Rabu, 26 Ogos 2015

Ucapan Khaled Nordin Pemangkin Semangat Ahli UMNO..!


Pemimpin sejati ialah pemimpin yang berani berkata benar..! pemimpin yang tahu bahawa tugas yang dipikul adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan..! Kuasa bukan untuk kepentingan diri dan kroni..!

1. Kami di Johor percaya bahawa jalan ke hadapan untuk UMNO dalam apa saja keadaan ialah dengan berfikir, bersikap dan bertindak dengan penuh kematangan, berlapang dada dan berhikmah.

2. Kita memerlukan kematangan berpolitik yang luar biasa. Yang mencerahkan. Kita memerlukan kematangan berfikir dan bertindak yang memaparkan sosok sebenar kita sebagai parti paling berpengaruh dan paling berjaya dan mempunyai pemikiran termaju. Kematangan dan pemikiran yang sesuai dan selaras dengan kematangan demokrasi Malaysia. 

3. Maka kerana itu, dalam kita menghadapi pelbagai isu seperti isu 1MDB, FELDA, peningkatan kos sara hidup dan pelbagai lagi, pertimbangan kita harus jelas dan matang.

4. Harus menjangkaui sentimen politik kepartian. Tidak emosional. Tidak dangkal dan tidak anti-akal.

5. Pertimbangan kita haruslah tidak sesekali merosakkan sistem yang ada. Sama ada sistem dalam parti, sistem kerajaan dan amalan bernegara yang secara umumnya telah lama kita bina.

6. Kerana kita mesti ingat, sesungguhnya kerja membina masih banyak dan masih jauh. 

7. Hari ini kita maklum. UMNO sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Yang lama dan yang baharu. Yang dijangka dan yang tidak dijangka. 

8. Dan bila UMNO Johor menganjurkan bahawa semua ujian dan cabaran ini mesti ditanggani dengan kematangan, apa maksud kami? Sebenarnya, kami menganjurkan bahawa kita mesti berlapang dada dan meraikan perbezaan pandangan.

9. Kita mesti menghargai keupayaan untuk menangani segala masalah kita dan negara ini dengan mengumpul segala pemikiran terbaik. Bukan hanya oleh satu pihak. Bukan hanya dengan satu cara. Bukan hanya melalui satu jalan.

10. Kita sebagai sebuah institusi siasah Melayu, mesti terbuka dengan pelbagai pemikiran, pelbagai idea dan pelbagai pendekatan. 

Agar kesimpulan dan penyelesaian yang kita pilih dan ambil akan menguntungkan bangsa, dan tidak merugikan sesiapa.

11. Sebab bagi UMNO Johor, kami sentiasa yakin bahawa pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan heirarki dalam lapangan idea dan pemikiran.

12. Sebaliknya, pemimpin yang menyediakan segala landasan yang luwes, bebas dan terbuka.

13. Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya UMNO. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan.

14. Lebih-lebih lagi, kalau kita imbas sejarah. Asas UMNO itu adalah memperjuangkan kebebasan bangsa dan kemerdekaan negara. Dan kita percaya kebebasan dan kemerdekaan itu turut mencakupi keupayaan untuk menjadi bangsa merdeka yang tidak anti akal, tidak anti kebebasan bersuara.

15. Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu bukan budaya UMNO. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO.

16. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita merdeka. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin Malaysia mampu keluar daripada pelbagai krisis tanpa perlu mengikut telunjuk orang luar. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita bisa terus maju dengan cara kita sendiri.

17. Ahli UMNO mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan kita budak-budak. Yang diajar untuk hanya menerima dan tidak mempersoalkan salah betulnya sesuatu perkara.

18. Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir. 

19. Ia tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan.

20. Perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi tidak boleh muncul jika UMNO tidak mempunyai ciri, amalan dan budaya ini.

21. Yakni, ciri, budaya dan amalan membuka seluasnya ruang untuk pencerahan, ruang untuk menghargai pandangan berbeza, ruang untuk belajar dari yang terbaik. Ruang untuk bersedia menegur dan ditegur.

22. Hanya jika UMNO bersedia untuk melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil ‘Dekad Pencerahan’. 

23. Dekad yang bukan sekadar memberikan dinamisme baharu kepada UMNO. Tetapi yang lebih penting membina kembali wibawa UMNO sebagai parti politik yang progresif dan mendukung pemikiran Islam berkemajuan. 

