Semakin lantang kedengaran...semakin jelas pandangan...semakin kuat desakan..!!!
Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" baru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan.
Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu.
Menyifatkan rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun.
"Saya bercakap dalam platform Umno, mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian.
"Maknanya perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden.
"Bukan saya angkat banner bersorak di Sogo," kata Anina ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam merujuk kepada kompleks membeli belah di Kuala Lumpur yang popular sebagai lokasi diadakan demonstrasi.
Hujung minggu lalu sebuah video yang mengkritik keras Najib dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu "kencing" atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial.
Dengan nada tinggi dan berbaur sindiran, Anina lantang menyuarakan pendapatnya di sebuah persidangan perwakilan Wanita Umno.
“Datuk Seri presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.
“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.
Anina mempersoalkan Shabery yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, jika Muhyiddin menggunakan bahasa cukup baik dalam membuat teguran tidak didengari, apa dimaksudkan dengan teguran berhemah.
"Macam mana lagi saya hendak cakap? Hendak cakap macam mana?
"Tolonglah susun ayat untuk saya," soal Anina yang merupakan pemimpin Umno Cawangan Padang Mat Sirat.
Anina menjawab nasihat Shabery sebelum ini yang mengatakan beliau perlu menegur pemimpin seperti ibu bapa sendiri.
Namun Anina menegaskan tiada guna bercakap baik dengan presiden kerana ia hanya akan menjadi luahan kosong.
Aina turut menegaskan kelantangan dirinya dalam video tersebut adalah kerana sayangkan Umno dan mahu menjaga kepentingan dan nama baik parti Melayu itu.
"Saya bercakap supaya saya didengari, saya hendak didengari, macam mana saya hendak didengari?
"Kalau saya cakap lemah lembut ingat saya hendak didengari? Bercakap macam ini baru menteri hendak komen. Kalau saya cakap baik-baik menteri nak komen?" katanya.
Semalam, Shabery menasihatkan Anina agar lebih bersopan santun dalam memberikan teguran. sumber.
Luahan memang perlukan cara..! Namun yang lebih penting ialah isi luahan..! Itu yang mengungkap kebenaran atau kebathilan..!
Berani kerana benar..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Saya sokong. Umno dah jd bahan lawak...
BalasPadamSedangkan tokoh terbilang pun nasihatkan tak jalan ni kan pula ahli biasa bawahan!Nasib dia sungguh baik tak kena baling kasut ketika sedang berucap.
BalasPadamtokoh terbilang ada udang sebalik batu.....kalau anak naik.....senyum sampai ketelinga......
Padambabi la ko..apa udang nya..Malaysia dah teruk membazir dibawah Najis..
PadamNak nasihatkan firaun pun Allah suruh Nabi Musa dan Nabi Harun nasihat dengan lembut dan berhemah..fikir2kan
BalasPadamsurah Taha 43-44
Rasanya Anina dah berhemah tu. Dia sebut 'kencing' maksudnya bohong. Tak makipun.
PadamBerbanding dengan tokoh yang memuatkan ungkapan, 'P... M...'dalam bukunya.
Semua orang tahu maknanya.
Itu bukan sahaja memaki malah mencarut.
Support Anina....dia bernasib baik dapat meluahkan isi hati di peringkat bahagian...bagaimana dengan ahli biasa yang tidak berpeluang menjadi perwakilan...saluran mana yang hendak digunakan...nak harapkan Ketua Cawangan dan perwakilan lain? Hancus....
BalasPadambagus gak, ini semua berlaku dapatlah Dato Najib perhalusi mana kawan mana lawan....selama ini banyak lawan yg dikenal menyorok diam-diam ...sembunyi kuku ...dalam situasi genting baru nampak musuh yg menyorok tadi...aduhai...lebai pak malang...
BalasPadamek eleh... bru knal siapa lawan siapa kwn konon... yg tn presiden yg ko sokong tu fok meruntuhkn kekuatan org melayu sejak mula memegang jwtn presiden lg... mula2 hapuskan ISA... lepas tu dia bodek cina smp semua yg cina nk diberi... org melayu melopong... lantik plk konsetan2 yahudi laknutullah dan cinabeng dan kelingpa*ia keliling nya... 1Mesia konon... last2 menipu psl 2.6b tu... mana ahli tk melawan... ko plk jgn nk jd lembut kena cucuk idong jer... semua kata presiden ko ikut je... ni cela*e nyer presiden...hancus melayu...
