Ahad, 16 Ogos 2015

Penolakan Semakin Hebat..!



Kebangkitan suara keramat..! Penolakan semakin kuat..!

Syabas Pemuda Tampin..! Berani Kerana Benar..!

TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ada yang melompat lompat?

Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Rupanya ramai jugok yg banggang sebanggang Putera nie yea...

    Kih kih kih.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOooO00tTtT di muka ko

      Padam
    2. Kasihan orang macam Tanpa Nama 7:47. Tak tahu hidup dalam realiti. Skandal Najib akan jadi punca melayu hilang pemerintahan di Malaysia. Kalau tak mau terima realiti ini, dia masih PM, kita boleh hidup dalam mimpi yang sekejap ni. Tapi jangan lupa kerana dia masih PM, melayu akan hilang kuasa pada PRU akan datang. Masa tu dah tak boleh nak undur lagi. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian...

      Padam
    3. Banggang??? Bangang betul penjilat najib ni...nak eja pun tak betul!

      Padam
    4. Woi Boeing 7.47 ...

      Aku bukan ahli UMNO. Aku benci PAS hipokrit. DAP tetap musuh dari azali. Tapi aku tetap sayang UMNO.

      Najib harus berundur demi UMNO dan bangsa Melayu.

      Tolonglah berundur demi bangsa Melayu.

      Padam
    5. Memang canntiiikk lah Anon 8.15 ... saya sokong!!!

      EVLee

      Padam
    6. Well said, Anon 8:15 PTG. Saya juga berpendapat sama seperti anda.

      Padam
  2. Nagib RAzak patut berundur. Dia dah kencing UMNO dan rakyat Melaya. Sekejap tak terima duit, sekejap cakap terima tapi tak pakai untuk dia, sekejap cakap untuk UMNO, sekejap cakap derma....dia ingat rakyat marhean ni bodoh ke???? Gomen servant mana boleh terima derma??? Menyalahi undang2. Kalau orang biasa dia tak panggil derma, depa panggil RASUAH....macam mana kes Nagib Razak ni boleh panggil DERMA....udah2 lah mengencing UMNO dan rakyat Melaya....Aku ingat kan AlJuburi saja yang mengencing rakyat dgn Parti Kencing Rakyat dia...rupa2nya Presiden UMNO pun serupa.....2 x 5...kong kali kong....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong sangat. Najib ni dah banyak buat taik. Pembohongan demi pembohongan dibuat, Dia anggap rakyat ni semua tolol.

      Padam
  3. Najib mme klon anwar aljuboori...kedua dua adalah pemimpin yg dijajah orang asing dan yahudi .... boneka yahudi...kroni yahudi

    BalasPadam
  4. Mcm2 peristiwa brlaku secara tak sengaja atau tidak? ......kebetulan?
    Pemuda Tampin lulus usul suruh Najib letak jawatan
    Ketua Bahagian Tampin , baru dilantik penasihat kpd PM
    Zahid datang rasmi bahagian Tampin
    KJ asal telapak tanah adat sama dgn Ketua Bahagian Tampin Datuk Shaziman, telapak Kg Gadong N9
    Dikatakan ada hubungan persaudaraan antara ke dua2
    KJ adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia
    KJ baru sahaja minta akar umbi bebad bersuara
    Zahid rasmi bahagian Tampin selepas semalam war2kan ada konspirasi guling Najib dan kerajaan
    Dlm ucapan ,Zahid srcara berkias minta Pemuda Tampin tarik balik usul
    Ketua Bahagian Tampin dah biru muka
    La ni kita nak dengar apa kata KJ yg open la sgt, bagi semangat suruh org Umno bersuara

    Apakah Pemuda Tampin akan prtahan usul atau tarik balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemuda Tampin mutamad dgn usul meminta najib berhenti. Engkau jer yg masih dibawah kelengkang dan tetek penafian

      Padam
    2. Alhamdulillah.
      Tu yg aku nak dengar, ada gak lalu depan dewan smlm tapi malas nak singgah. Malas nak jumpa balaci2 terutama Shaziman.
      So, berita lambat sampai bro.
      Apapun syabas dan teruskan perjuangan

      Padam
  5. Penninglah dengan umno ni. Macam-macam cerita hanya kerana nak menutup kesalahan. Ahli umno dah berani , maklumlah, lama mana boleh jadi bodoh. Derma peribadi jadi derma pilihanraya, la ni tukar jadi derma IS pula. Bohong tak berhenti.

    BalasPadam
  6. UMNO akan lebih kuat tanpa Najib.
    Aku dah agak...Konsep 1Malaysia akan menghancurkan karrier Najib...kini ianya dalam proses..

    BalasPadam
  7. Kalau Najib undur, ingat penggantinya boleh diterima baik, selagi sesama Melayu tiada berkompromi, tiada bersangka baik, akan ada je perkara yang di jadikan isu. Dulu Pak Lah, sekarang Najib, Esok tah sapa pulak. Ingatlah Melayu sesama Melayu Islam. Ini agenda besar sampai kiamat nak runtuhkan kerajaan Melayu. Jangan Melayu sendiri jadi peralatannya.

    BalasPadam