Rabu, 26 Ogos 2015

Jangan Perbodohkan Rakyat ~ Sultan Johor..!


DAULAT TUANKU..!

PETIKAN TITAH UCAPAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SEMPENA HARI ULANGTAHUN REJIMEN GERAK KHAS YANG KE-50
1. Istilah Bangsa Johor bukanlah perkara yang baru. Almarhum nenda saya, Sultan Ibrahim, telah melihat jauh kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk di bawah satu Bangsa Johor.
Malah sejak dahulu lagi, lagu bagi Negeri Johor telah dinamakan sebagai “Lagu Bangsa Johor”. Oleh itu, kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Saya nasihatkan supaya jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.
Saya berharap rakyat bangsa Johor yang berbilang agama dan keturunan akan hidup harmoni dan bersatu padu demi untuk kemakmuran dan keamanan Negeri Johor Darul Ta'zim.

2. Saya amat peka dengan rintihan dan keluhan suara hati rakyat saya. Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera.

Sememangnya kedudukan saya sebagai Raja tidak boleh mencampuri urusan politik, tetapi sebagai Raja saya bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri saya berada dalam keadaan yang baik, maju dan makmur.
Oleh itu saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk.

3. Suka juga saya ingatkan kepada pemimpin pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi.

Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar. Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera.
-DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.
Lu FIkir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. aku nak mengulas, tapi takut kena ketulahan ..

    pasal aku ini keturunan lanun dulu kala !!!

    Lu Fikir La Sendiri!!!

    BalasPadam
  2. Tetapi parlimen gelang patah yg bukan bangsa johor telah jadi wakil bangsa johor ..calon bangsa johor utk parlimen gelang patah telah dihancurkan sendiri bangsa johor ..lu fikirlah sendiri

    BalasPadam
  3. maka DAP johor amat gembira kerana sultan menyokong usaha mereka utk menjatuhkan pemimpin melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang cmni le bang. Igt org melayu tu...najib sorang je ke? Yg org nk skrg ni....najib step down....lakukn siasatan ke atas dia tanpa gangguan tgn2 ghaib, then kalau perlu timbalan dlm kerajaan skrg ni ganti dan lakukn pemulihan yg perlu. Najib dan hidden activities dia tu jdi beban kpd rakyat. Kalau syg kepimpinan melayu, kita cuba pulihkn. Kalau ada kanser dlm parti...buang je. Now najib dh jdi kanser berat dlm parti.

      Padam
    2. Thumbs up to you ... Boss Salleh!

      Padam
    3. Jelas Melayu hari ini secara majoriti, di luar atau di dalam Umno, tak rela diperintah pemimpin yang tak ada etika, tamak dan kuat menipu. Syabas. Ini menunjukkan bukan bangsa Melayu itu yang bangsat, tapi minoriti yang menyokong pemimpin korup itu yang bangsat.

      Padam
  4. Nek Tempoyak fail so terpaksa ganti dengan gabenor johor pulak. Ini dulu taktik RBA. Syabas sebab berlapang dada belajar dari musuh. Malangnya tak efektif, sebab orang Islam akan tetap menolak apa yang salah.

    BalasPadam