Selasa, 4 Ogos 2015

Matlamat Menghalalkan Cara..~Tun M.


Layan...

Akaun Peribadi 36


1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-13, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.

2. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

3. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

4. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

5. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.

6. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.

7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu. Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.

8. Di waktu saya disingkir dari parti pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan klinik saya. Mereka jumpa cek stub yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapur pendapatan saya sepenuhnya.

9. Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

10. Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO.

11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

12. Ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang saya terima dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.6 billion yang dikatakan dimasuk ke dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.

14. Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion Ringgit untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku.

15. Saya tidak hendak soal dari mana datang USD 700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor-General dan PAC buat lapuran terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.

16. Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya.

17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

Lu Fikir La Sendiri!!!

22 ulasan:

  1. Kalau Pak Mantan yg menulis atau bercakap,aku langsung tak ambil pot,ini makhluk hipokrit paling tinggi.Apa saja yg di tak buat utk mencapai matlamatnya.Umno lama terkubur utk membolehkan beliau jadi PM tanpa di cabar oleh musuh politiknya.Pemberian Projek mega yg di tinggikan harganya sebelum piliharaya kepada syarikat proksi,Penggunaan ISA secara berleluasa bila kuasa tergugat,Ini antara langkah beliau dari segi matlamat politik.

    Utk mencapai nafsu ego nya dari sudut ekonomi pula,macam-macam langkah yg di laksanakan walau pun mendapat bantahan,seperti kilang Proton,yg sudah dari awal lagi di ramalkan akan gagal.Sehingga sekarang,Proton yg bukan lagi milik negara,tetap terhegeh-hegeh.Rakyat pula terpaksa membayar cukai yg tinggi utk membeli kenderaan kerana mahu melindungi Proton.Perwaja pun 2X5 dgn Proton .Krisis kewangan 1997 juga adalah akibat dari kegelojohan Pak Mantan dari sudut ekonomi.Berapa kos yg terpaksa di tanggung oleh negara dan rakyat?.Orang bodoh memang tak mampu menilainya.

    Lebih baik dengar cakap Lim KS dari memberi perhatian kepada Pak mantan,sekurang kurang yg kita tahu apa lawan sebenar kita berkata,

    BalasPadam
    Balasan
    1. KO suka dengar Lim Kit Siang sebab ko sb ko LIM KIT SIAL!!

      Padam
    2. KAO tak suka sebab kao tak bijak dan dengki.... Kao pergi lanchap pelir LKS la

      Padam
  2. ckp pakai kepala lutut...ginilahhh jadi nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg cakap pakai kepala lutut tu Mahahtir,sebab di dia tak cermin diri ,apa yg dia sendiri sudah lakukan dulu.Menyebabkan dia meludah muka sendiri,bila hal lama beliau di bangkitkan.

      Padam
    2. Akai hang hebat setakat mana sangat ?

      Padam
  3. Asal komen pasal Jibby je semua bodah2 belaka ye..Tau la hang ni PM terbaik negara Isketam Bola..kaya dengan emas berbungkah2, minyak dhab import eksport ye..takpe, hang bykan dok Malaysia pun kan? Kalau hang kt Malaysia mesti hang hidup melarat sbb pemerintah zalim Madey kutty ye tak? Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku yg tulis tu bukan penyokong Jibby,tapi penyokong gerakan reformasi,1997,sedhingga sekarang memang tak lupa apa yg telah berlaku di zaman Mahathir.Umno dulu kini dan selamanya memang teruk.

      Padam
    2. Patut pon ko hidop melarat sebab ko memang Bangsa pemalas pastu nak salahkan orang lain!!

      Besar punya Sial!!

      Padam
    3. Siapa yg hidup melarat,sejak dulu aku berusah gigih,dan tak pernah minta apa-apa subsidi dari kerajaan.itu sebabnya aku berani dan tak kesah siap pun yg memerentah.Aku bukan mentaliti subsidi macam kalain.

      Padam
    4. Tak minta subsidi? Rega minyak naik kao menyalak

      Padam
  4. Kalau TM berkhidmat ikhlas untuk rakyat Malaysia, pastinya beliau sekeluarga hidup sama taraf dengan rakyatnya.

    BalasPadam
  5. Elok la Tun M biarkan siasatan berjalan dahulu. Kenapa tidak mahu membuat laporan terus oleh Tun M sekiranya ada fakta? Siapa yang menghalang beliau untuk membuat laporan? Tiada siapa pun kan. Rakyat pin nak tengok laporan apa yang Tun M akan buat? nak tengok jugak isi kandungannya. Kalau dah ada bukit , ayuh kita minta Tun M buat laporan sahaja tetapi jangan pulak habak siapa nak siasat. Buktikan laporan telah dibuat dan kita semua boleh baca dalam blog beliau nanti.. Sebagai rakyat yang membayar cukai silakan buat laporan dan berhenti dari menulis di blog sahaja. Forex hilang 30 bilion zaman tun M, betul kah? Kenapa sampai sekarang tiada siapa pun buat laporan mengenainya? Apa-apa persoalan kita tengok nanti dalam laporan Tun M kepada pihak berkuasa..Berani kerana benar. Ayuh Tun teruskan berbuat demikian...Pelik betul la manusia sekarang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pegawai penyiasat pun dipecat apa cer?Peguam negara dipecat,ketua sb dipecat,pegawai2 sprm yg sedang bekerja keras menyiasat kes ditahan dan disiasat pula oleh polis.Pejabat sprm pula diserbu,laptop dan dokumen dirampas.Sampai KP sprm pun naik marah dan kata 'ini kerja gila,polis takkan buat begini kalau tak ada org yg paksa'.

