Jumaat, 21 Ogos 2015

Skandal 1MDB Diadukan Di Switzerland..!


Berita dari Switzerland..!

SAYA BERSAMA PEGUAM TELAH HANTAR BAHAN BUKTI KES SKANDAL 1MDB KE PEJABAT PEGUAM NEGARA SWITZERLAND DI BERN
Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberkati kelicinan urusan penyerahan semua bahan bukti mengenai kes skandal 1MDB di pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.
Saya akan serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan 'swiss financial regulator finma' untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan swiss bank serta beberapa bank antarabangsa.
Kunjangan saya ke pejabat peguam negara switzerland di bern telah ditemani oleh peguam saya Matthias Chang.
Kami telah menyerahkan segala bahan bukti dan kronologi kes skandal 1MDB kepada peguam negara switzerland yang beribu pejabat di Bern pada hari selasa (18 ogos 2015) jam 2:30 petang waktu tempatan.
Salahlaku dalam kes skandal 1MDB ini mesti dilawan secara habis-habisan demi untuk menyelamatkan dana kerajaan mahupun wang rakyat di tanahair kita dari sebarang unsur penyelewangan!!
Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif.
Masakini, saya amat kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus!!
Lain yang saya laporkan kepada pihak polis diraja malaysia (PDRM) dan Bank Negara (BNM) tetapi malangnya lain yang disiasat!! 
Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat justo dan clare brown (editor sarawak report) tetapi penyangak jho low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!!
Beberapa laporan polis telah dibuat keatas penyangak jho low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB!! Mengapa??!!
Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak jho low ini!! Apa istimewanya dengan penyangak jho low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita??!!
Secara jujurnya saya sudah mula hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di tanahair kita masakini!!
Sepatutnya penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang di negara kita harus memikul tanggungjawab mereka secara teramanah yang mungkin!!
Mereka harus takut pada Allah swt bukan takut sesama manusia!! Kalangan ini juga jangan lupa bahawa mereka bakal disoal di Padang Mashar di hari akhirat kelak!! Bertindaklah selaras dengan ajaran agama Islam tanpa takut walaupun sebesar zarah terhadap manusia sesama manusia khususnya kalangan puak yang mungkar serta korup!!
Api takkan boleh ditutup dengan kertas..! Kebenaran pasti akan tertegak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Teruskan perjuangan demi kepentingan alif ba ta! Tiba masanya rakyat negara ini di bela dan kezaliman pemerintahan Najib kita hapuskan! Prinsip 'Cash is king' Najib amat berlawanan dan berbeza dengan syariat islam dan agama berlandaskan sunnah Nabi.

    Hapuskan kezaliman najib dan prinsip cash is king!

    BalasPadam
  2. Hidup Malaysia Malaysian. Hidup DAP. Hidup LKS dan LGE.

    BalasPadam
  3. Mabok meroyan la ngko Nek Tempoyak, nak jawab....kih kih kihh...

    BalasPadam
  4. Anwar ada 3b di offshore bank. Di uruskan oleh Rahim Ghouse di Australia. Ada RM1,000 notes di simpan di Indonesia.

    BalasPadam
  5. laju jer kerja dia ni....lancar dan licin jer urusan dia ni. agak agak sape tolong bayor hutang dia ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanya lah Bugis lanun,

      Apasal PAC audit sangkut
      Task Force bubar

      Mula mula sorak tunggu audit, kemudian tunggu siasatan!

      Sebelum tuh Cash dah di tebus, tukar jadi asset kemudian jelma jadi units....bohong dalam parliament lagi !

      Duit masuk dijawab saya bukan penyamun, kemudian saya tidak bodoh nak masuk a/c peribadi siap terima kasih ngan Harun lagi...

      Kantoi! Kelentong ia dana politik, oh tidak derma amanah untuk UMNO, kelentong lagi ia derma peribadi...lawan ISIS?

      Najib nak kelentong pun failed dengan hulubelalang semua sekali!

      Padam
  6. Teruskan Perjuangan Mu. Semoga dalang skandal 1MDB akan dibawa ke pengadilan

    BalasPadam
  7. Anon 21 ogos 11.23 pg,
    Cuba kau pergi ke blog JAS SALLEH,dia ada beri percerahan tentang duit menjadi unit selepas aku bertanya tentang pembohongan Najib.Nak tergelak aku bila membacanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adib,

      Terima kasih tapi blog bootlickers (including menteri-menteri PANDAI-PANDAI BODOH) nih are band of kepala-pusing, itu sebab dorang sendiri yang pening! JMD dan ramai lagi impartial bloggers with finance credentials beat them just lying down anytime, everytime!

