Isnin, 3 Ogos 2015

Berkata Benar La...!


Gegak gempita alam ini apabila WSJ melaporkan akan kemasukan sejumlah wang sebanya USD700 Juta ke akaun peribadi Najib Razak. Najib pun dalam reaksinya dilaporkan berkata...

Datuk Seri Najib Razak dijangka memfailkan saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa susulan laporannya menuduh berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, lapor The Star Online hari ini.

Pada hari Khamis, WSJ mendakwa sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib pada 2013, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Najib menafikan dakwaan tersebut dan menyalahkan laporan terkini kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan kebelakangan ini menggesa peletakan jawatan Najib.
WSJ, bagaimanapun, teguh dengan laporannya, mengatakan ia berdasarkan dokumen bukti yang kukuh.
Tak cukup lagi, Najib menambah...

Satu pasukan petugas pelbagai agensi ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut. 

sumberPublished: 5 July 2015 4:44 PM

Bukan main berjurus..! akhirnya SPRM memaklumkan akan perkara diatas..!

Bukan kah elok Najib awal awal lagi berkata benar bahawa memang ada kemasukan wang ke dalam akaun beliau. Mengikut laporan diatas Najib hanya perlu menafikan bahawa sejumlah wang tersebut bukannya dari 1MDB. Itu jer..!

Seharusnya Najib berkata benar sejak menerima wang derma tersebut..! Setidaknya ahli parti dan rakyat Malaysia akan turut berasa bangga kerana masih ada lagi insan mulia yang mahu menderma sebanyak itu..! Mungkin boleh dapat 2/3 kerusi di parlimen kerana keyakinan rakyat tentu meningkat..!

Dengan berkata benar sejak awal lagi pasti tiada keperluan ditubuhkan pasukan penyiasat dari agensi terbabit untuk menyiasat yang akhirnya membuang masa, tenaga dan wang ringgit..! Wang derma apa masaalahnya..!

Penderma yang berhati mulia tersebut jika boleh dicadangkan harus diberi anugerah tertinggi negara kerana jasa baktinya..! Namun jika penderma tidak mahu dirinya dikenali tentu rakyat dan seluruh dunia kena faham dan akur kerana menderma dengan ikhlas merupakan sikap terpuji dan lebih mulia jika tidak mahukan publisiti duniawi termasuk sebarang pulangan..! derma la katakan..!

Dengan berkata benar juga pasti Najib dan Menteri Rahman nya awal awal lagi sudah mampu menjerit pekik kepada puak pembangkang untuk menyenaraikan penderma yang menderma kepada parti mereka selama ini..!

Tak payah kalut..! 

Dengar cerita heboh dikata orang donor nya orang Kelantan...Encik Wan Emdibi...! betul ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

22 ulasan:

  1. banyaknya org derma sampai rm2.6b

    BalasPadam
  2. Maaf saya tak berminat untuk menyokong ideologi Pakatan Rakyat yang dari atas sampai bawha penuh korupsi, korupsi terhadap Tuhan sehinggalah ke korupsi kepada manusia, khususnyha rakyat..

    Cuma saya concern pasal parti tonggak Melayu Islam, UMNO.. UMNO tetap berjasa walau pemimpinnya kepimpinannya pelbagai gaya dan methodology akan tetapi prisip masih boleh diharapkan berbanding Pakatan Rakyat (Laknatullah!-bila mereka sedia mensekutukan Allah SWT dgn jisim lain, maka mereka harus menerima Laknat Allah)

    Walaupun tiada unsur pencurian duit 1MDB telah disahkan oleh SPRM, tetapi KERAGUAN dan KESUKARAN untuk menerima hakikat ini agak 'keras' dlm jiwa aku..

    Wang bernilai sebesar RM2.6 billion.. bukan million tp BILLION satu jumlah yang sangat banyak Dimasukkan ke akaun peribadi seorang PM (jika benar), amatlah tidak sesuai dan sangat meragukan.

    Wang itu tidak mungkin dimasukkan ke akaun kita rakyat biasa, tetapi disebabkan kedudukan dan kuasa seseorang.

    Punca wang itu dimasukkan kerana Najib berkedudukan tinggi sebagai PM, berkuasa penuh kepada pemerintahan negara. Lain pula jika ia didepositkan ke dalam akaun Yang Di-Pertuan Agong kerana tiada kuasa eksekutif, tidak berminat untuk dipertikaikan.

    Akan tetapi, ia melibatkan seorang pemimpin tertinggi negara yang terpalit dengan pelbagai isu meleret yang kurang jelas diselesaikan.

    Apakah wang itu sebagai GANJARAN?
    Apakah wang itu sebagai PAMPASAN?
    Apakan wang itu suatu DORONGAN?
    Apakah maksud wang 'derma' sebesar itu..diuntukkan begitu eksklusif ke akaun peribadi?

    Apakah sebenarnya 'perniagaan' pelik PM kita sehinggakan cash money masuk seketul dan pelbagai kejadian TIDAK LOGIK telah berlaku.