Padambiasalah.....macam berjudi gak.....dah rasa sebelah sini agak2 nak kalah. cuba nasib sebelah sana. untung batu tenggelam untung sabut timbul. ORANG POLITIK macam tu la.....musuh politik macam tu la jugak.
BalasPadamyang jadi batu api pun ramai. phuiii....
tul tu 1.52ptg,masalahnye ramai yg jahil politik,fookima2 ni smua masalahnye smua menikus,diam je tak mempertahankan parti bila anwar,rapizi terang2 menipu rakyat..smua tak sedarkan rakyat yg adun2 dap pembangkang langsung tak buat keje..tak sedorkan rakyat penang dan slangor rakus dorang kejekan..tp bila part najib dan rosmah tetiba bukan main lantang lg..ajaibnye fookima2 ni muahahaha..yelah ada yg terhutang budi dan body..kena lah buat kelija skit..mana lah tau untung sabut timbul,periuk dan kawah lebey besar menanti..perihatin 3 juta ahli umno kunun,poodah la tamby..pirahhh
BalasPadamoiii bahalul... klu pembangkang yg kencing xde sapa yg kesah sbb mmg keje diorang kencingkan rakyat...ni presiden sendiri kencingkan ahli parti mana tk meluat... mula ckp tak ade... lpas tu tk guna utk peribadi... lpas tu derma... hawau punya presiden... kehe nk menipu je...
Padamoi bahlol,klu org tak kesah pembangkang takdala ramai termakan crita cincin..takdala pembangkang menang besar..sbab fookima2 ni smua tido..tak kelija..time ngutuk najib tetiba lak bangun tido..siap senada dgn pembangkang..bolo punye olang lu ni
Padammana nek tempoyak mulut koyak,,,tak nampak pun ari ni...?
BalasPadamdah kurang masyuuk ke nek...?
Anon 15 ogos 1.55 ptg
BalasPadamkalau anak dia bagus,jujur.amanah apa salahnya.Mana melayu nak maju kalau asyik dgn mata merah je tengok kejayaan orang lain.Aku rasa kalau anak dia nak naik atas nama dia dah lama dahhh...sebelum dia bersara dulu.Tak kan tu pun kau tak nampak
Gua sokong Anina. TSMY tanya Najib cara elok tapi Najib buat tak faham. Buat open statement TSMY kena terajang.
BalasPadamKena lucut jawatan, di pecat, diketepikan, disingkirkan, diganti ... semua itu memalukan / mengaibkan bagi seorang Timbalan Presiden yg berjawatan Timbalan PERDANA MENTERI. Tapi ada Najib kisah? Haram ...
Skrg ni akar umbi menyuarakan secara terbuka & lantang. Jadi masih 3 juta ke yg menyokong Najib. The silent MAJORITY from JOHOR & SABAH belum bersuara lagi. Jadi boleh ke satukan sokongan dari akar umbi.
100,000 mungkin mewakili Bahagian atau Cawangan tetapi 2.9 juta mungkin tidak memberi undi semasa pilihanraya.
Jadi untuk mengubati penyakit, kumannya perlu dihapus atau dikeluarkan.
Sekadar pandangan. Itu pun kalau nak dengar.
Gua tetap sayang UMNO.
apa yg tinggal dgn umno johor..yg ada pun kaki kipas istana..parlimen bandor smua da licin..sampai gelang patah yg dibuka ghani pun dia dimalukan..masalah umno ialah pemimpin tido..terlalu mengejar pangkat..suka tikam belakang..tu masalah mreka sbenarnye..bukannye najib..brapa ramai ketua2 pemuda bahagian sanggup dok kat econsave daftar pengundi baru ? brapa ramai yg rajin ke surau2 bermesra2 dgn rakyat ? yilek brader yilek..smua dok sibuk panjat kementerian kejar tender sbab nak cover blk modal bertanding sblum ni..
PadamDOK SIBUK BERCAKAR.....DAP SENYAP2 DAFTAR PENGUNDI. PEMIMPIN UMNO BUAT APA ? DATUK2 BUAT APA ? MALU NAK MENEBENG KAT KAKI LIMA ? SIBUK NAK KEJAR PANGKAT ? SIBUK NAK PENUHKAN TEMBOLOK ? SIBUK NAK CEKAU SIKIT 2.6B ?
BalasPadamKALAU BUNGKOS UMNO BN....NYERONGIN JER LA.....