Jumaat, 28 Ogos 2015

Jangan Bangkitkan Kemurkaan Tuanku Sultan..!


DAULAT TUANKU..!

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.
Baginda “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.
Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.
“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).
“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.
Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.
Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.
Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.
Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.
“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.
Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.
Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Nazri Aziz..apa crita skang??!!..gua mau dengar apa lu punya jawapan??!!..

    ..DAULAT TUANKU!!..

    BalasPadam
  2. salam,

    apa kedudukan raja2 melayu dalam perlembagaan, cuba kita kaji semula. memanglah raja2 tak harus campur politik dan tak boleh memihak mana2. bagaimanapun, mereka juga tak harus berniaga dan mendapatkan kontrak kerajaan. tapi hari ni ramai orang istana turut mendapatkan kontrak kerajaan. krajaan pula serba salah setiap kali ada permintaan daripada istana untuk kontrak itu dan ini. kita sanjung institusi raja berperlembagaan ni tetapi mereka juga harus menghormati kehendak dan pendapat rakyat. raja tak semestinyan kebal di sisi undang2. mereka juga bukannya sentiasa bijak dan betul dalam membuat segala keputusan. jika rakyat pun tak boleh tegur sultan dan anak raja, maka tidak wujud keadilan dan kesaksamaan. apakah raja2 saja boleh menegur rakyat? sebagai orang melayu, saya sanjung raja2 melayu. kita mesti pertahankan institusi ini. tetapi untuk tujuan itu, kita perlukan kuasa politik yang kuat. apakah ia datang dari DAP, PKR atau pembangkang? ingatkah kita lagi ketika tuanku abdul rahman menuntut kemerdekaan? jika umno memilih menjadikan malaysia sebagai sebuah republik pada masa itu, di mana agaknya insitusi raja2 melayu sekarang? jika istana terlalu bersifat 'tak memihak' kepada mana2 parti politik dan membiarkan parti bukan umno memerintah, apa akan jadi selanjutnya? semua pihak perlu waras.... begitu juga istana! DAULAT TUANKU?

    BalasPadam
  3. Amende yang ko merepek ni, mangkuk. Rakyat tak boleh tegur Raja cerita lain kali la. Ini cerita Raja tegur pemimpin. Pemimpin tak boleh ditegur ke?

    BalasPadam