tiada, nawaitu itu penting," katanya.
Malah, beliau berkata, selaku pengikut, sekiranya pemimpin melakukan kesalahan beliau perlu ditegur.
"Silap kita, salah kita memang ada, besar kecil, memang ada, kalau imamnya bacaannya tidak betul, tegur dia, tegur supaya itu yang membawa ke landasan sebenarnya," katanya.
Lu FIkir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Itulah najib ...mulut cakap lain, belakang cakap lain, ceritanya najib sedia berbincang sedia kena kritik, sedia kena tegur, lepas tu kena tendang!

    Ucapan najib di perwakilan umno pasir gudang diganggu adalah bukti dimana perwakilan mula menyuarakan bantahan terhadap kepimpinan najib!

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar ganggu terus.... Jembalang dah hip hippo berleluasa

      Padam
  2. kata orang kalau nak jadi ahli politik mesti macam lalang...kalau ada pendirian sesorang tu tak boleh jadi ahli politik...betul ke?? kalau gitu menteri najib tu semua lalang lah kot..lalang kalau dah kering kita bako aje..

    BalasPadam
  3. alahai......macam tu rupanya orang yang redha hilang jawatan.
    meroyan rupanya. itulah......suka main main belakang.......

    BalasPadam