Jumaat, 21 Ogos 2015

Skandal 1MDB ~ Polis Perancis Mula Bertindak..!


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pihak berkuasa Perancis mula bertindak terhadap laporan polis yang dibuatnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, perkara itu dimaklumkan oleh polis di Lyon, Perancis menerusi emel bahawa laporan pada Julai lalu berserta rakaman kenyataan beliau telah dihantar kepada majistret di sana.
“Pegawai penyiasat polis Lyon telah mengesahkan bahawa laporan polis saya juga telah dihantar kepada jabatan siasatan komersial oleh pihak majistret.
“Saya berdoa selepas ini polis Perancis juga akan memaklumkan mengenai kes ini kepada pihak Interpol (Polis Antarabangsa) yang mana ibu pejabatnya juga di Lyon memandangkan polisi Interpol hanya berurusan dengan pihak penguatkuasa negara bukan individu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, dilaporkan Khairuddin ke Switzerland bagi menyerahkan bukti berkaitan skandal 1MDB kerana mendakwa pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak dengan tegas dan segera terhadap laporannya sebelum ini.
Terdahulu, Khairuddin menerusi laman Facebooknya memaklumkan mengenai tindakannya menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.
Beliau ditemani peguam, Matthias Chang untuk menyerahkan bukti dan kronologi membabitkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu pada Selasa lalu.
Bukti sama akan turut diserahkan kepada pengawal selia kewangan Switzerland, Finma untuk menjalankan siasatan secara komprehensif terhadap kes 1MDB yang membabitkan Swiss Bank serta beberapa bank antarabangsa yang lain.
Sebelum ini, Khairuddin pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia kerana mendakwa berlaku ketirisan dalam pentadbiran 1MDB.
Dah Malaysia tak nak cari dan dakwa Jho Low...biarlah negara lain yang cari..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Mau Tercekik Nek Tempoyak Keparat Mendengor Berita Ni.. Cina Tembam Kesayangan Rosmah Penyodot Duit Negara!!

    BalasPadam
  2. Dua persamaan ketara...

    1.Rosmah peluk Shah Rukhan,

    Taik Low peluk Paris hilton

    2.
    Dua2 gemok tempayan..

    BalasPadam
  3. WKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA....tak terkata apa2 dah dengan kebangangan anjing2 si kutty yg tak dapat projek ni.......WKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ai. Hidup lagi. Tag team dengan Nenek ek.

      Padam
    2. Eh eh keris mangkok berayon...bukan main mengilai lagi ketawa..da dekat la tu..kehkekhehkeh!!

      Padam
    3. Dah lama menghilang mangkok hayun ni akhrinya muncul kembali tanpa sebarang hujah wakakaka

      Padam
  4. We will wait and see who has the last laugh.....DS Khairuddin or Anons 8.16 n 9.01.......

    Allah is great

    BalasPadam
  5. Pencerahan sikit bro
    1MDB dgn Peranchis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pon tak faham, apahal Perancis lak nak siasat?

      Padam