24. Saya hanya ada satu alasan bagi segala perkara yang saya ucapkan hari ini. Tentang mengapa kita harus menjadi parti yang bukan tajam lidahnya, tapi akalnya. Yang bukan panjang tangannya, tapi akalnya. Yang bukan padu dan lantang soraknya, tetapi hujahnya.

25. Kerana saya percaya, kekuatan bangsa dan negara kita bukan pada hasil mahsul negara. Lama-kelamaan semua itu akan habis. Bukan pada menara berkembar yang tinggi atau jambatan yang terpanjang. Itu semua hanyalah mercu zahiriah.

26. Tapi kekuatan sebenar parti dan bangsa kita adalah pada akal budi dan pemikiran kita, selaku bangsa yang merdeka. Yang merdeka pada zahirnya, pada jiwanya, pada akalnya.

27. Dan UMNO inilah, medan terbaik kita mencapai semua itu.

Berjiwa besar menerima kritikan, jangan anti akal, jangan menyogok pandangan..! 
Merdeka jiwa raga dan akalnya..!

Ko ada?

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. View of a staunch bn supporter from non umno state in east malaysia

    1. Ministers n dep ministers, MTUs and KBUs are misled by najib that unseating him as PM is EQUAL TO toppling the goverment.....THATS A SERIOUS AND GROSS MISREPRESENTATION....but IGP under zahid believes without intelligent questioning.

    2. Umno ministers are mute due to RM stuffed in their mouths

    3. Branch heads are stuffed with money so much so grassroot members' valid concerns are ignored. Thats why some brave ones blew their tops at meetings.

    4. If all graasroot members start banging tables and demand answers.........nsjib has no choice but to accede to their requests to step down.

    REMEMBER UNSEATING NAJIB IS NOT TOPPLING THE GOVERMENT, DO NOT GET MISLED

    BalasPadam
  2. Sepatutnya Umno tak perlu membabitkan diri dlm isu ini.
    Tetapi disebabkan nak sesangat memikul biawak hidup maka...terimalah akibatnya.
    Komen panjang pun tak guna.
    Akibatnya.....Umno dipandang hina oleh rakyat Malaysia yang ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu en rahim. Umno takde masalah pergi pikul masalah org buat apa? Suruh lah dia jawab sendiri....tak mahu jawab buang kan aje! Puak2 pulak tu kaki bodek....kaki angguk. Takde siapa yg bangsat kecuali yg mengeluarkan kata2 itu lah sebenar2 bangsat. Mudah je.

      Padam
  3. Ahaiii
    Paham Datuk, paham
    Rakyat paham bebeno situasi sekarang.

    Masalahnya, perwakilan2 Umno yg diberi mandat untuk menyampaikan mesej akar umbi masih terhegeh2.
    Memang kita mahu membina tamadun bangsa yg murni dan berhemah tetapi kita juga tak rela dipijak2 maruah, dibodoh dan dipersenda pemimpin sendiri.

    Kita sekarang dah masuk tahap direct to the point, sebab Najib dgn juak2nya mmg jenis tak tau malu.

    Lupakanlah nak terbongkok2 hormat ni, depa ni dah set dlm kepala, rakyat ni bodoh2 belaka.
    Tabur BR1M nanti senyap la

    Pada aku ada cuma 2 perkataan aje yg patut diberi pada depa KURANG AJAR.

    Jadi bila bermesyuarat ambik ketetapan betul2, luahkan habis2, tak usah nak bergurindam seloka lagi.
    Berhujahlah dgn berani dan berfakta
    KERANA
    Perhimpunan Agong Tahun ini akan menentukan, apakah kita sanggup menjadi bangsa Terbangsat kerana masalah sebenar bukan berpunca daripada kita, tetapi kita diheret untuk bersama2 nafsu rakus mereka.

    Najib, Zahid, Ahmad Maslan, Rahman Dahlan, Shahrir,Azlina dan sewaktu dengannya sila undur.
    Jangan nama kalian tercatat oleh tinta sejarah, dikenang anak cucu sebagai pengkhianat kpd Umno, agama, bangsa dan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. re: '... kita diheret untuk bersama2 nafsu rakus mereka ... '
      Kita dimomokkan menjadi bangsat tanpa mereka. Tapi ... yang melelas, melecet serta luka adalah kita ... yang diheret tu. ... aduuhhh!

      EVLee

      Padam