    Siapa yang terlalu pemurah ingin berikan wang sebanyak gudang itu untuk tujuan peribadi? peribadi untuk apa pula?

    Adat di dunia sekarang ini tiada logik semudah itu wang 'derma' dimasukkan ke dalam akaun peribadi.. amat JANGGAL dan meragukan dan semakin rakyat tidak boleh terima keadaan seorang PM yg semakin meragukan begini.

    Wang derma/ donation atau dana besar begini sepatutnya dan selogiknya akan masuk ke akaun ORGANISASI SAH...jika benar ia untuk NEGARA dan RAKYAT?

    Semakin jelas TS Muhyiddin Yassin adalah MANGSA Najib?

    Apakah ia KEBETULAN yang berlaku atau ia suatu 'drama' yang dilakonkan supaya kelihatan seperti KEBETULAN?

    Selepas TS Muhyiddin diturunkan selang sehari cebisan seperti 'SAYAP' pesawat yang spekulasi kuat sebagai MH370 ditemui?

    Kemudian terjumpa pula beg pakaian, kemudian kerusi penumpang, cebisan struktur seperti pintu/ tangga pesawat, botol minuman dari China, pembasuh dari Indonesia.. sebaik sahaja 'drama' rombakan Kabinet berjaya dilakukan dengan 'aman'?


    Di lautan ganas yang begitu luas,logiknya cebisan ini tidak mungkin bertemu secara siri masa dan 'teratur'. Wallahualam

    Di Lautan Hindi yang amat luas ini juga tiba2 cebisan2 yang dispekulasikan 'sah' milik B777-ER200, lebih tepat MH370 'dikeluarkan' secara 'bersiri'.. seperti ia dirancang atau dilepaskan..sejurus selepas peristiwa penting dalam politik negara ini?

    Apakah drama2 ini ada kaitan antara stau sama lain? Hollywood boleh rekacipta filem2 box office yang terlalu hebat.. apakah kuasa2 besar ini tidak boleh lakukan drama 'real' untuk tontonan dunia?

    Apakah pula kaitan dengan Malaysia? zaman Najib? Apakah 'dosa' sebenar Mantan Timbalan PM? pelik.. ya Allah.. Tunjukkanlah kami.. keluarkanlah kami dr cengkaman kejahatan dan musuh2-Mu yang Allah Ya Mutakabbir!!

    Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sediakan sampan dan tongkang bro. Nampaknya negara dah nak kena jual dengan segala kandunganya. Pergilah kemana yang larat didayung.

      Padam
  3. kalaupun najib berkata benar....adakah para bloger dpat menerimanya..atau dispinnya lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku yakin kalau najib berkata benar dari awal lagi tidaklah diheretnya parti kedalam kemelut ini. Biarkan dia sorang yang jawab. Bila dia berbohong hingga kepada unit dan hanya unit maka blogger bangang yang jadi mangkok nasi tambah.

      Padam
    2. Najib tak kata 'YA' dan juga tak kata 'TIDAK'.... malahan tuduhan dari WSJ berkata sumber duit itu adalah dari 1MDB. Jadi betulkah tindakan PM kalau dia mengaku awal-awal?

      Kini, kita dah tau sumber duit itu dari penderma bukan dari syarikat 1MDB... maka tuduhan WSJ tu hanya half truth... takkan kita nak kata tuduhan tu betul 100% lak.

      Padam
  4. masalahnya tuduhan itu lebih kepada kaitan dgn akaun.1 mdb.....

    BalasPadam
  5. Malulah Najib. Lantik balik TSMY sebagai TPM.

    Kalau ada maruah berundurlah. Bagi peluang org lain jadi PM.

    BalasPadam
  6. sdra hussin lempoyang ler tu yg derma tu... dia kn saudagar unta... kdg2 dia jual org jg.... sbb tu leh derma berbillion2... tk gitu Sin.... ������������

    BalasPadam
  7. Haaa haaa,kecewa lagi blogger haramjaddah pukimak spt din turtle, outsidethebox, apanama..

    Tinggal blogger haramjaddah nie sajer nak dok spin citer, Boss Besar Mamakkutty dah katop mulut..

    Tinggal blogger Banggang ajer... Spin spin lah lagi... Yea... Heee heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh bangang gila mamat sekor ni meroyan woi bodoh bukak mata la boss ko tu dah kantoi!!! HAHAHAHAHAHAHA

      Padam
    2. kesian kat anjing ajibgong 11.39....bodoh nk mampuh tp....menyalak membela boss dia... ingat rakyat ni lembu mcm dia... klu dh menipu sekali smp sdh akn menipu utk kaberap tipu yg terawal... malang sguh rakyat Mesia punya pemimpin raja penipu... teramat malang lg bila si anak tidak langsung mengambil kira legasi ayahanda nya....

