Jumaat, 14 Ogos 2015

Rakyat Teguh Dibelakang SPRM..!


Takut hanya kepada ALLAH..!
Berani kerana BENAR..! 

Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain.
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih “takut hukuman Tuhan” jika dibandingkan dengan perkara lain.
“Saya takut hukuman Tuhan. Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini,” katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam.
Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara.
Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Bahri mendapat perhatian umum apabila secara terbuka lantang membidas tindakan polis yang menyoal siasatnya dan 6 pegawai SPRM lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau menafikan kebocoran maklumat itu datang daripada SPRM, dan menyifatkan serbuan polis di pejabat bahagian operasi khas sebagai tindakan “gila”.
Beliau juga berikrar akan mencari dalang yang mengarahkan tindakan polis itu, yang menyebabkan kerja siasatan SPRM terganggu.
SPRM juga menerima sokongan meluas daripada orang awam serta ramai yang marah dan melihat tindakan polis sebagai gangguan dan bertujuan intimidasi terhadap siasatan agensi itu.
Kepada Allah Berserah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Teruskan perjuangan mu demi alif ba ta! AllahhuAkbar!!

    BalasPadam
  2. Niat dan telus akan menuju kejayaan.

    BalasPadam
  3. Ini kerja gila.....

    BalasPadam
  4. Jangan lupa utk umumkan dalang yg mengarahkan serbuan dan siasatan ke atas SPRM. Dalam lubang cacing mungkin dia menyorok. DAP sudah line clear kah dgn SPRM kes Teo B H dan Sarbini. Loyar PR handal belaka. Boleh tolong SPRM.

    BalasPadam
  5. najib kalah nanti harap sprm dakwa menteri kewangan,jazlan(teriama rasuah jawatan) ,ketua polis dan pak menteri lalang juga perlu di siasat. Siasat juga DAp ,Pr kerana mereka ada potensi lakukan rasuah.

    BalasPadam
  6. Orang lain pun takutkan Allah juga. Orang desperate saja announce macam tu. Posturing.

    BalasPadam
  7. Dalam ramai2 penjawat awam... nielah agaknya yang paling daring. Daring sbb nak cari sampai lubang cacing.hehehehe... carilah dato kalau dah ader info. Elok jgk smpai ke lubang cacing puak tokey kat kampung dato di rantau panjang... yg dok seludup PATI, dok bawak dadah, dok bawak senjata... siasat sapa 'tukanv beri' dan sala 'tukang terima'. Jangan pejam sebelah yer dato. Mgkin kalau dato & sahabat2 sprm lain buleh tackel yg nie... inshaAllah dato nak wat statement kat PBB pun xper. Takde orang nk tukar dato wlaupun buat statement awam. Dato kan 'ada Allah SWT'...

    BalasPadam