Rabu, 26 Ogos 2015

HOT ~ Lagi Bom Bakal Meledak..!


Benda busuk...macam mana disimpan dan diberi wangian tetap akan membusuk..!

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai “isu semasa” dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.
Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama.
“Insya-Allah, saya akan berpegang kepada janji untuk mendedahkan perkara berkaitan isu semasa. Kesetiaan saya kepada negara dan Tuhan. Jika saya mati ketika melindungi dua perkara ini, saya puas hati,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Mereka boleh ambil tindakan terhadap saya, tetapi tidak kepada 30 juta rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau bagaimanapun agak segan apabila diminta menjelaskan isu yang akan didedahkannya itu.
Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.
Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  
Awal bulan ini, dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan selepas agensi itu disiasat atas tuduhan membocorkan maklumat berkaitan siasatan 1MDB dan draf kertas pertuduhan ke atas Najib yang disiarkan laman web Sarawak Report bulan lalu.
Bagaimanapun, berikutan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, dua pegawai kanan berkenaan dikembalikan semula kepada jawatan asal mereka dua hari kemudian.
Semalam, Hamid bercakap mengenai satu kumpulan rahsia yang dikatakan cuba membenam skandal 1MDB dan menghalang lebih banyak isu daripada menjadi perhatian.
Beliau menggelar kumpulan itu "Geng Hang Tuah", diambil sempena pahlawan Melayu ketika zaman kesultanan Melaka yang terkenal dengan kesetiaannya terhadap Raja.
Hamid menyebut mengenai kumpulan itu dalam satu temubual dengan Malaysiakini ketika menjelaskan siapa yang beliau anggap menjadi dalang dalam pesanan Whatsapp yang mendakwa beliau akan memfailkan laporan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana beliau dengan cepat menafikannya.
Putrajaya didakwa cuba menutup siasatan 1MDB selepas Najib merombak Kabinetnya pada 28 Julai, menyingkirkan beberapa menteri yang kritikal terhadap caranya mengendalikan syarikat sarat hutang itu.
Rombakan itu turut menyaksikan kenaikan pangkat empat wakil rakyat yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang menyiasat 1MDB, menyebabkan pendengaran siasatan mengenai 1MDB itu tergendala hingga ahli baharu dipilih.
Peguam negara juga ditukar ketika siasatan 1MDB berlangsung, disusuli dengan pembubaran pasukan petugas khas yang mengetuai penyiasatan berkenaan.
Pada masa sama, tujuh pegawai SPRM disoal siasat atas tuduhan membocorkan maklumat, sementara bekas penasihat SPRM dan pegawai guaman di Pejabat Peguam Negara juga ditahan serta disoal mengenai dakwaan kebocoran maklumat berkaitan 1MDB itu.
Terbaru, pegawai di Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, diberhentikan kontrak perkhidmatannya dan taraf pemastautin tetapnya di Malaysia ditarik balik.
Beberapa pegawai Bank Negara Malaysia juga turut disoal siasat.
Pemindahan Hamid digambarkan sebagai “biasa” oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menafikan dakwaan menyingkirkannya daripada Cawangan Khas. sumber 
APa la..pak mid ni bikin orang tu tak boleh tidur jer..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Mula2 saya amat gembira apabila Datuk Hamid keluar kenyataan dengan beraninya berkenaan dengan isu his transfer out viz 1MDB

    Apabila tertangguhnya niat beliau hendak reveal the truth eg. Sapa sikitol, outside interference etc.......pudar sokongan terhadap beliau....banyak sangat waiting

    Hari ini after reading above article......Datuk hanya ber retorik...no action...my respd t has gone down in the monsoon drain......

    Berani kerana benar, gugup kerana dunia dan material rewards.......what to do....he is only human

    BalasPadam
  2. dah jadi kebiasaan.......bila nak tenggelam beginilah bunyi kenyataan2nya. phorahhhh...
    bila ada kuasa....jalan mendongak langit.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. dia saja yang baik dan lurus. macam tak ada salah langsung. this is the worst of our species.

      Padam
  3. Saya rasa manusia yang berani bersuara dalam dan luar negara adalah mahathir.

    Orang kutuk dia yang telah jadi PM selama 22 tahun...mcm2 gelaran, mcm2 tuduhan......tapi hakikatnya beliau berjaya dalam dan luar negara

    Datuk Hamid......if you want rakyat to respect you.....bd daring like mahathir..why? Sebab berani kerana benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr M memang seorang manusia berani sebab dia percaya dia benar, walaupun ramai berselisih pandangan dengan nya. Tapi si Datuk Hamid ni dan kebanyakan yang lain tu cuma nak lepaskan diri setelah tersepit. Jauh beza. Macam langit dgn bumi.

      Padam
  4. Bom dah banyak di gugurkan ,dah berapa ramai bekas pegawai polis masuk pembangkang,gugur bom tapi tak jadi hal ,sebab bom hanya retorek kentut ayam je keluar telur besa ibu jari.Mike Tyson 'me no speak englis' ada bom juga.Mat Sabu pun ada bom utk Pas bila dia dah ada GHB,dan ada elaun dari LKS.Bom paling besar di letupkan oleh Anwar ,akhirnya dia ke penjara.

    BalasPadam
  5. Kepada dato A Hamid !Rakyat tertunggu tunggu Dato! Rakyat tak ada siapa lagi bagi menegakkan kebenaran,hanya kepada orang orang seperti Dato,Tun M,TSM,Dato Khai,Dato Ahmad Said,dan Segelintir nama lagi.Nak harap kan pemimpin UMNO ?memang tak boleh harap dah ,sebahgian besar dah tercekik sampai tak boleh bersuara akibat disuap terlalu banyak

    BalasPadam
  6. zahid hamidi mk ii

    BalasPadam
  7. Ahaiii
    Abang Polis, bongkar terus jangan tunggu lama2
    Adakah abg polis nak berpolitik jugak.
    Situasi sgt menggentarkan sekarang.
    Kami rakyat bermaruah mahu satu noktah diletak utk mengakhiri kekalutan ini.
    Kami tak perlu lagi drama atau sinetron murahan. !!!!!!!

    BalasPadam
  8. ....Tok Mid ni cakap je berdegar2.....kini diam menikus, mungkin dia juga dah dapat 'wang derma'......

    BalasPadam