Sabtu, 29 Ogos 2015

Razali Tentang MT Pecat Muhyiddin..!

Razali mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa tindakan memecat Timbalan Presiden UMNO itu bakal mengundang perpecahan yang lebih buruk
Syabas Razali Ibrahim yang berani berkata benar..! Sebenarnya sudah ramai dikalangan Ahli Majlis tertinggi yang semakin nyaring bercakap..! cuma nak bercakap depan atau di belakang jer nampaknya..!

Namun Zali sudah lantang membuktikannya..!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim menyifatkan krisis yang dialami oleh UMNO ketika ini akan jadi lebih teruk sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti.

Beliau mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa tindakan memecat Timbalan Presiden UMNO itu bakal mengundang perpecahan yang lebih buruk.

Malah Razali yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan pendirian secara peribadi menentang dan tidak akan membenarkan perkara ini berlaku.

"Saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Saya tidak akan menyokong. Saya mahu pesan bahawa perkara-perkara ini jadi perbahasan yang membuatkan kita berpecah," kata Razali semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Muar.

Beliau mengulas khabar angin yang mengatakan kononnya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadual berlangsung 9 September ini bertujuan menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden kerana sikapnya yang lantang mengkritik Presiden UMNO.


Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. SIBUK NAK JAGA JAWATAN....NAK TANYE JER. DAH BERAPA RAMAI DAFTAR PENGUNDI MUDA? HARAM.....
    DAP DAH BERATUS RIBU DAFTAR PENGUNDI MUDA. UMNO BN SIBUK JAGA JAWATAN DAN TEMBOLOK. KALAU UMNO BUNGKOS....BN LINGKUP....TSMY KE...NAJIB KE...MADEY KE...SEMUA TU MELOPONG...MELONGO TENGUK JER ORANG LAIN MERINTAH. KONON PANDAI POLITIK....DAP JOLOK SIKIT...HABIS JADI BENGONG PEMIMPIN MELAYU.
    PAS LUNYAI DAH. KINI UMNO JER TUNGGU NASIB. TAK LAMA LAGI....NYERONGIN JER LA......BERGADUH LA LAGI.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Da semua org bodo..ko daftarkan larr..asik dok bertanye jer ..cer buat!!

      Padam
    2. Ahaii
      Wpun aku tak sokong Najib tapi aku tetap sokong Umno
      Selepas PRU lepas, Umno tak pernah gagal daftar pengundi baru
      Setiap tuduhan mesti ada fakta,
      Sila semak di cawangan2 Umno berdekatan ada atau tidak pengundi baru didaftarkan.
      Jangan nanti malu je yg dapat.

      Padam
    3. "SIBUK NAK JAGA JAWATAN....NAK TANYE JER. DAH BERAPA RAMAI DAFTAR PENGUNDI MUDA?"

      Najib buat apa? Dia kan pemimpin teratas?

      Padam
    4. "DAP DAH BERATUS RIBU DAFTAR PENGUNDI MUDA. UMNO BN SIBUK JAGA JAWATAN DAN TEMBOLOK."

      Betul tu..kan ke dah cakap najib pemimpin sepatutnya dia lah bertanggungjawab.

      Padam
    5. "KALAU UMNO BUNGKOS....BN LINGKUP....TSMY KE...NAJIB KE...MADEY"

      Kalau umno bungkus dan lingkup kita hanya perlu salahkan najib , rosmah dan chai2nya sahaja, rakyat minta najib letak jawatan aje umno pilih lah pengganti tak susah pun.....

      Mungkin, mungkin aje...selepas itu umno akan pulih.

      Padam
  2. Dr Razali,

    I am a non umno but a bn component party supporter from sarawak. I have been following your start and rise in umno ranks since varsity days. You are one of those guys in umno who are principled. You should rise to the occasion in supporting muhyiddin, unlike your peers nur jazlan and even hishamuddin the "corroboration expert" and a retard puad zakarshi.

    I wish umno have more like thinking guys like you to save umno and bn at federal level.

    Wish you all the best in your fight for the malays, islam and malaysia. I think I can count on you.

    BalasPadam
  3. Majoriti yang ada dalam kabinet tu semua kaki kipas najib je....sebab apa? Masing2 nak jaga pangkat, kedudukan dan tembolok mereka aje.

    Bersuara sikit macam TSMY, habis kena buang.

    BalasPadam
  4. Drp pecat orang itu dan orang ini lebih baik nasihatkan Agong untuk bubarkan parlimen . Atau satu cara lagi adakan PAU dlm masa terdekat ini. Semua dapat dibersihkan. Itu cara lebih smart & profesional . Tutup cerita .

    BalasPadam
  5. nanti senang...kan ? bila bungkos bn....salahkan nanib.

    BalasPadam
  6. Tahniah yb dato...bkn kerana org johot tp sbg melayu yg mampu melihat jauh sedikit dari zahid dan hisyam..2melaun ni yg tk de buah mcm bos deme juga...

    BalasPadam