Selasa, 25 Ogos 2015

Usul UMNO Gelang Patah Mewakili Suara Akar Umbi Seluruh Negara..!


Makin bertiup kencang..! makin ditahan makin membuak buak..! Berani kerana Benar..!

NUSAJAYA - Ketua Bahagian Gelang Patah, Mohamad Khairi A Malik mendakwa isu-isu berkaitan 1MDB, kejatuhan ringgit, pelaksanaan GST, pelucutan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara punca sokongan terhadap parti semakin lemah.
Beliau menyeru pemimpin tertinggi Umno dan kementerian terlibat membuat penjelasan dan pemantauan segera supaya isu ini tidak terus menghimpit rakyat.

Akar umbi mahu penjelasan daripada pemimpin pusat sekiranya tidak mahu isu ini menjadi punca kekalahan dalam pilihanraya terutamanya dinegeri ini yang menjadi tempat Umno 'dilahirkan'.

"Kita tidak mahu isu-isu ini menjadi punca parti berkubur sedangkan Johor adalah tempat Umno dilahirkan. ..disebabkan sayangkan parti juga kita mahu barisan kepimpinan tertinggi membuat penjelasan terhadap isu yang melemahkan sokongan rakyat, "katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, di Stadium Educity, di sini, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno. sumber

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. gelang patah masih kepunyaan bn lagi ke? elok juga, ketua bahagian tunjuk jalan bagaimana pm patut berhenti dengan dirinya turut berhenti sama. main wayang lebih umno gelang patah ni, kalah bukan sikit walaupun parti lawan hantar apek tua je.....apa daaaa....

    BalasPadam
  2. Munkin bn bole menang jika najib bertanding di sini...amacam ada berani...kalah bn kerana najib ingat cina sokong dia ada faham..sebab tu jgn bagi najib jilat bontot cina...kalau kawasan pembangkang..cawangan umno patut di bubarkan ke?..kalau gitu bubarkanlah umno selangor ,penang dan kelantan...cakap mcm jagoh kampung bole ler...

    BalasPadam
  3. ni akar ubi nak cakap......sembang jer lebih.... buat kerja la.....dah berapa ekor gelang patah daftar pengundi muda.
    malulah ngan dap. mereka sanggup bukak meja....dok kaki lima....dok tepi longkang. umno buat apa ? melongo....ngangkang....peruntukan tak masyuk....malu nak mnebeng muka kat kaki lima ?
    esok2 kalau bungkos....salahkan najib......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sibuk pasal Gelang Patah. Tu satu bahagian je. Mai kita tanya: kat SELANGOR, dah berapa juta ahli baru yang didaftarkan?

      Pentingkan satu negeri tu dulu. Duit kempen PKR banyak databg dari situ. Tukar la Ketua Perhubungan Negeri next time. Baghal tak reti kerja, melalak saja tau.

      Padam