Jumaat, 28 Ogos 2015

UMNO Saman Najib..!


Ini la bahananya apabila kepimpinan sudah tidak lagi diyakini oleh ahlinya..!

‘Najib pecah amanah, saya kemuka saman’

almis
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Jumaat – Ahli Umno yang mengemukakan tuntutan saman terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, percaya Perdana Menteri telah melakukan pecah amanah berkaitan isu wang berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa kononnya adalah derma.
Sehubungan itu, ahli Umno cawangan Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin, yang sebelum ini menjadi popular di seluruh negara kerana tindakan berani mengkritik Najib dengan kasar, mengemukakan tuntutan saman itu di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam kenyataan kepada media kemudian, beliau berkata, tuntutan saman itu adalah atas dakwaan Najib melakukan penipuan terhadap ahli parti berkaitan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Anina juga dalam tuntutan itu meminta Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci mengenai derma politik berkenaan sekali gus mengembalikan semula baki wang kepada Umno.
“Sebagai ahli Umno, saya amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti saya hari ini. Ahli-ahli Umno semakin rimas dengan kegagalan Datuk Seri Najib menjelaskan secara yakin kepada ahli parti mengenai isu derma politik RM2.6 bilion.
“Saya telah meluahkan perkara ini ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno, Bahagian Langkawi, baru-baru ini.
“Tetapi malangnya, Datuk Seri Najib tidak mengendahkan kritikan dan teguran saya selaku ahli Umno,” katanya.
Pada mesyuarat Perwakilan Wanita Umno, Bahagian Langkawi, Anina pernah menggemparkan parti itu dan negara kerana berani berkata: “Najib Why Datuk, kamu nak kencing tiga juta ahli Umno. Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli Umno.”
Dalam kenyataan hari ini yang turut dihadiri oleh peguam Haniff Khatri Abdulla, Anina berkata, beliau telah membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Umno supaya Najib dapat memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Saya percaya Najib telah melakukan pecah amanah dan melanggar Perlembagaan Umno dalam menerima serta membelanjakan wang tersebut,” katanya.
Beliau melahirkan kebimbangan tindak-tanduk Najib menjejaskan imej dan kepentingan Umno, manakala pihak yang berkepentingan dalam parti itu pula tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atasnya kerana kedudukan beliau sebagai Presiden dan Perdana Menteri yang paling berkuasa.
Anina berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain memfailkan saman di mahkamah terhadap Najib, menuntut keadilan bagi pihak Umno.
“Atas kesedaran, kesetiaan dan komitmen saya sebagai ahli Umno, yang mana adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga kepentingan dan nama baik Umno, hari ini saya bagi pihak Umno hadir ke mahkamah memfailkan tuntutan terhadap Datuk Seri Najib.
“Untuk itu, saya merayu agar pihak mahkamah dapat memberikan keadilan kepada kami ahli Umno dan memohon agar Datuk Seri Najib sebagai Prsiden Umno bersikap jujur, amanah dan adil kepada ahli,” katanya.
Malu lagi memalukan..! ada malu ke?
Lu FIkir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Terbaiklah...✌

    BalasPadam
  2. Wanita penyelamat negara, tq. Dapatkan balik duit baki.

    BalasPadam
  3. Makin bertambah meroyan ler si Nek Tempoyak keparat...

    BalasPadam
  4. Najib rasuah berbillion pun tak ada tindakan, kalau abang polis ambil seratus dua pun dikejar sampai lubang cacing. SPRM sudah hilang telur.

    BalasPadam
  5. Kalau niat nak mencari kebenaran teruskan saman itu,cuma tak mahu dgr cerita nanti kita settle kat luar je la.Maklum banyak sangat hidden hand yang mengaturkannya.Tapi aku percaya mesti ada didalam fikiran mereka yang slalu memberikan komen INI SEMUA SALAH TUN sebab tu Najib disaman.Hehehe...salam sehati sejiwa ditujukan khas kepada yang ada sakit jiwa(dengki).

    BalasPadam