      We took in their reasonings (Bugis's bootlickers) only to armed our arsenal in order to fire them back, thats all!

      By the way ARUL Kanda by training is not a finance guy jadi CEO 1-satu M-alaysia D-ia B-odohkan!

      Padam
  8. Mau tercekik nek tempoyak keparat baca berita ni...huhuhuhuhu!!

    BalasPadam
  9. bunyi mcm dia ni clean sangat...diri sendiri pun bergelumang bahu najis nak bersihkan org lain...buat kerja sia2 jer....nak ugut kerajaan malaysia dgn cara kotor nak jemput campur tangan asing dlm urusan dan masalah negara...ada akal ke? kamu berjuang ikut nafsu bukan ikut iman....bukan semua rakyat malaysia setuju dgn cara kamu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iman seseorang kamu ke yang beri Gred A ke B? Kalau kamu kata tak semua rakyat setuju cara dia (Khairuddin) tang Bugis pulak 3 Juta UMNO sokong bugis yang bermasaalah nih? Apa lagi rakyat kira 10 juta cukup lah, kamu ingat ada setengah juta sokong si bugis lanun nih???

      Macai bugis semua dah PANASSSS!!!!!

      Padam
  10. Salam dari jauh Tuan Khairuddin,
    Terlebih dahulu terimaKasih sesungguhnya diatas kesungguhan Tuan untuk menyerlahkan kebenaran1MDB menjadi jernih yang nanti boleh membuka kesedaran rakyat Malaysia khususnya bagi orang melayu supaya disedarkan dari tidurnya yang terlebih lena sedari zaman merdeka lagi, meskipun masih ada sedar yang berpaksi kepada kesejahteraan demi memelihara hak asasi manusia i.e harkat dan martabatnya penghuni negara tanah bumi yang sekarang malangnya semakin dijual lelong sesuka hati oleh perakus kuasa & pelahap wangringgit !!!

    Ingin sangat saya kemukakan apa saja permainan politik dan pembahagian/perkongsian wangringgit diantara mereka semua dimana wang rakyat itu diguna-agihkan untuk keperluan diri mereka dahulu untuk kegunaan persendirian yang membabitkan kegiatan lucah, sehinggalah kepada kegunaan untuk anak beranak dan suku sakatnya menjadi kayaraya sampai tujuh keturunanpun tidak akan habis hartabenda haram tersebut... hampir kesemua para ahli-ahli parti politik terbabit secara lansongnya didalam kancah memakan "duit sapu katanya bersih dan tak apa... bukannya dorang tahu, lagi pun banyak !" disapu bersih dengan sewenang-wenangnya. Kebebasan mereka menyalahgunakan wang Rakyat, hasil rasuah sanasini dan selainnya bukan satu rahsia yang tertutup karena boleh dilihat terang dari kemampuan mereka mengkayakan diri dengan sekelip mata sahaja malah kegiatan tersebut telah menjadi darahdaging mereka yang mereka berlajar dari permainan putarbelit pada zaman penjajah dahulu.
    Beri perhatian bahawa kenyataan ini bukan berunsur tuduhan ataupun fitnah.

    Demikian hendaknya kepada setiap ahli exco, timbalan menteri besar, menteri besar bagi setiap negeri, menteri-menteri & kuncu-kuncunya bagi setiap kabinet, naib timbalan pm dan khasnya PM dan "mem besar mereka yang sama sekali memainkan peranan seolah mereka seorang diva" perlu dan semestinya dilucutkan jawatan atau dihadapkan kemahkamah keatas apajuga salahguna & penyelewengan kuasa dan wang rakyat, kemudian digantikan kepada yang tulus akhlaqnya bagi memegang amanat-amanat tersebut dengan seAMANAH yang tiada tandingannya !

    Mereka lupa bahawasanya Rakyatlah yang menempatkan mereka punyai kuasa, pangkat dan darjat hidup atas dasar sepenuh kepercayaan terhadap mereka yang telah dipilihi dan mengapa hak asasi Rakyat diperkecilkan?

    Semoga kesungguhan Tuan akan menerbitkan kebenaran hendaknya, Insya'Allah... kepadaNya sahaja kita berpaksi dan insaf bahawa hidup didunia ini hanya sementara lagi pinjaman semata.
    Salam mesra.

    BalasPadam