      Ini semua menunjukkan apa?

      p/s:Duit rm30 billion yg hilang sebab forex itu dikatakan hilang di bawah menteri kewangan ketika itu iaitu anwar ibrahim.Hrp maklum.

      Padam
  6. Aku SETUJU diNYAHkan mana-mana si DALANG DUA MUKA PENGKHIANAT - esok mungkin si PENGKHIANAT yg. paling LANTANG ni MELAGAkan pula YAB PM dan TPM baru kita ni! Dan di berita hari tu, bukan main MENYINDIR si PENGKHIANAT ni kononnya mulutnya dah diTUTUP tak dibenaqkan bercakap psl. isu 1MDB! Lepas tu cuba lagi MENGHASUT tak habis-habis kononnya dia mungkin akan ditahan polis psl. kritikan-kritikan berkaitan IMDB – agaknya kalau kes MEMALI dibuka semula, itu pun nak SALAHkan YAB PM dan 1MDB juga (yg. inilah antaara yg. apling diTAKUTkan dia sebenaqnya)?!

    Tengoklah anak dia boleh hadir pula masa video terbaru tu yg. mana GENG dia termasuk TUAN RUMAH SERANG reputasi YAB PM kita, dan video ni GANJILnya boleh dibiaqkan BERLELUASA, tanpa sebarang BANTAHAN dari TUAN RUMAH - seolah tak habis-habis MENIKAM pula YAB PM dari BELAKANG! Sedangkan lihat KEBENARAN ini – di http://panggungopera.blogspot.com/2015/07/perkara-272-tsmy-jangan-buat-buat-tak.html , Perkara 27.2 ! TSMY jangan buat-buat tak tau dan lupa! GANJILnya "link" ini tak boleh buka di Google mahupun Yahoo - tapi pergi ke blog Anak Seberang di http://panggungopera.blogspot.com/ - dan lihat bawah tajuk “ Perkara 27.2 ! TSMY jangan buat-buat tak tau dan lupa!”

    Tengok juga cara MY cuba mengaitkan penggugurannya dgn. kritikan dia pd. IMDB kononnya - LICIK betul! Dan PENIPUANnya berterusan mengenai isu IMDB tu – lihat di http://riziqin.blogspot.com/2015/07/rahman-dahlan-dakwa-muhyiddin-yassin.html , Rahman Dahlan Dakwa Muhyiddin Yassin Berbohong Mengenai Buku Factsheet #FactCheck @mpkotabelud, Thursday, July 30, 2015!

    Itulah si puak DALANG-DUA-MUKA PENGKHIANAT dan GENGnya takkan boleh dipercayai! Bukan main berlagak puak ni BERUNDUR secara terhormat; tetapi tak habis-habis nak SERANG YAB PM kita!

    Aku syak ramai pemimipin Islam/Melayu yg. jadi PENGKHIANAT telah di"BLACKMAIL" - samada ke atas dirinya atau keluarganya oleh si PENDATANG KAPIRDAJAL PENGGANAS-PENGGANAS DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

    Dan juga baru kita sedaq PERANCANGAN amat LICIK keturunan PENGKHIANAT tu disyaki nak MENGUASAI UMNO dan K'jaan melalui Kedah! Mcm. Kedah tu bapak dia punya! Bukan main lagi di majlis harijadi bapa dia baru-baru ini, dia dikelilingi si puak-omputih-KEPARAT berkostum termasuk dgn. pakaian-ala-puak SYAITAN, serta TAUKEH-TAUKEH PENJILAT dia!

    Org. KEDAH pilih UMNO utamanya, bukan pilih anak beranak PENGKHIANAT- yg. pandai BERPURA-PURA selama ni – maka ambil balik KEDAH dari keturunan PENGKHIANAT ni!

    Dan ingat tak PEMBUNUHAN KEJAM dlm peristiwa Memali tu - BUKA balik kes ni! Mungkin agaknya anak beranak PENGKHIANAT ni akan nak TUTUP mulut MEDIA! Dah tiba masanya MANGSA-MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM ni dapat PEMBELAAN akhirnya!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  7. Aku bangga berPMkan Mahathir.
    Malaysia dikenali di pelusuk dunia.
    Sekarangpun dikenali tetapi atas sebab yang lain!

    BalasPadam
    Balasan
    1. lu suka BUMIPUTERA Islam/Melayu diBUNUH tanpa belas kasihan dlm . peristiwa Memali tu aaahhh?!

      PI MAMPOS lu punya ekoq KEPARAT kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!

      Padam
    2. Nek bertaubatlah....

      Padam
  8. Tak pernah mintak subsidi kerajaan??..betul ke?..kau sekolah private ke atau SRK/SMK

    BalasPadam
  9. dah kerajaan bagi subsidi, buat apa nak mintak2 ye?

    BalasPadam
  10. sebab mulut cabul madey.....habis bising sekampung. patutnya dia lebih memahami perjalanan parti......

    BalasPadam