      Padam
  8. perkara salah tetap salah walaupun melibatkan pm. masuk duit derma ke dalam akaun peribadi terutama yang berkuasa suatu perbuatan salah dalam undang2 negara. so, pm sudah melakukan perbuatan yang salah amat. kalu tak diambil tindakan, maka para pembesar, menteri, menteri besar, pengarah, ketua setiausaha, dan yang berjawatan besar menunggu untuk memasukkan derma ke dalam akaun mereka. mungkin tak sampai billion. tapi cukup untuk buat sambutan hari keluarga jabatan dan jamuan makan akhir tahun kat hotel. cuma tak pasti la, semua duit pi sana kan? wujud keraguan salah guna kuasa, begitu juga pm kita.

    BalasPadam
  9. Nak dengar komen TPM baru dan Menteri SKMM baru punya komen pasal akaun DS Najib...ha.ha..penat2 Zahid cipta isu sekolah cina, Syed Keruak pulak tak sempat nak ubah polisi SKMM..last2 bos dia org kantoi...he..he..

    BalasPadam
  10. mana tan sri abu kassim.. mane die pergi..kenapa x buat sidang media psl kes ni... kata nk tgkp jaws.... khir toyo da bw pg court ... najib ngn rosmah ada berani ke nk heret ke mahkamah... JANGAN CAKAP JERR

    BalasPadam
  11. DS najib memang hebat,terbaik,insan kamil mukamil,berhati mulia.Mungkinkah beliau seorang waliyullah yg tersembunyi?Kalau tidak masakan ada hamba Allah yg sanggup menderma sehingga rm2.67 billiyon begitu saja ke dalam akaun beliau tanpa mengharapkan secebis pun balasan?Sedangkan presiden amarika negara kuasa besar itu pun berhempas pulas untuk mengumpul derma sebanyak itu buat dana pilihanraya presiden.Tapi ds najib pm terhebat kita dengan selamba dan bersahaja boleh mendapat derma selepuk masuk akaun tanpa sesiapa pun tahu.

    Saya rasa ds najib layak dianugerahkan gelaran tun dengan serta merta tanpa menunggu beliau bersara atas pencapaian beliau yang haibat lagi menggegar dunia ini!Malah penderma budiman yg dikatakan seorang pak arab itu juga wajar dianugerahkan pingat tertinggi atas keikhlasan luarbiasa beliau itew.

    Selepas ini akta BNM tentang money laundering begitu juga undang2 berkaitan rasuah kerana menerima sumbangan bagi penjawat awam hendaklah dihapuskan dengan kadar segera.Ini kerana kita sebagai umat Islam yg beriman hendaklah mengamalkan sikap husnozan iaitu bersangka baik sesama insan.Tak gitu?

    BalasPadam
  12. kalau ikan bilis lu lanyak sampai lumat...ikan jerung lu tepuk2 belakang badan...sudahlah..sprm pun sama tak boleh di harap

    BalasPadam
  13. Dengor cerite nama dia WAN EM saja DEE BEE tu tak da

    BalasPadam
  14. Didn't Bugis-Lanun said in Parliament that some $4 Billion RM remitted back to BSI,

    -which later became not CASH but UNITS, just UNITS
    -that Bank Negara's regulation made it a hassle to transfer direct into Malaysian Bank
    -but how come $2.6 Billion RM is so easily wired-deposit into PERSONAL ACCOUNT lagi!

    He lied in Parliament, lied in wanting to sue AWJ (now that truth has come out), lied to the rakyat by making more lies with the help of his bloggers-footlickers like what we're seeing now at this forum and pro-bugis-comments within OSTB, DT, JMD, APANAMA.

    I believed these bugis-bootlickers and footlickers must have constipated real bad in trying to pry an idea on how to Defend the Indefensible!

    Bugis and your Hulubelalang, try hard you may, you will sink to the bottom of the ABYSS.

    UMNO is so sore rotten to the core that malay-muslims will take chances come GE14!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la delimma Melayu skrg... ingatkn pembangkang jer haramjadah...UMNO pun dh jd parti haramjadah jg dgn pemimpin2 yg ada baik dr pemimpin no. wahid sehingga ke peringkat cawangan semua nya perasuah keparat... org melayu dh tk tahu nk harapkan siapa lg utk survival mereka....

      Padam
  15. kerana mulut cabul madey.......habis riuh sekampung. madey pun tau akaun amanah ni.....ngapa buat2 tak tau. sebab tak masyuk ke.....atau najib tak ikut cakap madey......
    masa madey berkuasa sape pegang akaun amanah ? lim kit sial ke ? hj hadi ke ?
    memekak memanjang.....

    BalasPadam
  16. Balik balik salahkan madey, jangan jadik mangkok ayunlaaa hawau. Bila dah terima derma declare laa..pegi diam buat apa??..tu namanya takda ketelusan dalam pekerjaan. setiap penjawat awam kena declare apa yang dia terima...terima hamper masa nak raya pun kena declare ini pulak 2.6 belioooooooooooooooooon oiii...

    BalasPadam